Showing posts with label danish..... Show all posts
Showing posts with label danish..... Show all posts

Thursday, November 18, 2010

I'm not happy

Selama 2 minggu Danish ada kat KL dengan aku. Tup-tup esok dah nak balik. Terasa tak suka sangat.

Wednesday, November 10, 2010

Danish.... kat rumah... KL

*gambar telah dibuang*




Danish ada dengan aku sekarang nie. Rumah kat KL. Together- gather ngan Maktok aka mak. 

Wednesday, October 13, 2010

Danish, mama love you so much...

October 2009

Ini adalah gambar sebelum nak balik ke KL. Buat pertama kali nya aku tinggalkan Danish. Bila tengok gambar nie, aku rasa tak mau tambah anak lagi. Danish tak habis lagi aku manjakan, tetiba nak bagi adik baru kat dia, sungguh la aku tak nak.

Aku tak tolak rezeki kalau termengandung tapi buat sementara nie, fokus aku hanya pada Danish. Kasih sayang aku dan hubby hanya dapat dia rasa pada hujung minggu sahaja. Kesian...

Bercakap pasal masa bulan puasa hari tue kata nak bawa Danish datang KL. Seperti selalu.... Tak jadi. Reasonnya sama sahaja, mak dan hubby tak kasi.

Tapi aku bersyukur juga bila mak dan abah serta nizam, abang dan kak ipar tolong jaga Danish.
Setakat nie Danish jarang sakit. kalau demam sikit mak dan abah cepat-cepat bawa pergi Hospital. Pernah sekali tiba-tiba suhu  badan Danish tinggi, terus depa bawa Danish pergi hospital pada pukul 4 pagi...!!!! Tak tunggu siang hari dah. Sebab bagi mereka  bab-bab deman usah diambil ringan. Buruk padahnya.

Jadi setakat nie, asalkan Danish membesar sihat dan kuat. Aku dah bersyukur. Walaupun aku duduk jauh tapi Danish tetap dihati (sapa tak sayang anak woiiii...).

Abah Danish.... Errr.... Bila jauh-jauh cam nie, suami jatuh tempat ke-2... Peace No War...

Monday, September 20, 2010

Apa pandang-pandang...!!!!


Suka aku tengok Danish dengan Tok Tiah (my MIL)

Thursday, June 10, 2010

Aik... tetiba tukar statement

Kebelakangan ini, makin kerap aku call mak atau abah pasal Danish...

Danish dah kurang minum susu... Lepas tue demam... Tak mau makan... Hampir 3 jam sekali aku mesti nak call nak tanya....

Semalam, mak aku cerita yang Danish sekarang nie dok berkepit ngan kak ipar sahaja. Dahulu ada gak kalau nak minum susu, hanya dengan mak jer Danish mintak tapi sekarang kak ipar jer Danish tahu...


"Danish sekarang dok manja dengan Eja jer"... Mak aku bercerita
Aku still lagi senyap...


"Tak pandang pun muka mak"
Kemudian aku pun mula berbicara (ayat skema...)


"Kalau adik balik nanti, Danish tak kenal dan tak manja-manja dengan adik.... Comfirm!!! Adik bawa Danish tinggal ngan adik"


"Eh... mana manja sangat pun ngan Eja... Mak kadang - kadang dok buat keja, mak tak heran kat Danish... Sebab tue Danish p kat Eja... Danish mau lagi dengan mak..."
Mak dah gelabah masa aku cakap macam tue...


Aik... tukar statement lak....? Sori, yea... aku memang tak ugut-ugut mak. Tapi aku terkesima jap apabila Danish manja dengan orang lain selain mak tok or tok wan...

Danish.... Nampak sangat la mak tok tak mau lepas kan Danish... Hmmmm....

Wednesday, June 2, 2010

Ingat abang 'check' sendiri...

Isnin lepas aku dan hubby sama bawa Danish nak terima hadiah 'birthday'. Biasa la kalau dah umur setahun, haruslah korang bawa anak pergi mengadap klinik untuk terima suntikan...

Danish bangun awal pagi tue. Jadi comfirm Danish akan mengantuk balik... Jenuh bersilat bagai dengan Danish. Danish nak turun berjalan tapi tak bagi sebab tak bawa kasut (sila salah abah nya...). Jadi terpaksa la berdukung jer. Kalau aku duduk jer, berbunyi... duduk jer berbunyi...

Bila dah sampai turn nak cucuk, masa tua terselit la seorang Ketua Jururawat...

KJ : "Dah buat pap smear tak lagi?"

Aku : "Belum lagi"
Danish meronta-ronta sebab dah ngatuk tapi aku tak bagi tidoq...

KJ : "Nanti lepas nie buat tau... Ala, sekejap jer. Lepas cucuk, minta tolong abang jaga kejap anak...."

Aku : "Takpa... takpa... nanti saya buat"
Alasan....

Ketua Jururawat tue tak puas hati dengan jawapan aku. Terus dia suruh hubby aku minta aku buat ujian pap smear.... Yang hubby pun ngangguk jer... "Nanti ina buat"

Aku tarik muka muncung.... Dah la tak ready. Dengan Danish menangis lagi... Takkan la aku sanggup nak tinggal Danish....

At the end, memang aku tak pegi buat... Danish dah teresak-esak, menagis menjerit... Mesti dia ingat aku dera dia...

Aku tanya balik hubby kenapa kata "Nanti ina buat"...
"Nurse tue nak check kat bilik belakang tadi, abang sanggup nak tunggu dengan Danish menagis macam nie...?"


"Eh, ingat abang 'check' sendiri..."

"Banyak la cantik, 'check' sendiri...."

Nampak sangat tak tahu....

p/s: Warning... Semua wanita hurus buat ujian pap smear. Jangan ngelat. Pesanan ini ditujukan kepada semua wanita termasuk aku...

p/s: Minta maaf kat KJ tue...

Tuesday, May 25, 2010

Salah orang tue...

Minggu lepas Pak Long dan Mak Long Danish ( abang dan kak ipar) balik kampung. So, Danish main dengan maktok dan tokwan dia jer la. Nizam tak boleh dikira... kejap ada, kejap tak dak.

Semalam bila abang dan kak ipar aku balik rumah mak, abang tegur si Danish.

Dengar jer suara abang, ko tahu.... si Danish meraung macam orang tinggal kan dia...
Kak Ipar lak memang target lepas tukar baju nak main dengan Danish. Panggil jer nama Danish....

Meraung lagi... siap dengan air mata dan air hingus...
Merangkak laju pegi kat depa dua orang...

Mak kata mungkin teringat mama dia la tue.... (aku la tue)
Mungkin juga kan.... Hampir 2 minggu aku tak balik. Rindu kat aku la tue....

Tapi bila aku balik, Danish senggeh jer ngan aku....
Errr... mana raungan Danish tue?

Thursday, May 20, 2010

21 Mei... Aku suka tarikh tue....

Mulai Tahun lepas 2009, aku cukup suka dengan tarikh 21 Mei. Bukan aku sahaja, malahan seluruh family turut sama menyukai tarikh tersebut...

Tepat jam 22:22 (sila ikut format 24 jam), bertarikh tersebut.... Muhammad Danish lahir kat dunia.

Bagaimana nama itu dipilh...?

Sepanjang aku mengandung, banyak nama aku dan hubby pilih. Nama baby girl and boy sekali. Tapi sampai ke saat Danish lahir langsung tak dak persetujuan pun. Bila dah keluar hospital baru letak nama Muhammad Danish. Aku suka nama simple, tak nak nama yang macam glamer ataupun susah nak eja. Dan bagi aku "Muhammad" tue mesti wajib aku nak.... yang part nama "Danish" adalah sebab aku terkenan dengan Nora Danish... So jadi la Muhammad Danish.

Cacatan perkembangan Muhammad Danish...
  1. Menirap - 2 bulan setengah
  2. Menyulur - 4 bulan
  3. Duduk - 7 bulan
  4. Merangkak - 7 bulan setengah
  5. Berdiri dengan sendiri - 10 bulan
  6. Berjalan/ menapak - 11 bulan....
  7. Berlari.... lepas setahun la kot... :)
Kepada Muhammad Danish bin Johari.....

Encik Johari dan Puan Maslina sungguh bersyukur apabila mendapat anda. Ini adalah anugerah terhebat dari Allah swt kepada kami berdua.

Selamat Menyambut Ulang Tahun yang Pertama Esok!!!!!
Sorry, mama ada kursus minggu nie. Mama tak boleh balik. Kita sambut sama-sama masa Hari Wesak yer... :)







Monday, April 19, 2010

40 hari, cukup ker?

Selamat bersiaran kembali... Nama pun balik kampung. Masa itu seboleh-bolehnya nak peruntukan dengan hubby dan Dansih sahaja. Walaupun P1W1MAX dok memberi isyarat bar yang terlampau lah menarik... namun menutup hati aku nak tulis apa-apa entry untuk sabtu dan ahad.

Pagi tadi aku baru balik dari Penang, pukul 5.30 aku sampai. Terus aku balik rumah, nak rehat-rehatkan diri sebelum pergi kerja. Siap mandi, pakai segala-galanya, aku ngadap depan TV.

Info yang aku nak kongsi bersama adalah "kita tak boleh buang perangai buruk tapi boleh ubah ke arah baik"...
Faham tak...?

Ada seorang penonton bertanya kepada Dato' Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah bagaimana nak membuang perangai buruk...?
Terfikir sejenak DR....
Kemudian DR pun jawab, kita tak akan boleh buang perangai tapi kita boleh ubah.

Rasanya macam nie kot... (yang aku faham la)
Si abu seorang yang malas. Dia cuba membuang perangai malasnya itu tetapi tidak boleh. Hanya dengan selalu membuat kerja sahaja yang boleh mengubah abu menjadi rajin... ditambah dengan displin yang kuat.
Malahan, untuk betul-betul menjadi... kita harus berusaha selama 40 hari...(yang 40 hari nie DR yang cakap)

Aku rasa DR pernah membuat kajian sebelum menentukan 40 hari tue.

Jadi aku nak beritahu korang yang aku nak cuba pasal 40 hari tue...
Nak diet makan tengahari.... Nasi pun nak kurangkan sikit...(oppsss, pagi tai aku breakfast makan nasi lemak yang amat berlemak...)

Semoga aku berjaya... :)

Friday, April 16, 2010

Jelous kah aku...?

Setiap hari... 3-4 kali comfirm aku call mak... First2 sekali mestilah bertanya pasal Danish. Kesian kat Danish, mama dia duduk jauh....

Rabu lepas aku call mak, perihal Danish mestilah aku tanya dulu...
Mak cakap, Danish manja sungguh dengan Mak long baru dia tue (kak ipar). Kalau hendak susu, siap pergi sondol2 kak ipar.... Kalau aku atau mak, gigit tue tanda nya nak minta susu... (hampeh, lain benar cara minta susu dari Danish)

Malahan mak kata, Danish nak minum susu siap nak tidor atas riba kak ipar aku tue...
Amboi, Danish....

Lepas mak bagitau pasal tue, terus aku asyik teringat jer kat Danish... Aku takut Danish dah start lupa kan aku...

Kalau boleh , nak suruh mak jangan bagi orang pegang2 sangat Danish, masa aku takde.... huhuhu

Friday, March 19, 2010

Aku balik....

Minggu lepas balik... minggu nie pun balik....

Sebabnya... Danish demam.... Termenung jap kalau dengar Danish demam.... kesian budak2 bila kena demam kan...


(gambar dimms kan dari hubby)

Mak bawa Danish pegi hospital.... Panas sampai kena bawa masuk ubat kat punggung la...
Selang 2 -3 jam aku call... mana boleh dok saja... mesti call sebab tak nampak kat depan mata....

Doktor kata Danish mungkin demam sebab nak tumbuh gigi....
Sabar jer la Danish wei.....!!!!! Mama nak tolong pun tak leh, setakat nak tampal 'koolfever'.... lap2 sikit badan... makan ubat boleh la....

Boleh tanya tak... apa lagi yang boleh bagi 'kebah' demam Danish....?
(dalam hati nie ingat nak buat EL.... xpenah buat lagi seumur hidup aku....)

Tuesday, March 16, 2010

Jom p Makan... (2)

Dimulakan dengan muka terbaru Danish....



Nasi goreng paprik....
Rasa nya... ok... sedap juga....
Hubby suka sup... sedap...


Yang nie pulak Nasi goreng Thailand...
Ok gak....
Dua2 nasi goreng nie aku bagi 7/10....


Tapi yang nie.... mungkin aku tak order dah kot...
Bukan sebab tak sedap tapi mungkin aku masih lagi terbayang2 sotong goreng tepung kat Kuala Sungai Baru, Melaka lagi kot....


Kalau nak pergi....
Nama Restorennya Original Chicken Shop....
Dekat jalan Teluk Air Tawar....
Tepi jalan jer pun... Comfirm nampak punyer....

Orang kata Chicken Chop dia memang sedap... Tapi kau yang sedang kelaparan... xlak mengorder nya.... Lain kali mesti order....

Kesimpulan nya....
Service + Makanan + Minuman + Environment= 7/10 gak aku bagi......

Thursday, March 4, 2010

Pesanan dari jauh...

Mak berpesan
  1. Duduk KL tue, selalu2 la keluar... tak la boring sangat...
  2. Diet sikit... jangan asyik dok makan jer... penampilan untuk suami kena jaga...
  3. Makan vitamin yang mak beli... jangan dok ngelat!!! kalau tak, mak suruh report tiap2 hari...(makan mak.... ada lagi 99 biji lagi dari minggu lepas- yea, aku ngelat)
  4. Jangan malas2 kat rumah tue, bergerak sikit... nie asyik dok 'ngapuk' tengok tv... tido... bla2...
  5. Minum air banyak sikit... (minum mak... 2 cawan sehari...)
Abah berpesan
  1. Adik... motor tue jaga elok2...
  2. Dah sampai Kl jangan lupa bagitau abah....
  3. Motor tue, pastikan minyak motor isi... meter rosak... (motor lagi ker...)
Hubby berpesan
  1. Jangan dok beli benda yang bukan2... (ala cd jer pun... abg beli batang pancing harga beratus, ina xbising pun...)
  2. Pegi mana2 inform... (yang nie sebelum kawin memang dh pratikkan...)
  3. Diet la skit.... ( Haaa... yang nie sama sangat nag mak mertua dia...)
  4. Baju2 Danish tue berenti la beli kejap... Xterpakai nanti... ( yang nie tak berapa boleh ikut... xbeli kat shopping complex, aku beli online... bleh...?)
  5. Beli la baju yang elok2 sikit...besar sangat... nie dah nampak macam 80 tahun.... (hamboi, xsayang nyawa ker...? Karang aku pakai ketat2, abang yangxtertanggung...)
Nizam berpesan
  1. Balik nanti bawa duit banyak2 tau.... (hang ingat kak hang cop duit ka...?)
Danish berpesan
  1. Waaaa...aaaa.... babababba.... yatatau......... (dialih bahasa... "Jangan tinggal Danish selalu boleh tak....") Sedih kan.... :(

Tuesday, March 2, 2010

Danish... tolongggg lah....

Dah berapa lama aku dok usha2 walker kat Danish...
Danish dh leh berdiri jadi nak la latih dia berjalan... menapak sikit2...

Masa tengok kat The Mall, aku tengok yang Playskool nyer... Hmmm, RM 139 (hamboi, xde yang murah ka...)... budget kena jaga wei....!!!!
Jadi, ambil keputusan, nak p tengok kat BM jer la.. (Bukit Mertajam, kampungku)...

Kan baru2 nie aku cuti lama balik kampung sebab Danish sakit... jadi kesempatan itu aku pn ronda2 la ngan mak abah n Danish (angkut gak...)...
Nak cari mainan kat Danish @ walker tue la....
Akhirnya sampai kat kedai baby...
Abah tinggai dalam keta, aku, mak n danish masuk kedai....

N... dapat la nie...


pic from here

'Tong' duit ngan mak.... Aku Rm 150 + Mak RM 100= Korang kira lah sendiri....

Tapi..... dek takutkan kat suami masing-masing..... kami bagitau harga walker nie RM 90 jer...
Bahagianya hidup kalau betul harga tue kan....
Yang tak tahan... terlebih budget...

Bila dah sampai rumah... aku sebagai mama Danish xsabar-sabar tolong pasangkan walker tue...
Dah sudah pasang... bagi la Danish try...
Danish tak mau...!!!!!
Yang Danish minat tang bunyi lagu dia jer....
"Danish... mahal tau tak....." mak mengomel perlahan jer takut2 abah dengar....

Danish lebih selesa dok meniti kat tepi2 meja jer.... jalan ketam....
Bila paksa suruh guna walker... nagis Danish memang xbleh blah....



pic from here
(aku tak upload gambar Danish sebagai model.. korang sendiri pun tahu kenapa)

Aku lak sebagai mama Danish boleh berpesan jer...

"Danish.... tolong... tolong lah...!!!!!

Saturday, February 27, 2010

"JULINGGGGG"

Ada cerita lagi disebalik checkup Danish...



Danish disyaki 'juling'.... (hati mak bapak mana xterkejut....)

Misi amoi tue kata Mata Danish something wrong.... xpe, misi rujuk kat Doktor untuk kepastian...



Bila dah jumpa Doktor (perempuan)... dia kata xdak apa2 pn... cuma mata Danish macam anak cina, ruang tengah nya lebih sikit....

Doktor tue pun xleh check details sebab Danish tak mau dengan dia.... (apalah masalah kau, Danish...)

Jadi Doktor tulis surat rujukan kepada pakar mata....



Esoknya kami pergi ke Klinik mata.... Fuhhhh.... ramainya orang... Thank you kepada hubby sebab balik lambat.... Kata kul 8 lebih nak bertolak... kul 11, baru tergedik2 nak p.... (aku xrasa bersalah kata kat hubby sebab dia ada kat sebelah aku jer masa aku taip N3 nie...)



Dalam klinik, kami bernasib baik sebab ada surat doktor jadi xpayah nak tunggu lama... (kronik sangat ke mata Danish...?)

Tapi dalam dok tunggu nama Danish kena panggil... sempat la gak Danish buat nyanyian sumbang dia.... So... kami pun layan skali la nyanyi... (dah tue, xkan aku nak tutup mulut si kenit....)

Nyanyi tue bersamaan dengan menjerit..... bukan menangis....



Masa Danish dok terjerit2... nama Danish dipanggil misi...

Tup...tup... senyap si Danish...

Doktor (lelaki) panggil2 nama Danish supaya leh tengok mata dia...

Bagus Danish.... ikut jer... senyum lagi....



Yang syok nya ... Danish suka kat Doktor lelaki lebih daripada Doktor perempuan... Apa yang berkenan sangat kat Doktor lelaki pn xtau la... mungkin pada suara nya yang lembut...



Ok, berbalik kepada mata Danish... Doktor tue kata Mata Danish xde ape2 pun... Tapiiiii.......

Kena rujuk skali lagi.... @ xnak ambil risiko kalau2 memang betul 'juling'....



So... appointment 12/5/2010...

Korang tolong peringat kan aku...



p/s: Doakan agar Danish xde ape2...

Friday, February 26, 2010

Hang xkena xpa la....

Lewat malam sambil dok tunggu Danish nak tido (yea, memang Danish tido lewat ikut paksu dia) aku sembang ngan mak aku...

Kami dok bercerita pasal kenduri abang aku nak buat Nasi apa... lauk apa....
Dalam dok bercerita tue mak mengimbas kembali masa mak belajar maktab dulu....

Setia satu hari dalam seminggu, mesti ada kafeteria maktab buat nasi minyak... nak jadi kan cerita, nasi minyak tue ada something wrong somewhere... aka mentah la kot....
Masa tue xde sapa pun ngadu sakit perut... tapi bila malam.....

Hostel mak terbahagi dua... dua tingkat bawah... perempuan.... lagi dua tingkat lelaki....
Malam tue sapa yang perutnya second hand... comfirm la sakit perut....
Memang riuh gila la masa tue, tambah2 lagi bahagian lelaki.... sampai dengar gaduh2....
Mak nak tahu gak kenapa gaduh tapi sebagai seorang gadis tak kan nak pi tanya.... kan....

Esok pagi masa kuliah baru mak aku tahu....
Si A (bukan nama sebenar) sakit perut teramat dah.... pegi lah membuang.....
Yang si B (bukan nama sebenar gak) pun tak tahan sangat menahan.... Dibuka nya pintu tanpa melihat sapa didalam... terus menghala punggung ke mangkuk tandas.....' melepas'........

Rupanya si A terlupa nak tutup pintu.... Si B lak dah tak tahan.... (seperti korang maklum... terjadi la pekara diatas...)

Bergaduh si A dan si B....
Kesian si A.... kena sembur dengan 'tuttttt'.... Kena mandi berapa kali la gamak nya...
Yang si B tak mahu ngaku salah....

"Salah hang la sebab xtutup pintu...."

"Xkan hang xtengok dulu ada orang kat dalam ka x...?"

"Mana aku tau... aku dah tak tahan... xda sempat2 nak tengok...!!!!!"

"Hang xkena xpa la... hang boleh la kata cam tue...!!!!!


Bebudak lelaki bukan nak settle gaduh tue.... tolong gelak ada la......
Mak.... lebih lebih kurang budak2 lelaki.... tukang gelak.....

Kesian kat si A kan...... nasib la engkau labu....

Wednesday, February 24, 2010

Dengar betul2...!!!!!

Semalam pegi checkup Danish... Selalunya xla ramai sangat, tetiba lak ramai yang kena checkup.... Mesti lama kena tunggu...

Aku pegi dengan mak... Aku main2 dengan Danish kat luar klinik... mak ada kat dalam tunggu nama Danish kena panggil...

"Adik.... nama Danish....." (Adik itu nama gelaran aku kat rumah)
"Jap..... Jappppp....." Aku berlari-lari anak.....

Tapi yang peliknya sorang aci tue pintas aku.....
Rupanya nama baby dia yang kena panggil...
Nama belakang dia ada sama skit ngan nama Danish....

Misi kat situ dah gelak2 kt aku....

"Mana mak nak tau... mak dengar macam panggil nama Danish"
Agak2 la mak oiii..... Dh xpasal2 Danish tukar bangsa......

Apakah nama budak tue yea.....
Manish..... Sarawanish..... apa lagi yang 'nish' kat belakang.....?

Monday, February 22, 2010

Hati seorang ibu... eewahhh... :)

Pagi tadi mak call... pening kepala katanya... Kecian...

Mak xcukup tidur sebab jaga Danish... Danish, selsema dia datang balik... mak aku kena pastikan dia makan ubat... minum susu waktu malam.. sebab dia xlalu makan moi dah...

Gamaknya salah aku, xjaga Danish elok2 masa kat rumah mertua... Selsema lah... demam lah.... last sekali habuan nya, mak aku la kena take over sebab aku balik KL.. (aku dh pastikan Danish ok balik sebelum balik KL... Kalau aku tau xbaik lagi... aku xkan balik punya..!!!!)

Walaupun abah, abang n adik aku ada tp manakan sama kalau seorang wanita yang jaga....
Jadi harus lah aku balik....

Nasib baik ada bos yang baikkkkk hatiiiiii... lulus cuti 3 hari aku... direct esok sampai ahad... bercuti panjang....

Benda apa lah nak bagi Danish lalu makan balik... Kaki makan Danish dulu tau...!!!!!

Wednesday, February 17, 2010

Cuti macam tak cuti....!!!!

Entry lepas aku ada bagitau yang aku selsema... ok, fine... xpe la... aku tanggung sendiri... tapi bila kena kat Danish... tue yang aku xleh tahan...

Danish datang ngan package... demam + selsema.... Aku dh pasang safety dh supaya virus aku xmerebak kat dia... alih2 kena gak...

Yang boleh kena demam... aku rasa sebab musim kemarau kat kampung hubby aku... panas sungguh...!!!! Nak jalan2 kat mana2 pn xleh... (kecuali klinik Raniah...)

Aku lak dh settle bab selsema... datang lak penyakit lain....

Sedang aku bersenang lenang ngan Danish n Mertua.... Tetiba aku terasa gatai yang amat sekali.... Tapi....

Aku xleh nak garu... (kenapa...?)
Tempat nya xstrategik... (kenapa..?)
Kegatalan tue terasa dibahagian Paha...... (Xkan la aku nak selak kain batik nak garu2 depan mertua..... ada akai ka....)

Jadi berbekalkan alasan sakit perut.... aku minta permisi pergi toilet....

Masa dalam toilet... tergaru2 dengan penuh nikmat... dan padahnya.....
Aku jalan terkengkang2..... Pedihhhhh..... Padan muka....!!!!!

Aku terus call hubby... hubby kata letak bedak..... (huh....!!! Baru lega......)

Aku xtahu sebab apa aku gatal2....
Hubby aku tanya ada makan benda pelik2 x....

Aku kata la... breakfast makan mee sanggul... dalam dia ada bahan sotong kering....( Yang tue la last aku makan sebelum kena gatai tue...)

Gamak nya aku alergik ker... ?
Sehingga sekarang aku balik KL pn dok still tergaru2 macam kera....

Aku ingatkan cuti raya cina nie leh aku jalan2 nagn Danish kutip Ang Pow.... Sangkaan ku meleset.... citt....!!!!


P/S: Alhamdulilah... Danish dh sembuh masa aku balik KL semula....

Friday, January 22, 2010

Rindu giler kat budak sekor nie.... :)

Macam biasa ble kesunyian atau tengah ke'BZ'an.... mesti ridu kat Danish...










Aikkkk!!!!!! Mana hubby aku.... :)
Mesti la aku rindu gak kat dia... Tatap dalam hati ku..... :)