Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, February 7, 2013

Kuala Lumpur

Salam,

Oh, aku masih di tanah KL rupanya... Tak lari mana pun. Cuma ngelat + pemalas nak karang mengarang. Kena lak mengandung anak kedua.... beranak... jaga anak... (oh, ini semua adalah alasan semata).

Masa cuti bersalin hari tu, aku cuti hampir 5 bulan. Lama kan... Memang sengaja. Puas hati sebab dapat bersama-sama dengan suami dan anak-anak. Terutama Danish la. Baby yang kedua ni namanya Muhammmad Darwisy b. Johari. Yupppp, HERO. Tapi aku suka jer. Asalkan aku cuti lamaaaa....

Sekian.
Hahaha. Update yang cukup ringkas.

Monday, June 14, 2010

Menantu lelaki lebih senang daripada menantu perempuan...

Sewaktu aku balik kampung, aku, hubby dan mak berbual-bual panjang. Lebih kepada cerita pasal abang dan menantu baru mak.

Kami juga berbual mengenai perancangan apabila sudah dapat tinggal sebumbung jikalau ada rezeki nanti. Hubby kata kalau dah dapat bertukar, mungkin kami nak cari rumah. Tak mungkin kami akan tinggal di rumah mak mertua (mak hubby) yang pada awal perancangan kami nak tinggal disitu.

Mak pun bersetuju dengan rancangan tue sebab mak sendiri sebenarnya tidak menyukai anak-anak apabila sudah berkahwin tinggal sekali dengan family. Takut nanti akan ada pencampuran orang ketiga.

Kemudian, hubby juga menambah. Jikalau ada 2 orang atau lebih menantu lelaki yang duduk sekali dalam satu rumah, lebih senang berbanding menantu perempuan.... Dan pada aku andaian itu mungkin juga ada kebenarannya....

Ini mungkin kerana lelaki lebih berfikiran simple daripada wanita yang berfikiran terlalu complicated...

Dan menantu lelaki selalunya senang bergaul dengan mertua berbanding menantu perempuan.

Mungkin ada betul dan salahnya kata-kata dari hubby aku.

Tapi yang aku pasti, hubby tak bagi aku tinggal sekali dengan mertua kerana takut ada perselisihan faham. Bukan dengan mertua tapi dengan ipar-biras...

Baginya, sejauh manapun chemistry antara aku dengan biras-biras.... nanti suatu hari akan timbul juga masalah...


Patut la juga ada orang kata, kalau nak cari jodoh... cari la jodoh jauh-jauh. Jangan nak cari sepupu sepapat gak... :)

Thursday, June 10, 2010

Aik... tetiba tukar statement

Kebelakangan ini, makin kerap aku call mak atau abah pasal Danish...

Danish dah kurang minum susu... Lepas tue demam... Tak mau makan... Hampir 3 jam sekali aku mesti nak call nak tanya....

Semalam, mak aku cerita yang Danish sekarang nie dok berkepit ngan kak ipar sahaja. Dahulu ada gak kalau nak minum susu, hanya dengan mak jer Danish mintak tapi sekarang kak ipar jer Danish tahu...


"Danish sekarang dok manja dengan Eja jer"... Mak aku bercerita
Aku still lagi senyap...


"Tak pandang pun muka mak"
Kemudian aku pun mula berbicara (ayat skema...)


"Kalau adik balik nanti, Danish tak kenal dan tak manja-manja dengan adik.... Comfirm!!! Adik bawa Danish tinggal ngan adik"


"Eh... mana manja sangat pun ngan Eja... Mak kadang - kadang dok buat keja, mak tak heran kat Danish... Sebab tue Danish p kat Eja... Danish mau lagi dengan mak..."
Mak dah gelabah masa aku cakap macam tue...


Aik... tukar statement lak....? Sori, yea... aku memang tak ugut-ugut mak. Tapi aku terkesima jap apabila Danish manja dengan orang lain selain mak tok or tok wan...

Danish.... Nampak sangat la mak tok tak mau lepas kan Danish... Hmmmm....

Wednesday, June 9, 2010

Aku menantu kesayangan...

Selama hampir 2 tahun aku kahwin. Aku rasa tak pernah aku masak kat rumah mak mertua... Setakat tolong potong-potong bawang, bersiang ikan, potong sayur tue boleh la serah kat aku. Tapi bila bab masak, aku jadi tak rela...

Mak mertua pandai masak... tambah-tambah lagi kalau gulai... Perhhhh!!!! Ada lak sambal tumbuk tue... Mak sendiri pun tak leh tanding...

Mungkin sebab mak mertua pandai masak, so aku mengambil langkah "sedar diri"... Kang aku masak, tak cukup garam gula.... Aku pulak memang dalam masakan aku tak pakai Ajinamoto. Sebabnya aku tak tau sukatan banyak mana nak letak. Lagipun stail aku masak jenis jarang rasa dulu... Aku letak jer garam... terus angkat hidang... Paksa rela, kena la makan terus... sedap atau tak...

Yang sekutu ngan aku hanya mak dan abang. Sebab mak dan abang makan tawar... "Hantu" sayur 2 beranak tue...

Kalau aku balik rumah mertua, aku dilayan macam anak kesayangan...
Korang nak tau "konsep" mertua aku...?

Depa lebih sayangkan menantu lebih daripada anak sendiri.... Kalau depa dengar jer yang anak depa marah isteri atau kurang ajaq ngan suami... Comfirm, anak depa kena marah dulu walaupun pada hakikatnya menantu yang salah... tapi kalau cucu depa kena marah... Sah-sah anak menantu depa yang kena....


Sebab tue bila aku balik, bila makan jer mertua panggil... bila masak, mertua aku masak diam-diam... Tau-tau dah siap... hehehe... ( ker sebab tau yang aku tak pandai masak...?)

Dan part paling best... aku jer mertua panggil makan, siap hidang bagai....Ipar dan biras sendiri hal. Kalau lapar makan... No panggil-panggil...

Ehhh... Jangan kata mertua aku berat sebelah lak. Mungkin sebab aku jarang balik, duduk jauh diperantauan... mertua layan aku dengan baik sekali... Tapi kalau dah duduk lama macam aku cuti tanpa gaji tahun lepas... layanannya sama. Biras ker, anak ker... ipar ker... tak dak lebih kurangnya....


Korang punya mertua, ok tak?

Tuesday, May 25, 2010

Salah orang tue...

Minggu lepas Pak Long dan Mak Long Danish ( abang dan kak ipar) balik kampung. So, Danish main dengan maktok dan tokwan dia jer la. Nizam tak boleh dikira... kejap ada, kejap tak dak.

Semalam bila abang dan kak ipar aku balik rumah mak, abang tegur si Danish.

Dengar jer suara abang, ko tahu.... si Danish meraung macam orang tinggal kan dia...
Kak Ipar lak memang target lepas tukar baju nak main dengan Danish. Panggil jer nama Danish....

Meraung lagi... siap dengan air mata dan air hingus...
Merangkak laju pegi kat depa dua orang...

Mak kata mungkin teringat mama dia la tue.... (aku la tue)
Mungkin juga kan.... Hampir 2 minggu aku tak balik. Rindu kat aku la tue....

Tapi bila aku balik, Danish senggeh jer ngan aku....
Errr... mana raungan Danish tue?

Thursday, May 20, 2010

21 Mei... Aku suka tarikh tue....

Mulai Tahun lepas 2009, aku cukup suka dengan tarikh 21 Mei. Bukan aku sahaja, malahan seluruh family turut sama menyukai tarikh tersebut...

Tepat jam 22:22 (sila ikut format 24 jam), bertarikh tersebut.... Muhammad Danish lahir kat dunia.

Bagaimana nama itu dipilh...?

Sepanjang aku mengandung, banyak nama aku dan hubby pilih. Nama baby girl and boy sekali. Tapi sampai ke saat Danish lahir langsung tak dak persetujuan pun. Bila dah keluar hospital baru letak nama Muhammad Danish. Aku suka nama simple, tak nak nama yang macam glamer ataupun susah nak eja. Dan bagi aku "Muhammad" tue mesti wajib aku nak.... yang part nama "Danish" adalah sebab aku terkenan dengan Nora Danish... So jadi la Muhammad Danish.

Cacatan perkembangan Muhammad Danish...
  1. Menirap - 2 bulan setengah
  2. Menyulur - 4 bulan
  3. Duduk - 7 bulan
  4. Merangkak - 7 bulan setengah
  5. Berdiri dengan sendiri - 10 bulan
  6. Berjalan/ menapak - 11 bulan....
  7. Berlari.... lepas setahun la kot... :)
Kepada Muhammad Danish bin Johari.....

Encik Johari dan Puan Maslina sungguh bersyukur apabila mendapat anda. Ini adalah anugerah terhebat dari Allah swt kepada kami berdua.

Selamat Menyambut Ulang Tahun yang Pertama Esok!!!!!
Sorry, mama ada kursus minggu nie. Mama tak boleh balik. Kita sambut sama-sama masa Hari Wesak yer... :)







Thursday, May 6, 2010

"Bertuah" betul budak2 nie..... kata kat aku yer...

Masa kenduri abang, mak abah dah sepakat guna katering sahaja. Nama pun taman, jarang sudah di taman2 nie ada pakatan. Lagipun mak abah dah tua, tak mampu nak kawal kalau masak sendiri.

Jadi abah ambil la katering kawan baik nya sendiri. Pukul 12 nak start kenduri tapi pukul 11 pun belum siap pasang. Nasib baik la kami buat tahlil dahulu. Semasa berlangsungnya tahlil, ada sebuah motor yang dinaiki 2 budak merempuh kerusi dan meja. Aku meluru keluar rumah, aku pandang jer budak2 tue. Rupa-rupa nya budak2 itu adalah salah seorang daripada kakitangan katering. Masa tue baru aku perasan, kesemua kakitangan katering adalah budak2 sekolah...

Aku tegur budak2 tue supaya senyap sedikit sebab tahlil belum habis lagi. Korang agak2 apa yang depa balas kat aku...

"Wei... wei... diam sikit!!!!" Ngan muka mengajuk aku.
Aku tak kisah, lagipun budak2... tak suka sangat kalau kena tegur.

Apabila kenduri hampir habis dalam pukul 5, keja aku masa tue kena packing makanan kenduri untuk dibawa balik oleh saudara2 aku. Jadi, aku kena la mengadap bebudak2 tue.

Depa nie terlalu lah ramah dan aku pulak terlebih layan. Dah macam adik aku sendiri aku layan.

"Kak... kak... saya ingatkan kak nie sombong"

"Sebab apa hang kata macam tue?"

"Ya la, kak marah kami tadi"

"Bukan marah la, teguq... orang baca tahlil kan masa tue. Yang hang pa bising pasai apa...."

"Sori, kak.. bukan sengaja..."

Lepas tue bermacam2 lagi la depa tanya aku... tak ter layan la aku nak jawab. Aku blah dari situ.
Tapi masih ada lagi kaum kerabat aku yang nak aku tapau kat depa lauk kenduri... lalu haruslah aku ngadap ladi bebudak katering tue....

"Kami ingatkan akak tak mau datang sini dah..."

"Datang...."

"Kak... kak... kenai tak John Cena...?

"Kenai..."

"Undertaker?"

"Kenai..."

"Kak masuk WWF ker...?

"Hangpa ngata aku la nie...."

"Hehehe.... nampak macam pernah masuk..."

"Kak.. tak payah layan budak2 nie... lagi mengarut kalau terlayan terlebih...."




Badan aku ada macam nie ka...?
Badan aku lagi berotot tau!!!! Berotot lemakkkkk....


P/S: Aku tak ambil hati pun kat hangpa adik2 oiii...

P/S: Depa minta maaf kat aku, depa main2 jer...

Wednesday, May 5, 2010

Hai.... :)

Letih... Yang tue jer la boleh aku gambarkan masa blog nie bersawang...

Walaupun letih tapi aku gembira bila kenduri sudah selesai dengan selamatnya. Nak tengok gambar...? Nanti2 la aku uploadkan. Kena pastikan gambar2 yang sepatut nya sahaja yang ada, kang ada gambar buruk aku terlepas... banyak aku rasa gambar aku yang tak lawa... Eh! korang nak tengok gambar abang aku kawin kan...? Bakpe lak aku nak tayang gambar aku...? Apa pun nanti akan aku uploadkan, korang tunggu jer.

Rentetan sepanjang sebelum... semasa... selepas kenduri.

  • Dari hari Khamis 28hb, Jusco dah menjadi rumah kedua aku. Sebabnya aku kena p cari baju kurung biru turqoise kat mak.
  • Hari Jumaat pun ngadap Jusco, nak cari buah untuk hantaran.
  • Hari sabtu, kenduri kat rumah kak ipar kat Selama. Petang tue aku p lagi Jusco, nak cari buah epal untuk kenduri. Selapas itu aku p pulak cari karpet dan tudung. Semua nya berbelanja menggunakan 'swap'.... (aku pandai tiru sign mak...)
  • Masa dirumah kak ipar, adik aku no 3 kena 'paksa rela' dengan abang untuk jadi pengapit. Nasib baik hubby terlepas, kalau tak... hubby yang kena jadi pengapit...
  • Pada hari ahad, kenduri kat rumah aku. Aku sibuk mengalahkan mak abah... Buktinya, kaki aku melecet...
  • Hubby menjadi 'pembantu peribadi' abang. Nie pun paksa rela... Dah la kena jadi driver...
  • Selepas kenduri kat rumah aku, aku keletihan lagi... sebabnya aku membuatkan toilet tersumbat.... Aku p buang sisa makanan dalam toilet. Setengah hari aku dok settle pasal sumbat nie jer. Aku takut mak marah... Tapi last skali pun, memang mak yang tolong settlekan.... hehehehe...
  • Kami 9 orang pergi makan kat luar dan tengok wayang cerita "Iron Man 2". Abang belanja...Ini adalah pertama kali Danish masuk panggung. Senyap jer selama dua jam. Khusyuk.... Kami tengok kat Jusco
  • Semalam abang dan kak ipar pergi ke Genting Highland, honeymoon. 3 hari 2 malam = RM 258. Murah kan...?
Sekian itu sahaja dari bilik berita....

p/s: penat yang berbaloi... :)

Monday, April 19, 2010

40 hari, cukup ker?

Selamat bersiaran kembali... Nama pun balik kampung. Masa itu seboleh-bolehnya nak peruntukan dengan hubby dan Dansih sahaja. Walaupun P1W1MAX dok memberi isyarat bar yang terlampau lah menarik... namun menutup hati aku nak tulis apa-apa entry untuk sabtu dan ahad.

Pagi tadi aku baru balik dari Penang, pukul 5.30 aku sampai. Terus aku balik rumah, nak rehat-rehatkan diri sebelum pergi kerja. Siap mandi, pakai segala-galanya, aku ngadap depan TV.

Info yang aku nak kongsi bersama adalah "kita tak boleh buang perangai buruk tapi boleh ubah ke arah baik"...
Faham tak...?

Ada seorang penonton bertanya kepada Dato' Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah bagaimana nak membuang perangai buruk...?
Terfikir sejenak DR....
Kemudian DR pun jawab, kita tak akan boleh buang perangai tapi kita boleh ubah.

Rasanya macam nie kot... (yang aku faham la)
Si abu seorang yang malas. Dia cuba membuang perangai malasnya itu tetapi tidak boleh. Hanya dengan selalu membuat kerja sahaja yang boleh mengubah abu menjadi rajin... ditambah dengan displin yang kuat.
Malahan, untuk betul-betul menjadi... kita harus berusaha selama 40 hari...(yang 40 hari nie DR yang cakap)

Aku rasa DR pernah membuat kajian sebelum menentukan 40 hari tue.

Jadi aku nak beritahu korang yang aku nak cuba pasal 40 hari tue...
Nak diet makan tengahari.... Nasi pun nak kurangkan sikit...(oppsss, pagi tai aku breakfast makan nasi lemak yang amat berlemak...)

Semoga aku berjaya... :)

Wednesday, March 10, 2010

Kalau orang baik... balasan dia akan baik juga....

Abang Ipar adalah seorang Imam masjid...

Penah terjadi kereta dia kena pecah... pencuri ambil notebook, handset dan duit Rm 600...
Orang kata dalam kawasan masjid mesti ada orang yang baik2 jer... tapi tempat yang kena curi tue dalam kawasan masjid...
Agak nya yang pencuri tue mesti bertaubat nak jadi baik.... tapi xmenjadi....

Nak salahkan sape... Abang Ipar boleh buat laporan polis jer...

Kemudian musibah yang sama terjadi lagi...
Kali nie Motosikal lak kena curi.... dalam masjid yang sama gak...
Gamaknya... pencuri nie dok 'aim' abang ipar jer kot....

Penduduk taman tue pun benggang.... mereka kata, mereka tahu sape pencuri tue...
Si Penagih Dadah simpulan2....

Yang mereka nak cari Si penagih Dadah tue.... tapi abang ipar yang takut...
Dia takut Penagih tue kena pukul teruk....
Yea la, sebelum sampai ke pihak polis... harus lah diberi tunjuk ajar dulu kan....
(tapi sebenarnya kadang2 aku xsetuju perbuatan ini... kesian...)

Bila dah dapat penagih tue... abang ipar lak pegi selamatkan dia... dia sendiri yang bawa pegi polis...
"Biar jer polis yang handle..."

Berikutan motosikal abang ipar hilang... abang ipar still pegi ke masjid naik motor.... motor anak dia... kali nie siap kunci awal2....

Abang ipar xnak kecoh2...

Tup2... tak lama kemudian... dibawa baliknya motorsikal baru.... Skuter novo...
(dalam hati aku kata, banyak duit abang ipar aku nie yea...)

"Amboi... cepatnya dapat pengganti yer..."
Abang ipar hanya senyum jer...

Aku tanya hubby... hubby kata ada orang bermurah hati belikan motosikal kat abang ipar....

Aku pun nak.....

Abang ipar jarang marah2... cool jer memanjang.... anak2 pun hormat dia...
Apa ilmu dia pakai...

Dia tak pakai ilmu2... hanya sememangnya dia orang yang baik....

Monday, March 8, 2010

Anak seorang cikgu....

Yea... mak seorang cikgu...

Mula2 mengajar Sekolah Menengah... pastu bila nak dekat pencen, tukar p sekolah rendah...

Mak mengajar Geografi dan bahasa Melayu.... Walaupun begitu anak dia yang sorang nie xla pandai pun geografi... sedang2 jer...

Masa aku naik sekolah menengah, mak mati2 tak bagi aku sekolah sekali... mak kata payah ajar anak sendiri... takut2 ngada yang lebih.... N takut cikgu lain segan nak marah2 aku kalau buat salah.... yea la, anak member.....

Kalau sewaktu peperiksaan kat sekolah mak tapi aku yang sibuk lebih.... kenapa agak nya...?

Mau tak sibuk... aku yang tolong mak p fotostat soalan.... susun soalan.... stapler....
Korang ingat satu kelas jer.... mak ajar tingkatan 1 dan 2.... darab la dengan 6 kelas
2 x 6= 12 12 x 40 org = 480 orang...

Mau tak kejang tangan aku.... Aku sorang lak tu.... adik beradik lain... hmmmm... nama pun lelaki... Main la...

Dan yang tukang kira markah... sapa lagi kalau bukan aku....
Tapi mak conduct la... takut aku silap kira....

Bila dah mak aku tukar p sekolah rendah... mak tak kacau2 sangat aku... yea la kan, study kat Kuantan, jauh....

Bila aku balik, mak mesti ajak aku p kedai buku.... nak beli buku kanak2 buat rujukan....
Kalau tak cukup 3 jam, jangan harap lah nak keluar dari kedai buku....
Naik cemuih aku....

Tapi itu la tugas seorang cikgu... nak memberi didikan yang sempurna untuk anak murid nya....
Walaupun keja sekerat hari jer.... tapi keja kena bawa balik rumah....

Nak right jawapan la...
Nak buat soalan la....
Nak buat laporan harian la...
Nak pikir macam mana nak buat murid2 paham...

Ingat senang....!!!!
Aku yang duduk serumah ngan seorang cikgu nie pun nampak payah.... (mak la tue)

p/s: aku masih ingat kat seorang budak lelaki kelas mak yang hensem2 gitu....
budak perempuan, aku bo layan.... jeles kalau tengok yang cantik2 nie....

Thursday, March 4, 2010

Pesanan dari jauh...

Mak berpesan
  1. Duduk KL tue, selalu2 la keluar... tak la boring sangat...
  2. Diet sikit... jangan asyik dok makan jer... penampilan untuk suami kena jaga...
  3. Makan vitamin yang mak beli... jangan dok ngelat!!! kalau tak, mak suruh report tiap2 hari...(makan mak.... ada lagi 99 biji lagi dari minggu lepas- yea, aku ngelat)
  4. Jangan malas2 kat rumah tue, bergerak sikit... nie asyik dok 'ngapuk' tengok tv... tido... bla2...
  5. Minum air banyak sikit... (minum mak... 2 cawan sehari...)
Abah berpesan
  1. Adik... motor tue jaga elok2...
  2. Dah sampai Kl jangan lupa bagitau abah....
  3. Motor tue, pastikan minyak motor isi... meter rosak... (motor lagi ker...)
Hubby berpesan
  1. Jangan dok beli benda yang bukan2... (ala cd jer pun... abg beli batang pancing harga beratus, ina xbising pun...)
  2. Pegi mana2 inform... (yang nie sebelum kawin memang dh pratikkan...)
  3. Diet la skit.... ( Haaa... yang nie sama sangat nag mak mertua dia...)
  4. Baju2 Danish tue berenti la beli kejap... Xterpakai nanti... ( yang nie tak berapa boleh ikut... xbeli kat shopping complex, aku beli online... bleh...?)
  5. Beli la baju yang elok2 sikit...besar sangat... nie dah nampak macam 80 tahun.... (hamboi, xsayang nyawa ker...? Karang aku pakai ketat2, abang yangxtertanggung...)
Nizam berpesan
  1. Balik nanti bawa duit banyak2 tau.... (hang ingat kak hang cop duit ka...?)
Danish berpesan
  1. Waaaa...aaaa.... babababba.... yatatau......... (dialih bahasa... "Jangan tinggal Danish selalu boleh tak....") Sedih kan.... :(

Monday, February 22, 2010

Hati seorang ibu... eewahhh... :)

Pagi tadi mak call... pening kepala katanya... Kecian...

Mak xcukup tidur sebab jaga Danish... Danish, selsema dia datang balik... mak aku kena pastikan dia makan ubat... minum susu waktu malam.. sebab dia xlalu makan moi dah...

Gamaknya salah aku, xjaga Danish elok2 masa kat rumah mertua... Selsema lah... demam lah.... last sekali habuan nya, mak aku la kena take over sebab aku balik KL.. (aku dh pastikan Danish ok balik sebelum balik KL... Kalau aku tau xbaik lagi... aku xkan balik punya..!!!!)

Walaupun abah, abang n adik aku ada tp manakan sama kalau seorang wanita yang jaga....
Jadi harus lah aku balik....

Nasib baik ada bos yang baikkkkk hatiiiiii... lulus cuti 3 hari aku... direct esok sampai ahad... bercuti panjang....

Benda apa lah nak bagi Danish lalu makan balik... Kaki makan Danish dulu tau...!!!!!