Sewaktu aku balik kampung, aku, hubby dan mak berbual-bual panjang. Lebih kepada cerita pasal abang dan menantu baru mak.
Kami juga berbual mengenai perancangan apabila sudah dapat tinggal sebumbung jikalau ada rezeki nanti. Hubby kata kalau dah dapat bertukar, mungkin kami nak cari rumah. Tak mungkin kami akan tinggal di rumah mak mertua (mak hubby) yang pada awal perancangan kami nak tinggal disitu.
Mak pun bersetuju dengan rancangan tue sebab mak sendiri sebenarnya tidak menyukai anak-anak apabila sudah berkahwin tinggal sekali dengan family. Takut nanti akan ada pencampuran orang ketiga.
Kemudian, hubby juga menambah. Jikalau ada 2 orang atau lebih menantu lelaki yang duduk sekali dalam satu rumah, lebih senang berbanding menantu perempuan.... Dan pada aku andaian itu mungkin juga ada kebenarannya....
Ini mungkin kerana lelaki lebih berfikiran simple daripada wanita yang berfikiran terlalu complicated...
Dan menantu lelaki selalunya senang bergaul dengan mertua berbanding menantu perempuan.
Mungkin ada betul dan salahnya kata-kata dari hubby aku.
Tapi yang aku pasti, hubby tak bagi aku tinggal sekali dengan mertua kerana takut ada perselisihan faham. Bukan dengan mertua tapi dengan ipar-biras...
Baginya, sejauh manapun chemistry antara aku dengan biras-biras.... nanti suatu hari akan timbul juga masalah...
Patut la juga ada orang kata, kalau nak cari jodoh... cari la jodoh jauh-jauh. Jangan nak cari sepupu sepapat gak... :)
Beli apa kat Decathlon?
7 hours ago
9 comments:
rasanya hidup berasingan lagi bagus, maksudnya tak bersama2 dengan parents
betul..hidup asing lagi baik..susah senang kita hadapi sendiri...
salam..
pulak??gitu ke??
patutla ibu mertua ku begitu
sayang padaku..la la la
salam...memang betul tu..org lelaki tak suka fikir remeh temeh..pempuan ni byk no fikirannya.
sharinginfoz,
yang tue seboleh2 nya... lebih baik jauh dari family
nizaa,
ye, betul. Baru ada kematangan apabila dapat hidup berdikari
waakumsalam zul,
sama la... mak mas pun sayang hubby mas... lalala
kak ina,
mereka malas nak pikir meleret2 macam wanita... :)
hidup asing2 ni bagus. Hidup bersama suami, tetapkan sendiri cara rumahtangga tu berjalan. Klu duduk dgn parent, semuanya dijeling, dipantau. Yg ok bg suami isteri, x OK bg orgtua...
Post a Comment