Thursday, February 7, 2013

Kuala Lumpur

Salam,

Oh, aku masih di tanah KL rupanya... Tak lari mana pun. Cuma ngelat + pemalas nak karang mengarang. Kena lak mengandung anak kedua.... beranak... jaga anak... (oh, ini semua adalah alasan semata).

Masa cuti bersalin hari tu, aku cuti hampir 5 bulan. Lama kan... Memang sengaja. Puas hati sebab dapat bersama-sama dengan suami dan anak-anak. Terutama Danish la. Baby yang kedua ni namanya Muhammmad Darwisy b. Johari. Yupppp, HERO. Tapi aku suka jer. Asalkan aku cuti lamaaaa....

Sekian.
Hahaha. Update yang cukup ringkas.

Tuesday, December 27, 2011

Biar mimpi sampai ke bintang

Assalamualaikum...

Baru saja menonton telemovie "Biar mimpi sampai ke bintang". Seronok juga. Cerita nya simple tapi best. Kena lak ngan gabungan pelakon-pelakon dalam telemovie tue. Super menjadi.

Dah tengok?

Belum?

Leh la tengok kat YOUTUBE. Taip jer nama telemovie tue. Untung ada YOUTUBE, rumah aku mana ada ASTRO.

Tuesday, October 11, 2011

Dogani- True Story

Aku baru jer tengok trailer filem, aku dah tersangkut dengan filem nie. (Harus cari selepas ini)

Berdasarkan cerita sebenar pada tahun 2005 di Sekolah Inhwa, Korea.Sekolah tersebut menempatkan pelajar (kanak/ remaja) yang bisu.

Kisah bermula apabila Kang In-Ho seorang cikgu yang baru mula mengajar di sekolah tersebut merasakan sesuatu yang pelik berlaku pada pelajar-pelajar tersebut.

Satu persatu pelajar membunuh diri. Misteri terbongkar apabila salah seorang pelajar perempuan mendedahkan mereka telah didera secara seksual tidak kira lelaki atau perempuan oleh Pengetua dan kongcunya.

Lagi menakutkan pelajar-pelajar tersebut dari memberitahu orang lain apabila mereka diugut akan dibunuh jikalau membuka rahsia.

Lebih menyedihkan (sediakan tisu dan benda yang boleh dihempuk kerana geram), ibu bapa pelajar sanggup melupakan penderaan keatas anak mereka kerana duit.

Kerana tidak sanggup pelajar-pelajar ini semakin teraniaya, Kang In Ho membawa kes ini ke muka pengadilan. Banyak halang kena tempuhi ditambah dengan komplot orang dalam dan orang besar-besar supaya isu tak dibesarkan.

Saksikan Trailer Dogani @ The Crucible




Apa kesudahan filem ini...?
Setelah google, apa ending filem nie....
Beberapa review yang aku baca, kesudahan nya bukan happy- ending.


pic taken from Here



Filem ini adalah berdasarkan dari sebuah novel yang bertajuk Dogani dimana penulisnya adalah Gong Ji- Young.

Apabila buku ini dipasarkan pada tahun 2009, buku Dogani telah menjadi satu isu besar di Korea. Korang boleh baca berita sepenuhnya disini DOGANI . kredit for koreanstory


Sedih apabila tengok trailer jer... kalau aku tengok keseluruhan filem, mau mental.

Tuesday, September 6, 2011

Before and after Raya.....

Before

Kredit from HERE

Mana gambar aku punya test?

Malas nak tayang sebab tak ada rezeki.

Sebab, after raya

 doube lines jadi single line jer









Tak pe....

2-3 bulan kita try lagi... :)