Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Friday, August 20, 2010

Ada nak pesan apa-apa tak?

Aku nak balik Sungai Petani sat lagi. Ada nak pesan apa-apa tak?

Pesanan yang payah-payah... yang berat-berat... yang remeh temeh aku nak cari.... Memang aku tak terima... Kecuali pesanan salam kat Family aku... hehehe (Baik tak payah tanya kan...)

Haruskah aku tempuhi Jam kat Tol Duta nanti...

Gambar kat atas bukan nya jalan pergi Tol Duta pun... Jalan balik Sentul jer... Saja tangkap gambar langit gelap tue...

Tuesday, June 1, 2010

Aku rasa bas itu mereka punya...

Selama aku naik bas balik kampung, tak pernah la aku tak boleh tak lelap dalam bas...
Minggu lepas masa dalam bas, aku dah ngantuk selepas penat berkerja dan menunggu bas yang lewat sejam. Ingatkan lepas aku naik jer aku boleh terus 'dooom'... Tapi tak boleh gak.

Aku tahu hang tengah cakap dengan orang dalam telefon tapi jangan la hang bagi dengaq satu bas. Buktinya, aku nampak ramai orang dok bergerak sana sini... termasuk aku, kononnya nak bagi hint. Tolong cakap slow sikit....

Tak cukup dengan tue, dah abis cakap... dok main mesej lagi. Siap ada ring tone setiap kali ada mesej baru... Weh, tolong la. Aku dah la dok dekat hang....

Yang syok nya lagi... ada lak orang join vanture. Pak Arab, rasanya... main game kat notebook. Pasang sound kuat-kuat... Masa tue kan, tangan aku senang jer nak baling kertas kat depa supaya slow sikit...

Dan bunyi-bunyian ini berlegar-legar dalam bas sampai la aku jejak kaki kat Butterworth...


Kan best kalau mereka ini duduk jer sebelah pemandu. Sekurang-kurangnya pemandu ada peneman sambil bawa bas...

p/s: kenapa kalau pakai MP3 kat telinga boleh tidoq tapi bila dengar orang bercakap tak boleh...?

p/s/s: Ker bas tue mereka punya...?

Thursday, May 27, 2010

Selalu hari jumaat... tapi kali nie hari khamis...

Selalunya kalau hari Jumaat jer aku suka... Tapi hari nie lak aku suka... kenapa yer?

Khamis.... Khamis....

Asalkan bila jer aku nak balik Penang, seharusnya aku suka... Wahhhhhhh... heehehehe.

Kepada Has, selamat enjoy anniversary kat Langkawi. Minggu nie kan..?

Kepada maya... Selamat balik kampung...

Kepada yang lain-lain. Kalu tak balik kampung. Selamat la membersihkan rumah...
Tak pun pergi la anak beranak, pakwe makwe, suami isteri tengok wayang. Cerita Shrek...

Cerita Shrek kali nie sesuai untuk orang yang berumahtangga dan baru nak bina anak tangga...



Danish..... mama balik nanti, pastikan Danish meraung dan berlari-lari dakap mama... Abah, takyah dakap pun takpe!!!

Friday, May 14, 2010

Berita terkini...

6.30 karang aku nak balik kampung... Penang.

Kalau aku sibuk... aku update...

Kalau aku tak sibuk.... aku tak update...

Kesimpulananya, kemungkinan aku tak update... :)

I want to spend my time with my Family...

If they sleep, i update...

If they don't sleep... i 'working'.... hehehe

Bye.

Thursday, May 6, 2010

"Bertuah" betul budak2 nie..... kata kat aku yer...

Masa kenduri abang, mak abah dah sepakat guna katering sahaja. Nama pun taman, jarang sudah di taman2 nie ada pakatan. Lagipun mak abah dah tua, tak mampu nak kawal kalau masak sendiri.

Jadi abah ambil la katering kawan baik nya sendiri. Pukul 12 nak start kenduri tapi pukul 11 pun belum siap pasang. Nasib baik la kami buat tahlil dahulu. Semasa berlangsungnya tahlil, ada sebuah motor yang dinaiki 2 budak merempuh kerusi dan meja. Aku meluru keluar rumah, aku pandang jer budak2 tue. Rupa-rupa nya budak2 itu adalah salah seorang daripada kakitangan katering. Masa tue baru aku perasan, kesemua kakitangan katering adalah budak2 sekolah...

Aku tegur budak2 tue supaya senyap sedikit sebab tahlil belum habis lagi. Korang agak2 apa yang depa balas kat aku...

"Wei... wei... diam sikit!!!!" Ngan muka mengajuk aku.
Aku tak kisah, lagipun budak2... tak suka sangat kalau kena tegur.

Apabila kenduri hampir habis dalam pukul 5, keja aku masa tue kena packing makanan kenduri untuk dibawa balik oleh saudara2 aku. Jadi, aku kena la mengadap bebudak2 tue.

Depa nie terlalu lah ramah dan aku pulak terlebih layan. Dah macam adik aku sendiri aku layan.

"Kak... kak... saya ingatkan kak nie sombong"

"Sebab apa hang kata macam tue?"

"Ya la, kak marah kami tadi"

"Bukan marah la, teguq... orang baca tahlil kan masa tue. Yang hang pa bising pasai apa...."

"Sori, kak.. bukan sengaja..."

Lepas tue bermacam2 lagi la depa tanya aku... tak ter layan la aku nak jawab. Aku blah dari situ.
Tapi masih ada lagi kaum kerabat aku yang nak aku tapau kat depa lauk kenduri... lalu haruslah aku ngadap ladi bebudak katering tue....

"Kami ingatkan akak tak mau datang sini dah..."

"Datang...."

"Kak... kak... kenai tak John Cena...?

"Kenai..."

"Undertaker?"

"Kenai..."

"Kak masuk WWF ker...?

"Hangpa ngata aku la nie...."

"Hehehe.... nampak macam pernah masuk..."

"Kak.. tak payah layan budak2 nie... lagi mengarut kalau terlayan terlebih...."




Badan aku ada macam nie ka...?
Badan aku lagi berotot tau!!!! Berotot lemakkkkk....


P/S: Aku tak ambil hati pun kat hangpa adik2 oiii...

P/S: Depa minta maaf kat aku, depa main2 jer...

Wednesday, May 5, 2010

Hai.... :)

Letih... Yang tue jer la boleh aku gambarkan masa blog nie bersawang...

Walaupun letih tapi aku gembira bila kenduri sudah selesai dengan selamatnya. Nak tengok gambar...? Nanti2 la aku uploadkan. Kena pastikan gambar2 yang sepatut nya sahaja yang ada, kang ada gambar buruk aku terlepas... banyak aku rasa gambar aku yang tak lawa... Eh! korang nak tengok gambar abang aku kawin kan...? Bakpe lak aku nak tayang gambar aku...? Apa pun nanti akan aku uploadkan, korang tunggu jer.

Rentetan sepanjang sebelum... semasa... selepas kenduri.

  • Dari hari Khamis 28hb, Jusco dah menjadi rumah kedua aku. Sebabnya aku kena p cari baju kurung biru turqoise kat mak.
  • Hari Jumaat pun ngadap Jusco, nak cari buah untuk hantaran.
  • Hari sabtu, kenduri kat rumah kak ipar kat Selama. Petang tue aku p lagi Jusco, nak cari buah epal untuk kenduri. Selapas itu aku p pulak cari karpet dan tudung. Semua nya berbelanja menggunakan 'swap'.... (aku pandai tiru sign mak...)
  • Masa dirumah kak ipar, adik aku no 3 kena 'paksa rela' dengan abang untuk jadi pengapit. Nasib baik hubby terlepas, kalau tak... hubby yang kena jadi pengapit...
  • Pada hari ahad, kenduri kat rumah aku. Aku sibuk mengalahkan mak abah... Buktinya, kaki aku melecet...
  • Hubby menjadi 'pembantu peribadi' abang. Nie pun paksa rela... Dah la kena jadi driver...
  • Selepas kenduri kat rumah aku, aku keletihan lagi... sebabnya aku membuatkan toilet tersumbat.... Aku p buang sisa makanan dalam toilet. Setengah hari aku dok settle pasal sumbat nie jer. Aku takut mak marah... Tapi last skali pun, memang mak yang tolong settlekan.... hehehehe...
  • Kami 9 orang pergi makan kat luar dan tengok wayang cerita "Iron Man 2". Abang belanja...Ini adalah pertama kali Danish masuk panggung. Senyap jer selama dua jam. Khusyuk.... Kami tengok kat Jusco
  • Semalam abang dan kak ipar pergi ke Genting Highland, honeymoon. 3 hari 2 malam = RM 258. Murah kan...?
Sekian itu sahaja dari bilik berita....

p/s: penat yang berbaloi... :)

Thursday, April 29, 2010

Terasa aku kat...... damai.... :)

Kalau dah balik kampung, mesti naik sheih!!!!
Tergedik2 nak suruh mak masak tue... mak masak nie.... Tapi kali nie balik, mak tak larat. Sebab mak kena kemas2 rumah, memanggil orang... (ahad nie kenduri abang). Jadi kami satu family... makan nasi bungks jer la...

Eh! Kenapa aku yang tak masak....? Opps, sori... aku memang malas masak tapi pandai... :) (ciss...ayat belagak lagi)... Bukan aku tak nak masak, aku akan masak. Tapi kalau dah makanan apa pun tak dak.... daripada nak p kedai mencari lauk nak masak... haruslah aku mencari lauk siap jer.... Wanita sekarang kena pandai...

Selingan
Semalam dekat ofis aku dengar ceramah. Ustaz tue kata pertunangan bukanlah adat tetapi ia adalah disyariatkan.... Baru aku tahu. Selama nie aku dok anggap tunang tue adat jer.

Satu lagi yang aku dapat tahu adalah "Fikiran lelaki simple, fikiran wanita lebih teliti"... Sebab itu lelaki dan wanita sememangnya dijodohkan.

Ok, kembali daripada selingan.
Aku sekarang ada kat kampung... Memang best!!! Walaupun bernasikan bungkus tetapi nikmat bila bersama keluarga... hanya Allah swt dan aku jer tahu... hehehe.
Aku ambil cuti 4 hari. Campur sabtu ahad... 6 hari aku cuti... Perhhh, nikmat 2kali ganda...

So... kepada korang yang lama tak balik kampung... sila lah balik. Kalau kampung korang kat Bukit Mertajam, aku persilakan korang datang kenduri abang. Xpe... abang tak marah....

Monday, April 19, 2010

Lain kali periksa tiket anda betul2....

Sepatutnya minngu lepas aku bersuka ria dengan member rumah di Melaka. Member aku ajak pegi tido rumah dia sebab aku pun takda perancangan nak balik kampung pun.
Tapi bila tengahari Jumaat, aku balik rumah nak sidai baju (yea, aku memang rajin)... aku dah buat keputusan nak balik kampung... sebab dia adalah, aku dengar suara baby menagis dalam nursery kat rumah aku. Full stop!!!! petang tue gak aku nak balik Penang.

Habis jer keja kul 5 petang, aku tumpang Mam sampai Hentian Duta. Mak oiii, jam.... mentang2 la puduraya tutup, semua tala mai Duta....

Sampai jer kat kaunter tiket, aku terus tanya ada tak tiket bas sekarang.

"Tak dak kak... pukul 6.30 ada la..."

Aku still teragak2 agak lagi tapi sebab aku terjumpa Hakimi dekat kaunter tue dan dia kata "Ok la tue, lagi sejam jer...".... aku pun ambil....

Selesai membayar tiket, aku pegi melantak dulu. Dah Ring Ding Dong perut aku...

Sudah kenyang, aku kembali menunggu bas aku datang, ambil membaca Komik Conan (wajib membaca komik semasa menunggu bas).

Hentian Duta menjadi begitu sesak bagi aku hari tue. Ditambah pulak dengan jeritan2 memberitahu bas sudah datang.

"Bas pukul 6.... Bas pukul 6.... Butterworth...."
Aku buat don no jer....

"Bas pukul 6.... Bas pukul 6.... Butterworth...."
Asyik kul 6 jer dari tadi, pukul 6.30 tak sampai2 lagi ker...? Tapi aku sabar menanti sehingga lah pukul 7... Tangan aku kegatalan nak tengok tiket aku... SEKALIIIIIIIIII........

Bas pukul 6.... Tersentap aku kat situ..!!!

Aku terus pergi kat adik yang dok panggil2 orang tue...
"Dik... akak ingat tiket akak pukul 6.30... rupanya pukul 6... bas dah lepas ker?"

"Dah kak"

"OK, tak pa lah"
Sebenarnya aku dah blur....

"Tunggu kejap kak... kak tunggu bas pukul 6.30 dulu. Kalau ada tempat kosong, saya bagitau akak. Kalau terus ke kaunter, nanti depa suruh beli lain..."

"Terima kasih dik"

Aku tunggu punya tunggu... sekali bas datang pukul 8.20...
Aku pun apa lagi, pergi la dekat2 bas tue...
"Dik, akak boleh naik tak...?"

"Nanti kejap kak"
Budak tue panggil penumpang pukul 6.30 dulu... pastu kul 7... pastu 8.... (nampak gayanya, memang xdak tempat kosong)... Aku pun berkira2 nak pergi beli tiket lain dah tiba-tiba budak tue panggil...

"Kak, tengok tiket kak..."
ZAPPPPP..... budak tue koyak tiket aku...

"OK, kak... boleh naik... tapi seat belakang jer tinggal..."

"Xpe dik, terima kasih"
Masa tue aku tak tau senyuman aku meleret panjang mana....

***********************************************************************************

Pagi2 tadi masa datang ofis, aku pergi jumpa balik Hakimi. Nak tanya betul tak aku dengar 6.30... Jawapan nya.... Yea....!!!

Tapi, macam mana pun... comfirm salah aku. Tak tengok tiket tue betul2...


p/s: Terima Kasih banyak2 adik Hentian Duta...