Showing posts with label kenduri. Show all posts
Showing posts with label kenduri. Show all posts

Thursday, May 6, 2010

"Bertuah" betul budak2 nie..... kata kat aku yer...

Masa kenduri abang, mak abah dah sepakat guna katering sahaja. Nama pun taman, jarang sudah di taman2 nie ada pakatan. Lagipun mak abah dah tua, tak mampu nak kawal kalau masak sendiri.

Jadi abah ambil la katering kawan baik nya sendiri. Pukul 12 nak start kenduri tapi pukul 11 pun belum siap pasang. Nasib baik la kami buat tahlil dahulu. Semasa berlangsungnya tahlil, ada sebuah motor yang dinaiki 2 budak merempuh kerusi dan meja. Aku meluru keluar rumah, aku pandang jer budak2 tue. Rupa-rupa nya budak2 itu adalah salah seorang daripada kakitangan katering. Masa tue baru aku perasan, kesemua kakitangan katering adalah budak2 sekolah...

Aku tegur budak2 tue supaya senyap sedikit sebab tahlil belum habis lagi. Korang agak2 apa yang depa balas kat aku...

"Wei... wei... diam sikit!!!!" Ngan muka mengajuk aku.
Aku tak kisah, lagipun budak2... tak suka sangat kalau kena tegur.

Apabila kenduri hampir habis dalam pukul 5, keja aku masa tue kena packing makanan kenduri untuk dibawa balik oleh saudara2 aku. Jadi, aku kena la mengadap bebudak2 tue.

Depa nie terlalu lah ramah dan aku pulak terlebih layan. Dah macam adik aku sendiri aku layan.

"Kak... kak... saya ingatkan kak nie sombong"

"Sebab apa hang kata macam tue?"

"Ya la, kak marah kami tadi"

"Bukan marah la, teguq... orang baca tahlil kan masa tue. Yang hang pa bising pasai apa...."

"Sori, kak.. bukan sengaja..."

Lepas tue bermacam2 lagi la depa tanya aku... tak ter layan la aku nak jawab. Aku blah dari situ.
Tapi masih ada lagi kaum kerabat aku yang nak aku tapau kat depa lauk kenduri... lalu haruslah aku ngadap ladi bebudak katering tue....

"Kami ingatkan akak tak mau datang sini dah..."

"Datang...."

"Kak... kak... kenai tak John Cena...?

"Kenai..."

"Undertaker?"

"Kenai..."

"Kak masuk WWF ker...?

"Hangpa ngata aku la nie...."

"Hehehe.... nampak macam pernah masuk..."

"Kak.. tak payah layan budak2 nie... lagi mengarut kalau terlayan terlebih...."




Badan aku ada macam nie ka...?
Badan aku lagi berotot tau!!!! Berotot lemakkkkk....


P/S: Aku tak ambil hati pun kat hangpa adik2 oiii...

P/S: Depa minta maaf kat aku, depa main2 jer...

Wednesday, May 5, 2010

Hai.... :)

Letih... Yang tue jer la boleh aku gambarkan masa blog nie bersawang...

Walaupun letih tapi aku gembira bila kenduri sudah selesai dengan selamatnya. Nak tengok gambar...? Nanti2 la aku uploadkan. Kena pastikan gambar2 yang sepatut nya sahaja yang ada, kang ada gambar buruk aku terlepas... banyak aku rasa gambar aku yang tak lawa... Eh! korang nak tengok gambar abang aku kawin kan...? Bakpe lak aku nak tayang gambar aku...? Apa pun nanti akan aku uploadkan, korang tunggu jer.

Rentetan sepanjang sebelum... semasa... selepas kenduri.

  • Dari hari Khamis 28hb, Jusco dah menjadi rumah kedua aku. Sebabnya aku kena p cari baju kurung biru turqoise kat mak.
  • Hari Jumaat pun ngadap Jusco, nak cari buah untuk hantaran.
  • Hari sabtu, kenduri kat rumah kak ipar kat Selama. Petang tue aku p lagi Jusco, nak cari buah epal untuk kenduri. Selapas itu aku p pulak cari karpet dan tudung. Semua nya berbelanja menggunakan 'swap'.... (aku pandai tiru sign mak...)
  • Masa dirumah kak ipar, adik aku no 3 kena 'paksa rela' dengan abang untuk jadi pengapit. Nasib baik hubby terlepas, kalau tak... hubby yang kena jadi pengapit...
  • Pada hari ahad, kenduri kat rumah aku. Aku sibuk mengalahkan mak abah... Buktinya, kaki aku melecet...
  • Hubby menjadi 'pembantu peribadi' abang. Nie pun paksa rela... Dah la kena jadi driver...
  • Selepas kenduri kat rumah aku, aku keletihan lagi... sebabnya aku membuatkan toilet tersumbat.... Aku p buang sisa makanan dalam toilet. Setengah hari aku dok settle pasal sumbat nie jer. Aku takut mak marah... Tapi last skali pun, memang mak yang tolong settlekan.... hehehehe...
  • Kami 9 orang pergi makan kat luar dan tengok wayang cerita "Iron Man 2". Abang belanja...Ini adalah pertama kali Danish masuk panggung. Senyap jer selama dua jam. Khusyuk.... Kami tengok kat Jusco
  • Semalam abang dan kak ipar pergi ke Genting Highland, honeymoon. 3 hari 2 malam = RM 258. Murah kan...?
Sekian itu sahaja dari bilik berita....

p/s: penat yang berbaloi... :)

Monday, April 5, 2010

Kenapa lauk2 kenduri hampir sama....?

Antara lauk2 yang dihidangkan....

1. Ayam Masak Merah



Pic from here

2. Daging Masak hitam



Pic from here

3. Dalca



Pic from here

3 menu nie selalunya menjadi menu wajib la mana2 kenduri....
(kenduri aku pun ada gak salah satu menu kat atas....)

Semalam mak abah dok berbincang pasal menu kenduri abang nanti....

Abah kata nak buat rebus daging dan bakar daging... pastu ada air asam tomato sikit.... (aduih... pecah air liur aku...)

Tapi berlainan ngan mak... mak nak buat masakan macam menu kat atas jer....
"Semua kenduri buat lauk tue...."

Abah suka daging rebus/bakat + air asam + sup + ulam + ayam masak merah.....

Mak suka ayam masak merah + danging masak hitam + dalca

Jadi pemenangnya.... aku sendiri pun tak tau...