Tuesday, June 1, 2010

Aku rasa bas itu mereka punya...

Selama aku naik bas balik kampung, tak pernah la aku tak boleh tak lelap dalam bas...
Minggu lepas masa dalam bas, aku dah ngantuk selepas penat berkerja dan menunggu bas yang lewat sejam. Ingatkan lepas aku naik jer aku boleh terus 'dooom'... Tapi tak boleh gak.

Aku tahu hang tengah cakap dengan orang dalam telefon tapi jangan la hang bagi dengaq satu bas. Buktinya, aku nampak ramai orang dok bergerak sana sini... termasuk aku, kononnya nak bagi hint. Tolong cakap slow sikit....

Tak cukup dengan tue, dah abis cakap... dok main mesej lagi. Siap ada ring tone setiap kali ada mesej baru... Weh, tolong la. Aku dah la dok dekat hang....

Yang syok nya lagi... ada lak orang join vanture. Pak Arab, rasanya... main game kat notebook. Pasang sound kuat-kuat... Masa tue kan, tangan aku senang jer nak baling kertas kat depa supaya slow sikit...

Dan bunyi-bunyian ini berlegar-legar dalam bas sampai la aku jejak kaki kat Butterworth...


Kan best kalau mereka ini duduk jer sebelah pemandu. Sekurang-kurangnya pemandu ada peneman sambil bawa bas...

p/s: kenapa kalau pakai MP3 kat telinga boleh tidoq tapi bila dengar orang bercakap tak boleh...?

p/s/s: Ker bas tue mereka punya...?

7 comments:

honeylanz said...

has igt has aja yg lalui nye..ms dlm flight dr langkawi ke lcct ahad lps..adusss..org depan Has sama..mcm flight tu "ana punya"...

mamasue said...

kalau la jd kt aku,aku akan bt 'ssshhhhhhhhhh.....' kuat2.klu tak paham2 gak, nasib badan la...mmg pekak badak.

cheqna said...

cheqna pernah sound orang sebegitu dalam bas..
" orang lain pun ada phone gak "
pastu ada 2,3 orang mengiyakan.. sudahnya reti plak mamat tu..hahahaha

kak ina kl said...

sabar ajerlah kalau camtu punya kelakuan..lain kali bawak kapas sumbat dalam telinga.

Sharinginfoz said...

hmmm lama tak naik bas

Kancilbiru said...

betul...kekadang rasa mcm nak hoi...diam sikit boleh? tp aku banyak diam ja..hehe..berani dalam hati,...:P

piewahid said...

sy kalau naik bas mmg xdpt tido. (dulu2 la, dh lama sgt xnaik bas)
kalu kena plk ada yg buat peel cenggitu, lagilah...

p/s- dlm bas, meeting, masjid, surau, ziarah org meninggal, kat spital dsbnya puak cenggini bkn fhm nk silent hfon atau ckp pelan2!