Ini adalah pandangan peribadi sahaja. Salah atau betul, ini adalah pandangan masing-masing.
Tapi bagi aku, ada benarnya apabila korang dapat bercakap dalam bahasa english... ramai orang akan kagum. Malahan bagi sesiapa yang akan ditemuduga, ini adalah extra advantage untuk korang. Percaya atau tidak penemuduga akan memberi perhatian terhadap calon yang fasih.
Cuba korang pergi kemana-mana butik dan berbahasa english dengan pekerjanya... Korang akan dilayan umpama korang ada duit yang banyak untuk membeli tapi pada hakikatnya korang tak dak duit langsung...
Jikalau korang ke luar negara, berbahasa english dah menjadi satu kemestian... Jadi pada sesiapa yang boleh ber'speaking' mudah la... kalau tak boleh, mau merangkak-rangkak gak la membelek kamus...
Aku... berbahasa english...? Hmmm, tak pandai sangat. Aku cuma lebih kepada faham apa yang orang cakap dari aku yang nak bercakap... Fail... (Sebab tue tak dapat nak pi luar negara, ciss... padahal budget tak dak pun)
Tapi aku cuba lagi untuk memperbaiki bahasa english aku....
p/s: Jangan la hanya tahu bercakap 'i love you' jer... :)
p/s/s: Aku dok belajar bahasa Korea dengan mendengar lagu... hehehe
I'm back in KL
2 hours ago

