Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

Good Morning....

Aku balik Penang Jumaat lepas...
Dah memang lazimnya aku tak merayau-rayau kat blog korang kalau cuti minggu... Kalau rajin dan ada masa terluang mungkin aku pergi menjengah...

Hari sabtu lepas aku pergi kenduri kahwin member ofis. Tak sempat jumpa pengantin pun, hubby ada kerja. Kami terpaksa balik awal, lagipun pengantin dok makeup lagi...

Hari Ahad... Aku dah dapat virus selsema... mak kena, hubby kena... kak ipar pun kena...
Dapat jer ubat... terlentok... Tak daya dah aku, nasib baik Danish ok... Dia pun tak kacau sangat aku...

Hari isnin, aku minta cuti, mak still tak sihat.

Hari Selasa pun aku cuti lagi, nak bagi mak betul-betul sihat. Akhirnya, semalam aku bertolak dari Penang ke KL... abah yang jaga Danish... mak dalam proses nak sembuh lagi...

Harap mak sembuh hari nie...

Thursday, June 10, 2010

Aik... tetiba tukar statement

Kebelakangan ini, makin kerap aku call mak atau abah pasal Danish...

Danish dah kurang minum susu... Lepas tue demam... Tak mau makan... Hampir 3 jam sekali aku mesti nak call nak tanya....

Semalam, mak aku cerita yang Danish sekarang nie dok berkepit ngan kak ipar sahaja. Dahulu ada gak kalau nak minum susu, hanya dengan mak jer Danish mintak tapi sekarang kak ipar jer Danish tahu...


"Danish sekarang dok manja dengan Eja jer"... Mak aku bercerita
Aku still lagi senyap...


"Tak pandang pun muka mak"
Kemudian aku pun mula berbicara (ayat skema...)


"Kalau adik balik nanti, Danish tak kenal dan tak manja-manja dengan adik.... Comfirm!!! Adik bawa Danish tinggal ngan adik"


"Eh... mana manja sangat pun ngan Eja... Mak kadang - kadang dok buat keja, mak tak heran kat Danish... Sebab tue Danish p kat Eja... Danish mau lagi dengan mak..."
Mak dah gelabah masa aku cakap macam tue...


Aik... tukar statement lak....? Sori, yea... aku memang tak ugut-ugut mak. Tapi aku terkesima jap apabila Danish manja dengan orang lain selain mak tok or tok wan...

Danish.... Nampak sangat la mak tok tak mau lepas kan Danish... Hmmmm....

Tuesday, May 25, 2010

Salah orang tue...

Minggu lepas Pak Long dan Mak Long Danish ( abang dan kak ipar) balik kampung. So, Danish main dengan maktok dan tokwan dia jer la. Nizam tak boleh dikira... kejap ada, kejap tak dak.

Semalam bila abang dan kak ipar aku balik rumah mak, abang tegur si Danish.

Dengar jer suara abang, ko tahu.... si Danish meraung macam orang tinggal kan dia...
Kak Ipar lak memang target lepas tukar baju nak main dengan Danish. Panggil jer nama Danish....

Meraung lagi... siap dengan air mata dan air hingus...
Merangkak laju pegi kat depa dua orang...

Mak kata mungkin teringat mama dia la tue.... (aku la tue)
Mungkin juga kan.... Hampir 2 minggu aku tak balik. Rindu kat aku la tue....

Tapi bila aku balik, Danish senggeh jer ngan aku....
Errr... mana raungan Danish tue?

Wednesday, May 19, 2010

Mak aku cukup understanding, ok....

Aku tahu korang tahu yang aku duduk jauh dari family aku nun di utara... Dan aku balik cuma 2 minggu sekali sahaja. Tapi kadang-kadang terbabas juga seminggu sekali sebab rindukan Danish. Bukan abah Danish yer.... Faktor ekonomi, penat, cuti singkat (hanya sabtu ahad) membuatkan aku tak boleh selalu balik. Jadi Nuffnang, boleh tak kau bagi income banyak sikit kat aku..... Aku nak balik naik flight....


Ok, ini bukan kisahnya...
Begini kisahnya. Disebabkan aku jarang balik, aku selalu ter'miss' tanggungjawab aku kat hubby. Nak ikutkan aku pernah masak 3-4 kali saja sepanjang hampir 2 tahun kami berkahwin. Ditolak 1 kerana hubby aku sendiri mengatakan masakan aku tak sedap... Aku buat mee kuah masa tue. Tapi aku salahkan abah sebab abah yang tambah air lagi dalam kuah mee....
Ok, memang salah aku kerana tak menghalang....

Jadi masa aku pergi Dinner Bollywood kat Penang dengan hubby, kami merancang nak bermalam di sana. Tapi hanya berdua tanpa Danish. Kononnya untuk honeymoon (tapi memang betul pun).

Tapi aku serba salah kerana hendak meninggalkan Danish kat mak. Dah la mak yang jaga, pastu aku lak nak pegi joli-joli dengan hubby. Tak bagi mak rest langsung... Jenuh juga la aku dan hubby nak susun ayat supaya mak jaga untuk satu malam....



"Mak... adik nak p dinner dengan Joe, sabtu nie...."

"P la..."

"Tapi kami nak tidoq sana..."

"Bagus la..." mak jawab...

Terus aku rasa macam mak menyindir aku... Aku terasa dalam hati mak kata" syok la hangpa, bercuti... pas tue Danish bagi mak jaga... elok sangat la tue..."

Aku terus berbutir bicara...

"Mak kata 'bagus la' kat adik sebab adik mintak mak jaga ka....?"

"Tak la...Mak faham.... Biar Danish mak jaga. Mak tau adik penat... Memang mak nak suruh Joe bawa adik p berehat kat sana pun. Adik dengan Joe pun jarang-jarang duduk berdua. Mak tak kisah pun"...

Masa tue, terasa aku sayang sangat kat mak....

Selamat hari ibu.... (Aku dah ucap kat mak tapi aku nak ucap lagi sekali....)

Tapi pada saat itu juga aku malu... kerana mak tahu status "keintiman" aku dengan hubby....
Ok, entry nie macam nak masuk 18sx dah....

Thursday, April 15, 2010

Tugas mereka juga bukan nya mudah...

Dulu pernah keluar isu kat sekolah aku (sekolah menengah) pasal ada seorang pelajar tidak boleh membaca.

Pihak PIBG sekolah menengah cuba menyalahkan sekolah rendah tapi ada sesuatu yang menghairankan. Bagaimana pelajar tersebut boleh lepas UPSR dan boleh diterima masuk sekolah menengah...? Maaf, sampai sekarang aku tak tahu bagaimana...

Sedia maklum, mak adalah seorang cikgu. Daripada mengajar sekolah menengah berpindah ke sekolah rendah. Disebabkan faktor umur mak masa tue pun dah senjakala, mak diminta untuk mengajar budak2 pemulihan. Antara mereka, berbeza umur. Ada yang darjah 3, darjah 4 dan darjah 5...

Pada mulanya, susah juga mak nak suaikan diri. Mana tak nya, dari mengajar budak2 remaja beralih kepada budak bawah 12 tahun... terlampau banyak jurang cara mengajar... Skop pengajaran adalah jauh berbeza...

Tapi mak terlampau excited, mak membeli buku2 bacaan kepada budak2 tersebut. Dengan harapan mereka akan pandai.... Tapi apabila setelah hampir 6 bulan, mereka masih lagi tidak boleh membaca.

Diajar satu huruf, selang 1 jam... kalau tanya balik nie huruf apa, comfirm tak ingat...
Bukan budak2 tue tak usaha, tetapi bagi mereka terlalu payah untuk mengenal huruf2 tersebut.

Namun, dengan berkat usaha, mereka mampu mengeja walaupun kadang2 tergagap...
Banyak usaha mak untuk bagi mereka mengingati huruf...mewarna huruf...membuat kolaj huruf....membeli buku (duit sendiri, xde claim2)....berbincang dengan ibubapa (ada sesetengah tidak mahu berkerjasama membimbing anak2 mereka)......dan yang lebih penting adalah kesabaran. Mungkin kerana faktor umur, mak menjadi seorang yang sangat penyabar.

Jadi, jangan terlalu cepat menunding jari kepada cikgu/guru sekiranya anak2 tidak mampu membaca, mengeja...
Nampak mudah tapi bukan nya senang....

Monday, March 8, 2010

Anak seorang cikgu....

Yea... mak seorang cikgu...

Mula2 mengajar Sekolah Menengah... pastu bila nak dekat pencen, tukar p sekolah rendah...

Mak mengajar Geografi dan bahasa Melayu.... Walaupun begitu anak dia yang sorang nie xla pandai pun geografi... sedang2 jer...

Masa aku naik sekolah menengah, mak mati2 tak bagi aku sekolah sekali... mak kata payah ajar anak sendiri... takut2 ngada yang lebih.... N takut cikgu lain segan nak marah2 aku kalau buat salah.... yea la, anak member.....

Kalau sewaktu peperiksaan kat sekolah mak tapi aku yang sibuk lebih.... kenapa agak nya...?

Mau tak sibuk... aku yang tolong mak p fotostat soalan.... susun soalan.... stapler....
Korang ingat satu kelas jer.... mak ajar tingkatan 1 dan 2.... darab la dengan 6 kelas
2 x 6= 12 12 x 40 org = 480 orang...

Mau tak kejang tangan aku.... Aku sorang lak tu.... adik beradik lain... hmmmm... nama pun lelaki... Main la...

Dan yang tukang kira markah... sapa lagi kalau bukan aku....
Tapi mak conduct la... takut aku silap kira....

Bila dah mak aku tukar p sekolah rendah... mak tak kacau2 sangat aku... yea la kan, study kat Kuantan, jauh....

Bila aku balik, mak mesti ajak aku p kedai buku.... nak beli buku kanak2 buat rujukan....
Kalau tak cukup 3 jam, jangan harap lah nak keluar dari kedai buku....
Naik cemuih aku....

Tapi itu la tugas seorang cikgu... nak memberi didikan yang sempurna untuk anak murid nya....
Walaupun keja sekerat hari jer.... tapi keja kena bawa balik rumah....

Nak right jawapan la...
Nak buat soalan la....
Nak buat laporan harian la...
Nak pikir macam mana nak buat murid2 paham...

Ingat senang....!!!!
Aku yang duduk serumah ngan seorang cikgu nie pun nampak payah.... (mak la tue)

p/s: aku masih ingat kat seorang budak lelaki kelas mak yang hensem2 gitu....
budak perempuan, aku bo layan.... jeles kalau tengok yang cantik2 nie....