Showing posts with label hubby. Show all posts
Showing posts with label hubby. Show all posts

Thursday, December 2, 2010

I miss you 'TOP OF THE WORLD'




Lagu ditujukan khas untuk my lelaki aka hubby. Danish dok sebelah sat, karang mama kasi lagu 'RING DING DONG' kat Danish yer...

Bila dah paham-paham sikit lagu nie, baru aku tahu lagu nie ada unsur 'sexuality' sikit... (ala, sikit jer!!! laki bini, xpe nak dedicated pun).

Tapi lagu nie should be from guy to girl... but... tak pe la kan....

Ok, bye... Aku nak feeling lebih-lebih sikit...

Friday, June 18, 2010

Bermimpi pasal Tsunami....

Tak tahu kenapa aku semalam bermimpi 2 kali pasal Tsunami...

Terjaga 2 kali dari tidor...

Mimpi tue nampak macam realiti...

Mungkin satu petanda...

Hanya Allah swt yang tahu kenapa selalu aku bermimpi pasal Tsunami...

Yup, ini bukan kali pertama aku bermimpi pasal Tsunami...

Namun itu semua hanyalah mimpi...

Ataupun sebab hubby ada pengalaman... lalu terjerbak kat bini dia nie...


Pernah dengar pasal "Pengantin Tsunami"...?

Pada masa Tsunami itu berlaku, berlangsung perkahwinan di Kuala Muda. Kedah.
Hubby juga turut menghadiri kenduri tersebut.

Semasa majlis itu berlangsung, hubby kata memang perasan yang air laut tiba-tiba surut... hanya menampakkan dasarnya sahaja. Ramai juga yang menyaksikan peristiwa tersebut.

Kemudian mereka nampak buih-buih (ombak) dari jauh sedang menuju kearah daratan. Makin lama, makin tinggi ombak tersebut.... Masa tue, semua orang dah pakat-pakat melarikan diri termasuklah hubby.

Dari tak pandai memanjat pokok tetiba terror pulak memanjat pokok kelapa....

Kerana Allah swt, hubby selamat... (kalau tak, aku tak jumpa dengan hubby)...

Sesiapa yang berada pada masa tue, tahulah betapa menakutkan peristiwa Tsunami...

Yang aku mimpi, hampir mirip dengan apa yang hubby alami, cuma aku tak memanjat pokok tapi aku berlindung di sebuah bangunan (aku tak tahu bangunan apa)... Aku harap sebuah masjid...

Kalau dah mimpi pun rasa takut... bayangkan hubby pada masa tue...

Wednesday, June 2, 2010

Ingat abang 'check' sendiri...

Isnin lepas aku dan hubby sama bawa Danish nak terima hadiah 'birthday'. Biasa la kalau dah umur setahun, haruslah korang bawa anak pergi mengadap klinik untuk terima suntikan...

Danish bangun awal pagi tue. Jadi comfirm Danish akan mengantuk balik... Jenuh bersilat bagai dengan Danish. Danish nak turun berjalan tapi tak bagi sebab tak bawa kasut (sila salah abah nya...). Jadi terpaksa la berdukung jer. Kalau aku duduk jer, berbunyi... duduk jer berbunyi...

Bila dah sampai turn nak cucuk, masa tua terselit la seorang Ketua Jururawat...

KJ : "Dah buat pap smear tak lagi?"

Aku : "Belum lagi"
Danish meronta-ronta sebab dah ngatuk tapi aku tak bagi tidoq...

KJ : "Nanti lepas nie buat tau... Ala, sekejap jer. Lepas cucuk, minta tolong abang jaga kejap anak...."

Aku : "Takpa... takpa... nanti saya buat"
Alasan....

Ketua Jururawat tue tak puas hati dengan jawapan aku. Terus dia suruh hubby aku minta aku buat ujian pap smear.... Yang hubby pun ngangguk jer... "Nanti ina buat"

Aku tarik muka muncung.... Dah la tak ready. Dengan Danish menangis lagi... Takkan la aku sanggup nak tinggal Danish....

At the end, memang aku tak pegi buat... Danish dah teresak-esak, menagis menjerit... Mesti dia ingat aku dera dia...

Aku tanya balik hubby kenapa kata "Nanti ina buat"...
"Nurse tue nak check kat bilik belakang tadi, abang sanggup nak tunggu dengan Danish menagis macam nie...?"


"Eh, ingat abang 'check' sendiri..."

"Banyak la cantik, 'check' sendiri...."

Nampak sangat tak tahu....

p/s: Warning... Semua wanita hurus buat ujian pap smear. Jangan ngelat. Pesanan ini ditujukan kepada semua wanita termasuk aku...

p/s: Minta maaf kat KJ tue...

Friday, May 21, 2010

Sungguh 'bergaya' wanita itu...

Pagi tadi pergi kerja aku nampak seorang wanita hisap rokok...
Ok, korang pun mesti pernah tengok kan...

Aku ada sejarah dengan wanita suka merokok nie...

Sebelum aku tinggal dengan Ayu dan Aty, aku sewa rumah degan budak-budak yang aku tak kenal kecuali Linda. Linda... masih ka ingat dengan budak-budak tue...

Kesemuanya kaki merokok... Walaupun dibelakang aku, tapi hidung yang sensitive ini dapat juga menghidu korang punya tabiat tue... Tambah lagi masa tue aku tengah mengandung...

Adakah kerana tekanan kerja, korang lepaskan dengan merokok...? Nak kata boleh kurus, aku tengok dok besar tue gak....

Lelaki mungkin nampak 'macho' kalau hisap rokok... (macho ker?)
Wanita pula nampak cantik ker? Aku nampak hodoh jer....
Ada yang kata aku tak cool sebab aku tak suka wanita merokok....

Eleh! Kalau korang tengok gambar artis wanita merokok, belambak pulak korang komen yang negatif...

Pernah aku geram sangat kat hubby pasal rokok nie. Aku ambil sebatang rokok dan cuba nak hisap depan hubby... Jelingan hubby masa tue... membuat kan aku nak pergi beli sekotak rokok buat dia supaya tak marah dengan aku....

"Pandai pulak tak suka Ina hisap rokok... kalau dia tue buat-buat tak faham lak..."

So... lelaki diluar sana, adakah korang suka melihat wanita merokok...?

Thursday, May 20, 2010

21 Mei... Aku suka tarikh tue....

Mulai Tahun lepas 2009, aku cukup suka dengan tarikh 21 Mei. Bukan aku sahaja, malahan seluruh family turut sama menyukai tarikh tersebut...

Tepat jam 22:22 (sila ikut format 24 jam), bertarikh tersebut.... Muhammad Danish lahir kat dunia.

Bagaimana nama itu dipilh...?

Sepanjang aku mengandung, banyak nama aku dan hubby pilih. Nama baby girl and boy sekali. Tapi sampai ke saat Danish lahir langsung tak dak persetujuan pun. Bila dah keluar hospital baru letak nama Muhammad Danish. Aku suka nama simple, tak nak nama yang macam glamer ataupun susah nak eja. Dan bagi aku "Muhammad" tue mesti wajib aku nak.... yang part nama "Danish" adalah sebab aku terkenan dengan Nora Danish... So jadi la Muhammad Danish.

Cacatan perkembangan Muhammad Danish...
  1. Menirap - 2 bulan setengah
  2. Menyulur - 4 bulan
  3. Duduk - 7 bulan
  4. Merangkak - 7 bulan setengah
  5. Berdiri dengan sendiri - 10 bulan
  6. Berjalan/ menapak - 11 bulan....
  7. Berlari.... lepas setahun la kot... :)
Kepada Muhammad Danish bin Johari.....

Encik Johari dan Puan Maslina sungguh bersyukur apabila mendapat anda. Ini adalah anugerah terhebat dari Allah swt kepada kami berdua.

Selamat Menyambut Ulang Tahun yang Pertama Esok!!!!!
Sorry, mama ada kursus minggu nie. Mama tak boleh balik. Kita sambut sama-sama masa Hari Wesak yer... :)







Wednesday, May 19, 2010

Mak aku cukup understanding, ok....

Aku tahu korang tahu yang aku duduk jauh dari family aku nun di utara... Dan aku balik cuma 2 minggu sekali sahaja. Tapi kadang-kadang terbabas juga seminggu sekali sebab rindukan Danish. Bukan abah Danish yer.... Faktor ekonomi, penat, cuti singkat (hanya sabtu ahad) membuatkan aku tak boleh selalu balik. Jadi Nuffnang, boleh tak kau bagi income banyak sikit kat aku..... Aku nak balik naik flight....


Ok, ini bukan kisahnya...
Begini kisahnya. Disebabkan aku jarang balik, aku selalu ter'miss' tanggungjawab aku kat hubby. Nak ikutkan aku pernah masak 3-4 kali saja sepanjang hampir 2 tahun kami berkahwin. Ditolak 1 kerana hubby aku sendiri mengatakan masakan aku tak sedap... Aku buat mee kuah masa tue. Tapi aku salahkan abah sebab abah yang tambah air lagi dalam kuah mee....
Ok, memang salah aku kerana tak menghalang....

Jadi masa aku pergi Dinner Bollywood kat Penang dengan hubby, kami merancang nak bermalam di sana. Tapi hanya berdua tanpa Danish. Kononnya untuk honeymoon (tapi memang betul pun).

Tapi aku serba salah kerana hendak meninggalkan Danish kat mak. Dah la mak yang jaga, pastu aku lak nak pegi joli-joli dengan hubby. Tak bagi mak rest langsung... Jenuh juga la aku dan hubby nak susun ayat supaya mak jaga untuk satu malam....



"Mak... adik nak p dinner dengan Joe, sabtu nie...."

"P la..."

"Tapi kami nak tidoq sana..."

"Bagus la..." mak jawab...

Terus aku rasa macam mak menyindir aku... Aku terasa dalam hati mak kata" syok la hangpa, bercuti... pas tue Danish bagi mak jaga... elok sangat la tue..."

Aku terus berbutir bicara...

"Mak kata 'bagus la' kat adik sebab adik mintak mak jaga ka....?"

"Tak la...Mak faham.... Biar Danish mak jaga. Mak tau adik penat... Memang mak nak suruh Joe bawa adik p berehat kat sana pun. Adik dengan Joe pun jarang-jarang duduk berdua. Mak tak kisah pun"...

Masa tue, terasa aku sayang sangat kat mak....

Selamat hari ibu.... (Aku dah ucap kat mak tapi aku nak ucap lagi sekali....)

Tapi pada saat itu juga aku malu... kerana mak tahu status "keintiman" aku dengan hubby....
Ok, entry nie macam nak masuk 18sx dah....

Tuesday, May 11, 2010

Last skali hang percaya jugak yer... (kesinambungan cerita semalam)

Pada raya yang lepas, aku hantar la mesej kat member, saudara mara nak ucapkan selamat hari raya. Tapi aku tak tahu salah seorang member lama aku dah tukar nombor handset.

Nak jadikan cerita budak tue balas balik selamat hari raya kat aku tapi tanya aku siapa... Aku jawab la "Maslina, tak kan la tak kenal?"

Dia kata tak kenal. Aku kata kat dia minta maaf sebab aku ada member yang guna nombor yang serupa, mungkin dah tukar nombor baru. Dan aku ingat berhenti disitu jer. Rupa nya tak, dah la aku baru jer bersalinkan Danish. Dia perkenalkan dirinya Shukri. Katanya nak berkenalan dengan aku. Tapi aku ignore jer. Malas nak layan. (aku tak pernah dengar suara nya lagi masa tue)

Dan selama hampir setahun nie, aku terima call dari dia. Kenapa aku boleh cam....? Sebab aku simpan nombor dia lagi takut2 aku terbalas mesej. Sampai 4 kali dia call aku, aku tak jawab. Tapi kali ke 5, aku jawab gak.

Dia tanya aku nie siapa? Aku tanya dia kenapa nak tanya pulak. Aku yang patut nya tanya. Dia tanya mcam2 kat aku sampai aku boleh tahu loghat dia... orang utara. Sampai la aku kata kat dia....

"Awak nie budak-budak kan?" (berdasarkan suaranya)

"Budak-budak? Kalau 20 tahu kebawah, makna nya budak-budak kan... kalau pertengahan 20-an, dewasa kan...?"
Aku mengiakan sahaja

"Saya pertengahan 20-an..."
Lepas tue talian terputus... (lega aku rasa)

Tapi lega tue tak lama... dia call lagi. Kali nie aku bagi Ayu yang jawab. Aku suruh dia kata aku bini orang. Dan apa yang Ayu kata kat dia aku tak ambil port cuma aku dengar marah-marah jer...

Budak tue putuskan talian. Pastu dia bagi mesej kat aku. Niat dia cuma nak kawan, kenapa tak boleh. Aku kata aku isteri orang, nak kawan juga ker? Dia kata nak tapi lepas tue hantar lagi kat aku kata tak percaya yang aku bini orang. Lantak lah... aku memang takde hati nak layan.

Tiba-tiba kelmarin budak tue hantar mesej lagi kat aku. Katanya, salahkah dia nak kawan dengan aku. Dia kata nama aku hampir sama dengan tunang dia "Mashitah"... (sama ker?). Bagi la peluang katanya. Aku suruh Mam lak balas mesej dia. Mam kata aku nie bini orang dan ada anak seorang dah... Dia tak percaya jugak malahan suruh aku bersumpah dengan nama Allah swt... Terus aku naik angin!!!! Tak paham bahasa sungguh.

Aku cerita kat hubby. Sebelum nie aku ada cerita kat hubby yang pasal aku silap nombor handset tue. Dan aku bagi nombor handset budak tue kat hubby.

Tak sampai 10 minit hubby aku call balik. Katanya "budak" jer dia tue... tinggal kat Alor Setaq. Hubby aku cakap elok jer tapi budak tue last skali letak handset. Dan aku pun tak dapat dah mesej yang "mengadu domba" lagi....

Itulah storynya. Harap-harap tak call lepas nie.

Monday, May 10, 2010

Payah bercakap dengan orang tak putus asa...

Ada satu story tapi aku kena sembang-sembang dengan hubby dulu. Aku ingat nak settle sorang-sorang tapi tak boleh gak.

Jadi kalau dah jumpa penyelesaiannya, aku story kat korang yer... :)

Apakah gamaknya cerita tue yer...?

Thursday, March 11, 2010

I Just Love Good Smelling People

Begini kisahnya....

Masa awal bulan pertama aku mengandung, hidung aku memang sensitif dengan bau- bauan...

Wangi sikit pun tak boleh....
Busuk pun tak bole....
Tak ada bau pun.... tak de apa-apa pun jadi.... hehehe...

Orang yang paling aku tak boleh dekat adalah Hubby.... Wangi dia... menusuk hidung...

Yang peliknya... masa bercinta, semuanya sedap dihidung....
(Eleh.... jangan dok jeling-jeling kat aku pulak... macam la korang tak penah bercinta....)

Sudah la aku duduk jauh dengan hubby (rumahtangga jarak jauh....)....
Jumpa pun sebulan sekali... tapi tak boleh dekat dengan suami sendiri.... hmmmm

Tup-tup.... masa aku balik penang aka kampung, bau hubby dah tak menyakitkan hidung....
Aku tanya macam mana boleh dah tak ada wangi menyakitkan tue...
Hubby kata tak buat apa....

Insan seperti aku mana ada rasa puas hati kalau bagi jawapan macam tue....

Cari punya cari.... selidik punya selidik....
Rupanya dia dah tukar deodorant baru....




Patut la bau lain....
Segar.... nyaman...
Hubby pakai yang fresh nyer...

I just love good smelling people....

Tambah-tambah suami sendiri kan....
Cuba lah korang try kat suami korang.....
Lepas pakai tak lepas dari dakapan.... :)

Jom la berkongsi pengalaman....
Sambil-sambil itu serta lah contest yang dianjurkan...

Untuk keterangan lanjut mengenai Project Alpha Season 2, korang boleh layari projectalpha
dan Follow for Facebook Project Alpha Season 2 at










Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS