Tuesday, May 11, 2010

Last skali hang percaya jugak yer... (kesinambungan cerita semalam)

Pada raya yang lepas, aku hantar la mesej kat member, saudara mara nak ucapkan selamat hari raya. Tapi aku tak tahu salah seorang member lama aku dah tukar nombor handset.

Nak jadikan cerita budak tue balas balik selamat hari raya kat aku tapi tanya aku siapa... Aku jawab la "Maslina, tak kan la tak kenal?"

Dia kata tak kenal. Aku kata kat dia minta maaf sebab aku ada member yang guna nombor yang serupa, mungkin dah tukar nombor baru. Dan aku ingat berhenti disitu jer. Rupa nya tak, dah la aku baru jer bersalinkan Danish. Dia perkenalkan dirinya Shukri. Katanya nak berkenalan dengan aku. Tapi aku ignore jer. Malas nak layan. (aku tak pernah dengar suara nya lagi masa tue)

Dan selama hampir setahun nie, aku terima call dari dia. Kenapa aku boleh cam....? Sebab aku simpan nombor dia lagi takut2 aku terbalas mesej. Sampai 4 kali dia call aku, aku tak jawab. Tapi kali ke 5, aku jawab gak.

Dia tanya aku nie siapa? Aku tanya dia kenapa nak tanya pulak. Aku yang patut nya tanya. Dia tanya mcam2 kat aku sampai aku boleh tahu loghat dia... orang utara. Sampai la aku kata kat dia....

"Awak nie budak-budak kan?" (berdasarkan suaranya)

"Budak-budak? Kalau 20 tahu kebawah, makna nya budak-budak kan... kalau pertengahan 20-an, dewasa kan...?"
Aku mengiakan sahaja

"Saya pertengahan 20-an..."
Lepas tue talian terputus... (lega aku rasa)

Tapi lega tue tak lama... dia call lagi. Kali nie aku bagi Ayu yang jawab. Aku suruh dia kata aku bini orang. Dan apa yang Ayu kata kat dia aku tak ambil port cuma aku dengar marah-marah jer...

Budak tue putuskan talian. Pastu dia bagi mesej kat aku. Niat dia cuma nak kawan, kenapa tak boleh. Aku kata aku isteri orang, nak kawan juga ker? Dia kata nak tapi lepas tue hantar lagi kat aku kata tak percaya yang aku bini orang. Lantak lah... aku memang takde hati nak layan.

Tiba-tiba kelmarin budak tue hantar mesej lagi kat aku. Katanya, salahkah dia nak kawan dengan aku. Dia kata nama aku hampir sama dengan tunang dia "Mashitah"... (sama ker?). Bagi la peluang katanya. Aku suruh Mam lak balas mesej dia. Mam kata aku nie bini orang dan ada anak seorang dah... Dia tak percaya jugak malahan suruh aku bersumpah dengan nama Allah swt... Terus aku naik angin!!!! Tak paham bahasa sungguh.

Aku cerita kat hubby. Sebelum nie aku ada cerita kat hubby yang pasal aku silap nombor handset tue. Dan aku bagi nombor handset budak tue kat hubby.

Tak sampai 10 minit hubby aku call balik. Katanya "budak" jer dia tue... tinggal kat Alor Setaq. Hubby aku cakap elok jer tapi budak tue last skali letak handset. Dan aku pun tak dapat dah mesej yang "mengadu domba" lagi....

Itulah storynya. Harap-harap tak call lepas nie.

6 comments:

zulkbo said...

SALAM..
ini macam punya orang pun ada ka>
kalut sungguh nor..?
hang pi pelangkong kepala dia denagn selipar jepun ja..ha ha ha

Kancilbiru said...

aku smlm dapat call dari org yang tak dikenali..aku angkat dia letak..google dalam internet rupanya mmg ada no tu dok ganggu orang..

maslinamansor said...

waakumsalam zul,
Memang niat dihati kalau jumpa, mas belanja makan... hehe

maslinamansor said...

nizaa,
popular la nombor tue...?

piewahid said...

salam mas,
hehehe... org umah pun ada kena cenggitu. bila xlayan, ujung2 senyaplah dia. bdk2 jiwa kacau!

maslinamansor said...

waakumsalam piewahid,
jiwa sasau sama tue.. :)