Tuesday, May 11, 2010

Siapa pernah melawat Sekolah Henry Gurney?


Nak tanya gak la pendapat korang semua, memang ada sungguh ke budak-budak yang terlampau jahat? Apa yang mengakibatkan mereka jadi begitu?

Adakah desakan hidup?

Ataupun sendiri yang cari pasal?

Sekolah Henry Gurney ditubuhkan pada 19 Julai 1950 oleh Sir Henry Gurney di Telok Mas, Melaka.

Apakah kesalahan yang boleh membuatkan remaja dimasukkan kedalam sekolah ini...
  • memiliki dadah
  • penipuan
  • memeras ugut
  • memukul
Aku ada membaca satu artikel, tahun lepas di laman web Kementerian Pembangunan Wanita mengatakan jikalau remaja itu mempunyai sifat yang panas baras yang boleh mengakibatkan nyawa orang lain terancam pun akan dimasukkan kedalam Sekolah HG....

Remaja panas baran dihantar ke Sekolah Henry Gurney

Nasihat Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin begitu menyentuh perasaan ibu remaja terbabit yang duduk di galeri awam bersama dua orang lagi anaknya, sehingga menitiskan air mata. Mohd. Zaki: ‘‘Lain kali cubalah ubah sikap panas baran kamu. Istighfar banyak-banyak dan fikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu.

Paling utama, kamu ingatlah ibu yang selama ini bekerja keras untuk membesarkan kamu’’. Dalam alasan penghakimannya, Mohd. Zaki berkata, beliau merasakan hukuman berbentuk pemulihan adalah wajar daripada dikenakan penjara yang panjang.

Beliau menegaskan bahawa kepentingan masyarakat dan orang awam lebih terpelihara jika remaja terbabit diberi peluang untuk menukar corak hidupnya dibandingkan dengan menjalani hukuman penjara.


Remaja terbabit yang kini berusia 17 tahun 10 bulan, hari ini diperintahkan oleh mahkamah supaya ditahan di Sekolah Henry Gurney Melaka sehingga mencapai usia 21 tahun. Dia sebelum itu mengaku bersalah atas tuduhan pilihan, mengakibatkan kecederaan terhadap Faizal Samiyono, 15, hingga menyebabkan kematian mangsa.

Remaja itu mengaku melakukan kesalahan tersebut antara pukul 4 dan 5.50 petang, 9 Mac 2006 di Blok C-13-02 Pandan Pertama 5A, Pandan Utama, Ampang dekat sini. Pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Alfred Egin ekoran representasi yang dikemukakan oleh peguam Imran Hadzalie Abdul Hamid. Remaja tersebut sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana dituduh membunuh.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan. Fakta kes menyebut, pergaduhan telah berlaku di ruang tamu rumah kosong (tempat kejadian) setelah remaja terbabit tidak puas hati dengan Faizal yang telah terlanggar kakinya menggunakan basikal ketika keluar daripada pintu lif.

Akibatnya, remaja itu telah menumbuk dan memukul Faizal dengan tukul besi serta menjerut lehernya menggunakan tali rafia. Mangsa mengalami 27 kesan luka dan kecederaan.

Bagi membantu mahkamah membuat pertimbangan mengenai hukuman, Mohd. Zaki telah meneliti laporan akhlak remaja terbabit yang disediakan oleh pegawai akhlak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Imran Hadzalie ketika mengemukakan rayuan berkata, remaja itu menjadi anak yatim setelah bapanya meninggal dunia pada tahun 2003. Ketiadaan kasih sayang serta bimbingan daripada seorang ayah secara tidak langsung memberi kesan kepada cara dia berfikir dan pergaulan, kata peguam.

Imran Hadzalie turut menyampaikan permohonan maaf anak guamnya kepada semua pihak terutamanya ibu bapa dan keluarga Faizal kerana kejadian itu. Beliau juga memohon mahkamah mengguna pakai Seksyen 75 Akta Kanak-Kanak 2001 (akta 611) iaitu kuasa mahkamah memerintahkan anak guamnya ditahan di Sekolah Henry Gurney.

Remaja itu kini sedang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diduduki ketika dalam tahanan. Alfred ketika membalas hujah peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara maksimum kerana tindakannya tidak mencerminkan usia yang masih muda.

‘Perbuatan dan cara dia memukul mangsa melampaui apa yang boleh dilakukan oleh seorang dewasa’’, ujar Alfred. Bapa mangsa turut hadir mengikuti prosiding di mahkamah.

Ketika ditemui pemberita, Samiyono, 42, meluahkan perasaan bahawa jika remaja itu dihukum berpuluh tahun pun keluarga masih boleh bertemu dengannya tetapi dia hanya mampu melihat batu nisan anaknya sahaja. Sehubungan itu, pendakwa raya difahamkan akan mengemukakan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Petikan dari sini

****************************************************************************

Bagi Remaja diluar sana jangan kerana amarah, seumur hidup korang terpaksa menanggungnya.

Eh, siapa yang pernah melawat SHG? Ok ker life depa kat dalam sana?

21 comments:

Kancilbiru said...

ya aku penah....macam2 kisah budak2 yg masuk dalam tu. setengahnya mmg jahat yang amat...dan dengan selambanya ngaku bunuh orang....hua3x..

zulkbo said...

Assalamualaikum..
terima kasih yang tak terhingga
atas komen anda yang membina
dalam mengupas isu "buang bayi dan
jalan penyelesaiannya"..
amat saya hargai moga menjadi
satu rujukan buat yang lain
di masa hadapan.

zulkbo said...

SALAM MAS..
sekolah ni memang terkenal
dengan pelajarnya yang
bermasaalah..tapi kita
kenalah bimbing mereka..
manusia tak selamanya
menjadi jahat..

Sharinginfoz said...

tak le pernah pi sana..... apa-apa pun semoga akhlak mereka dapat diperbaiki ke arah baik kan

maslinamansor said...

Nizaa,
member aku kata kat dalam sana lagi teruk dari luar... betul ker?

maslinamansor said...

Waakumsalam zul,
sama-sama.

Harap2 depa taubat... :)

maslinamansor said...

sharinginfoz,
betul2

ummu said...

salam Mas
akak tak pernah ke sana. Tapi lalu depan, pernah. :)
Dalam hal seumpama ini, pedekatan sangat holistik sangat perlu.kalu bercerita ttg disiplin pelajar, terlalu banyak airmata ini yang tumpah.

Anonymous said...

penah msok sne bln lps wt program ngn pghuni kat ctu,,,,diorg kn under pnjra so ketat gak ah kwln tuk diorg nih,,,kdg2 cian tgk,,tp nk wt cmne da mmg pnye prosedur cmtu kn,,,diorg nih t"dri drpd mcm2 kes,,,tp kbnykn diorg yg kmi jmpe agk +ve nk brubah,,kbnykn diorg w/pn x sume da de prncgn yg bek ble da kuar dr sne,,,mreka xnk da t"lbt ngn pbuatn lme mrke...de yg nk smbg blaja,,kte sbg msyrkt d luar nie lak bri lah skongn pd mreka tuk tros brubh n jgn pndg serong kat diorg nie ble kuar t,,,spye diorg x rse d ssihkn n lastly mgkin ley wt diorg t"jbak lg ngn jnyh,,,mreka jg mnusia bese yg x lari dr mmbuat ksilapan,,,n mreka de hak jgk tuk d bri pluang,,,especially tuk brubah,,, ;)

Anonymous said...

kawan sepupu pernah masuk dalam penjara kerana kesalahan yg dibuat org lain..dia cuma berada ditempat itu sahaja,terus disabit kesalahan..kejam sungguh hakim..masuk penjara bkn bermakna mereka menderita tetapi makin mengenal konco konco diluar sana..tahu tempat mana taiko tu ada..mcm mcm lagi..nasib baik dia berubah kerana malas nk duk penjara lama lama..sebab tu ada org tak serik keluar masuk penjara!

Anonymous said...

assallam...
untuk pengetahuan, Sekolah Henry Gurney (SHG) menempatkan pelajar/penghuni2 yang telah dijatuhkan hukuman oeh Majistret/Hakim. Jahat/Nakal/Bijak / Buruk / Baik/ First Time semua ada...Actually mereka ni semuanya bolehlah dikatakan under kontrol, tiada masalah. Cuba bayangkan, bagaimana seorang penghuni SHG mengambil SPM boleh mendapat keputusan SPM 2011 9A1D (8A+,1A,1D)??? segalanya atas usaha mereka sendiri... apa yang penting disini adalah hormatilah keluarga kita, awasilah persekitaran anda, kawal sikap dan emosi diri anda... Pandanglah SHG ini dari sudut positif.... pemulihan adalah keutamaan kami


Pegawai Penjara/ X PYB Unit Akademik/Blok Hang Tuah... from Sir.

Anonymous said...

dorang baek giler la wey....aku baru je abes wt program ngn budak2 ni....mmg menangis aku bila dngar citer dorang....dorang baek sgt2.....tu je yg aku blh ckp. n plus....dorang INNOCENT ok brbanding ngn kiter.

eisyah said...

macam mane nak buat progrm kat sane n ape aktivti yg sesuai nak buat kat sane?

Unknown said...

sedih sgt tgk adik bru msuk sekolah ni gara2 berkwn dgn
org yg x btol...sabotaj kwn2 eh letak dadah 1grm kt kocek shuter dye....adik ni x dgr ckp mak...dia lari rumah g melaka nk bebas ktenyer...last2 mse pembicaraan akhir mak ckp kt hakim suh dye bljar kt dlm jer....ni bru 6bln mjlani hukuman. ...3 thun smpai umur dye 21 thun...semoga dye jd lebih baik sayang adik aku ni tp dye x syg diri dye srndri....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
panjang said...

Aku duk 6 thn kt dlm tu. Aku kes bunoh org yg rompak rmh mak aku. Tak tahan tgk famili aku dibelasah perompak indon sial mintak duit. Aku amek parang panjang terus kerat leher. Leher putus. Mampos kt situ jgk

panjang said...

Sekarang nk cari kerje n nk idop mmg susah sbb aku ade rekod hitam. Gi mane2 pon org tgk semacam je. Tapi klau aku x bantu, mesti mak @ famili aku ade yg cedera parah @ mati. Indon dtg sini ramai yg jadi perompak. Mmg sial indon kt mlysia ni.

Unknown said...

SHG tak pernah masuk, tapi saya pernah masuk duduk penjara kajang selama 6 tahun dan 13 sebatan rotan, memang kehidupan di penjara tu teruk dan susah...

Nur al-Haq said...

Boleh tak kalian kongsikan apa yang berlaku kat dalam sana.. maksud sy apa aktiviti bdk2 kt dlm tu.. ada kls jugak ka.. ka macamana?

Unknown said...

Bleh sy tnya? Budak umo 7tahun ada ke yg penah masuk sekolah henry gurney ni?

Unknown said...

Seriously tye ..boleh ke Kita nak hantar ank ke Sana tanpa sabit ke salahan...sebab nak betulkan akhlak dia