Showing posts with label artis korea. Show all posts
Showing posts with label artis korea. Show all posts

Thursday, June 9, 2011

Girl Generation (SNSD)- Mood ke Korea kembali

Lagu terbaru SNSD dah keluar. Tapi dalam versi Jepun. Jatuh hati kat lagu depa... :)




Kredit to Youtube



Apa? Korang tak kenal? Tak minat? Tak pe... Aku minat.. :)

Thursday, December 2, 2010

I miss you 'TOP OF THE WORLD'




Lagu ditujukan khas untuk my lelaki aka hubby. Danish dok sebelah sat, karang mama kasi lagu 'RING DING DONG' kat Danish yer...

Bila dah paham-paham sikit lagu nie, baru aku tahu lagu nie ada unsur 'sexuality' sikit... (ala, sikit jer!!! laki bini, xpe nak dedicated pun).

Tapi lagu nie should be from guy to girl... but... tak pe la kan....

Ok, bye... Aku nak feeling lebih-lebih sikit...

Friday, November 26, 2010

Video... Bagi aku lawak... korang...?



Apa? Tak lawak? Xpe la. Aku gelak sesorang...

Thursday, November 25, 2010

Lagu-lagu korea dalam ERA?

Radio ERA siarkan lagu-lagu Korea?

Lama aku tak dengaq station ERA. Masa abah datang ambil aku kat Bworth, sepanjang perjalanan balik ke rumah, lagu Korea ada la dalam 3-4 lagu dipasang. Tapi aku rasa macam ada kena 'CUT' sikit lagu-lagu tue... Ker aku yang perasan cam tue?

Apa pun, ok la. ERA tarik pendengar tegar lagu-lagu Korea. Cuma nasihat aku... cuba perbanyakan sikit artis-artisnya. Banyak lagi artis dimana lagu-lagu mereka 'sedap'.

Tuesday, September 28, 2010

Kenapa aku suka Korea...

Sebab aku kan suka orang mata sepet... :)
Kenapa Korea? Jawapannya terletak pada artis-artis mereka... penyanyi expecially...

Sebut saja...Rain, Lee Hyori, Big Bang, Super Junior(SUJU), SS501, DBSK, 2PM, 2AM, TRAX...SNSD (Girl's Genaration), Wonder Girls, 2ne1...Sapa yang tak kenal.

Tapi aku rasa kebanyak kan dari korang memang tak kenal pun mereka-mereka ini. Kalau aku sebut lagi banyak dari ini, belum tentu korang kenal... Super Junior yang famous tue pun korang kenal segenlintir jer, bukan semua.

Sebelum nie aku lebih minat dengan penyanyi/group dari Jepun. Tapi aku minat dengan kumpulan  KAT-TUN jer... :). Selebihnya aku minat dengan pelakon Jepun. Contohnya Takuya Kimura (cukup minat dengan lelaki matang ini..), Matsumoto Jun, Oguri Shun, Kazuya Kamenash, Jin Akanishi, Takashi Sorimachi ( yang Eyriqazz minat tue).
 Eh? Semua lelaki ker... Memang pun...

Macam mana aku boleh terpengaruh dengan penyanyi/group dari Korea nie...?
Jawapan nya senang jer...AYU... housemate aku.
Wartawan sambilan aku untuk berita-berita tentang mereka.

Dari aku kenal Super Junior saja sampai aku kenal kebanyakkan artis Korea. Cuma Pelakonnya aku kurang sikit. So dari member aku la, minat aku lagi bertambah...

 Credit Pic from Here

*Semalam aku dok layan cerita Playfull Kiss. Kim Hyun Joong... Bekas kumpulan SS501 berlakon. Hensemnya macam hubby aku.

Tuesday, September 7, 2010

Bila wartawan tak buat reserch dahulu...

Aku tak kata yang aku tahu sangat pasal artis-artis Korea nie. Tapi bila ada akhbar tempatan buat news pasal mereka, aku akan baca.

Aku perasan ada sesetengah akhbar macam main letak jer mana-mana artis Korea. Masa Wonder Girls datang Malaysia, ada Surat khabar yang satu nie letak gambar Ahli kumpulan Wonder Girls yang lama. Dah lama dah salah seorang dari ahli Wonder Girls keluar ( kerana sambung belajar ) dari group nie. Tahun lepas lagi. Sampai dah ada ahli baru. Aku ignore jer, mungkin wartawan muda kot...

Kemudian, artikel minggu lepas pasal artis Korea lagi. Tapi kali nie bukan surat khabar yang sama. Buat artikel pasal Lee Min Ho... Eh! Korang tak kenal yer? Kenal tak artis yang berlakon dalan Boys over/ before Flower? Yang berlakon sebagai Goo Jun Pyo?

 Credit pic from HERE
 Lee Min Ho

Boleh artikel tue letak nama dia Lee Jun Ki.... Bapak lari banyak rupa depa nie...!!!!

Credit pic from HERE
Ini gambar  Pemilik nama Lee Jun Ki yang sebenar...

Dan baru-baru nie berita pasal ahli kumpulan SS501 yang baru berpecah.
Kes yang sama seperti kes-kes diatas... letak gambar yang salah...

Credit pic from HERE
Kim Hyun Joong

Surat khabar yang sama letak gambar orang lain gak. Depa letak nama Kim Hyun Joong tapi p letak gambar Kim Hyung Jun.

Credit pic from HERE
Kim Hyung Jun

Harap-harap lepas nie, wartawan jangan la senang-senang jer buat artikel pasal artis Korea tanpa buat research pasal mereka... Buat malu jer kalau silap...