Aku perasan ada sesetengah akhbar macam main letak jer mana-mana artis Korea. Masa Wonder Girls datang Malaysia, ada Surat khabar yang satu nie letak gambar Ahli kumpulan Wonder Girls yang lama. Dah lama dah salah seorang dari ahli Wonder Girls keluar ( kerana sambung belajar ) dari group nie. Tahun lepas lagi. Sampai dah ada ahli baru. Aku ignore jer, mungkin wartawan muda kot...
Kemudian, artikel minggu lepas pasal artis Korea lagi. Tapi kali nie bukan surat khabar yang sama. Buat artikel pasal Lee Min Ho... Eh! Korang tak kenal yer? Kenal tak artis yang berlakon dalan Boys over/ before Flower? Yang berlakon sebagai Goo Jun Pyo?
Credit pic from HERE
Lee Min Ho
Credit pic from HERE
Ini gambar Pemilik nama Lee Jun Ki yang sebenar...
Dan baru-baru nie berita pasal ahli kumpulan SS501 yang baru berpecah.
Kes yang sama seperti kes-kes diatas... letak gambar yang salah...
Credit pic from HERE
Kim Hyun Joong
Surat khabar yang sama letak gambar orang lain gak. Depa letak nama Kim Hyun Joong tapi p letak gambar Kim Hyung Jun.
Credit pic from HERE
Kim Hyung Jun
Harap-harap lepas nie, wartawan jangan la senang-senang jer buat artikel pasal artis Korea tanpa buat research pasal mereka... Buat malu jer kalau silap...




