Showing posts with label .. story..... Show all posts
Showing posts with label .. story..... Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

Sanggup habiskan duit buat video call semata-mata nak tunjuk benda tutt jer...?

Cerita nya memang tak dak hujung pangkalnya. Tau-tau member aku dapat video call. Dia tak nak jawab, tak kenal. Satu lagi sebab... Takut. Dah la tak kenal, siap buat video call lak.

Jadi jalan selamat, member aku mesej.
Nie siapa?

Tiada jawapan..... tiada balasan mesej...

Tapi, dia buat
Video call lagi....
Member tak nak jawab


Video call lagi....

"Jawab jer, ngadapkan hset tue ke dinding" aku kata. Lepas tue aku pergi dapur.
Masuk jer balik bilik... nampak la member aku nie kesat air mata....

"Kenapa?"

"Dia tunjuk dia punya, kakkkkk"

"Cilakoi punya budak!!!!"

"Kalau dia call lagi, report jer polis."
Dan aku rasa, semalam pun 'budak tak cukup akal' buat video call lagi...

Jadi, aku dan member akan tunggu dia call lagi sekali untuk rakam supaya ada bahan buktinya...




p/s: tak pasal-pasal nak rakam lak ko punya 'TUTTT', cisss


p/s: Ker tak payah bahan bukti? Report cam tue jer?

Thursday, December 30, 2010

Salah blog la kawan...!!!!

Aku persan aku punya HITS tinggi gak hari nie. Saja tengok keyword korang tulis. Mesti pasal GoalKeeper Malaysia Si Fahmi tue.... rupanya aku meleset.....




APA YANG KO CARI KAT BLOG AKU HAAAA......!!!!!




Mam ke atau MAMA?




Friday, December 24, 2010

Entry semalam sebenarnya aku nak tunjuk gambar epal dan kacang panjang. Nak tunjuk perumpamaan la. Bukan gambar yang aku lukis sendiri pakai PAINT tue.

Tapi nak jadi kan cerita, aku taip la gambar epal. Lepas tue tekan Image. Keluar lah segala gambar-gambar epal dari seluruh dunia. Baru jer aku scroll down... Nampak gambar macam gambar lucah. Lebih menyerupai kemaluan wanita.

Aku dah gelabah... "Aku masuk website haram.... aku masuk website haram..." (sebab aku guna komputer ofis, tak syok bila keluar ayat " COMPANY VIOLENCE POLICY" ). Kalau Notebook sendiri, takdak hal... (Aku terkantoi? Eleh, macam korang tak terkantoi)

Bila lepas keja, aku balik rumah aku cerita kat housemate. Maka kami beramai-ramai cari balik gambar "epal" tersebut...


Rupanya...  teknik photoshop punya kerja... H@#^M betul!!!!
Asyik buat aku berfikir kotor memenjang......

Thursday, December 16, 2010

Apa yang korang boleh ceritakan disebalik video klip ini....



 Yes...!!! Betul...

Ia mengisahkan sepanjang kehidupan Nabi Muhammad saw.


Kisah 1:

Apabila seorang wanita yang tidak menyukai Nabi Muhammad saw, suka membuang sampah dihadapan rumah beliau. Dan wanita itu akhirnya sakit. Lalu Nabi memasakkan sup untuk wanita tersebut sehingga membuatkan wanita itu insaf lalu memeluk Islam...


Kisah 2:

Nabi Muhammad saw memberi sedekah kepada seorang fakir. Tetapi fakir tersebut memberi pula duit yang diberi oleh beliau kepada fakir yang lain....


Kisah 3:

Kanak-kanak naik diatas ayahnya ketika ayahnya tengah solat.

"Sahabat Nabi bertanya kenapa Nabi bersujud terlalu lama. Lalu Nabi pun berkata bagaimana hendak dia bangun, anak nya berada diatas belakangnya"


Kisah 4:

Si suami mengangkat isterinya kerana isterinya tidah dapat melihat pertunjukkan dihadapannya ( Isterinya rendah)

"Nabi mengangkat Aishah supaya Aishah dapat melihat pertunjukkan tersebut kerana pada waktu itu Aishah masih muda dan kecil." Romantik nya Nabi Muhammad....


Kisah 5:

Seorang budak memenuhkan air dalam kasutnya supaya anjing itu dapat meminum air.

"Masih kah korang ingat pasal seorang pelacur yang sanggup menggunakan kasutnya untuk mengisikan air supaya anjing yang dalam kedahagaan itu minum"


Seronok pulak aku dengar lagu nie...


*kalau aku salah pasal kisah-kisah diatas... maafkan aku.

Wednesday, December 15, 2010

Dari bas ke Kapal Terbang

RM918 - RM756 = RM  162



Mana p RM162????????



Charge yang melampau....



Tak pa... asalkan dapat balik RM 756 itu... ( dan aku kena perabiskan duit itu dalam masa 3 bulan )



Kalau tak dak apa-apa hal, dalam masa 3 bulan dari sekarang. Pengangkutan aku pergi balik (KL - Penang ) adalah...... KAPAL TERBANG. ...


Sekian....

Monday, December 13, 2010

Cerita air mata baldi...

Jalan ceritanya begini memula.....

Nak pergi Kota Kinabalu... Booking la tiket. Tapi bila dh nak ujung-ujung... 'System is busy' katanya... Tak sempat nak buat payment lagi...

Bila buat lak kali kedua, hari yang sama pukul 2 petang... Dah siap semua... comfirm dah bayar... Hati pun lega.

Bila check email... dapat 2 email. Pergi 2 kali ke KK!!!! Rupanya depa cantas aku punya kad 2 kali!!!

Apa lagi, bermakian-makian lah aku. Cuba bayangkan, aku bermakian-makian sampai bil telefon hampir RM200....

Sebabnya, aku ada call bank kad aku, bank kata 1 jer comfirm... 1 lagi tak masuk pun lagi kat syarikat tue... Boleh terminate. Tapi bila aku call syarikat tue... secara outomatiknya depa kata COMFIRM!!!! WHAT THE PUNGGKOK HANG!!!!

 So... nak buat cam na...? 

Korang nak tau Syarikat tue Syarikat per?

Tunggu bila aku p Kota Kinabalu baru korang tahu sapakah 'mereka'....


*cara bermakian-makian aku tue.... tak melibatkan carut mencarut ...

Friday, December 10, 2010

Sengaja cari pasal ini SYARIKAT

Lepas nie aku pangkah syarikat Penerbangan INI!!!!!    XXXXXXXX

Sekarang, nak cari perigi untuk buangkan air mata aku tadah semalam....

Thursday, December 2, 2010

I miss you 'TOP OF THE WORLD'




Lagu ditujukan khas untuk my lelaki aka hubby. Danish dok sebelah sat, karang mama kasi lagu 'RING DING DONG' kat Danish yer...

Bila dah paham-paham sikit lagu nie, baru aku tahu lagu nie ada unsur 'sexuality' sikit... (ala, sikit jer!!! laki bini, xpe nak dedicated pun).

Tapi lagu nie should be from guy to girl... but... tak pe la kan....

Ok, bye... Aku nak feeling lebih-lebih sikit...