Friday, May 21, 2010

Sungguh 'bergaya' wanita itu...

Pagi tadi pergi kerja aku nampak seorang wanita hisap rokok...
Ok, korang pun mesti pernah tengok kan...

Aku ada sejarah dengan wanita suka merokok nie...

Sebelum aku tinggal dengan Ayu dan Aty, aku sewa rumah degan budak-budak yang aku tak kenal kecuali Linda. Linda... masih ka ingat dengan budak-budak tue...

Kesemuanya kaki merokok... Walaupun dibelakang aku, tapi hidung yang sensitive ini dapat juga menghidu korang punya tabiat tue... Tambah lagi masa tue aku tengah mengandung...

Adakah kerana tekanan kerja, korang lepaskan dengan merokok...? Nak kata boleh kurus, aku tengok dok besar tue gak....

Lelaki mungkin nampak 'macho' kalau hisap rokok... (macho ker?)
Wanita pula nampak cantik ker? Aku nampak hodoh jer....
Ada yang kata aku tak cool sebab aku tak suka wanita merokok....

Eleh! Kalau korang tengok gambar artis wanita merokok, belambak pulak korang komen yang negatif...

Pernah aku geram sangat kat hubby pasal rokok nie. Aku ambil sebatang rokok dan cuba nak hisap depan hubby... Jelingan hubby masa tue... membuat kan aku nak pergi beli sekotak rokok buat dia supaya tak marah dengan aku....

"Pandai pulak tak suka Ina hisap rokok... kalau dia tue buat-buat tak faham lak..."

So... lelaki diluar sana, adakah korang suka melihat wanita merokok...?

6 comments:

honeylanz said...

tak suka tgk...agak x sesuai la dgn budaya kita.

Sharinginfoz said...

hmmmm tak kisah le lelaki or pompuan, tak bagus merokok kan

Apasal Tak Nak Beli Brg Online

mrs shaifull said...

dah la isap rokok, pastu tgk org pun dgn pandangan yg sgt annoying hishhh

zulkbo said...

salam ziarah hari jumaat..
penghulu segala hari..
moga kita mendapat hikmahnya
dan di kurniakan kesihatan
yang baik..

Kancilbiru said...

betul tu...ada jugak member sorg suka merokok tp tak la kurus mana pun..hehe

qaseh mas said...

salam Maslina
sekarang ni macam dah jadi perkara biasa.apapun,merokok tu bahayakan kesihatan.