Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Wednesday, June 2, 2010

Ingat abang 'check' sendiri...

Isnin lepas aku dan hubby sama bawa Danish nak terima hadiah 'birthday'. Biasa la kalau dah umur setahun, haruslah korang bawa anak pergi mengadap klinik untuk terima suntikan...

Danish bangun awal pagi tue. Jadi comfirm Danish akan mengantuk balik... Jenuh bersilat bagai dengan Danish. Danish nak turun berjalan tapi tak bagi sebab tak bawa kasut (sila salah abah nya...). Jadi terpaksa la berdukung jer. Kalau aku duduk jer, berbunyi... duduk jer berbunyi...

Bila dah sampai turn nak cucuk, masa tua terselit la seorang Ketua Jururawat...

KJ : "Dah buat pap smear tak lagi?"

Aku : "Belum lagi"
Danish meronta-ronta sebab dah ngatuk tapi aku tak bagi tidoq...

KJ : "Nanti lepas nie buat tau... Ala, sekejap jer. Lepas cucuk, minta tolong abang jaga kejap anak...."

Aku : "Takpa... takpa... nanti saya buat"
Alasan....

Ketua Jururawat tue tak puas hati dengan jawapan aku. Terus dia suruh hubby aku minta aku buat ujian pap smear.... Yang hubby pun ngangguk jer... "Nanti ina buat"

Aku tarik muka muncung.... Dah la tak ready. Dengan Danish menangis lagi... Takkan la aku sanggup nak tinggal Danish....

At the end, memang aku tak pegi buat... Danish dah teresak-esak, menagis menjerit... Mesti dia ingat aku dera dia...

Aku tanya balik hubby kenapa kata "Nanti ina buat"...
"Nurse tue nak check kat bilik belakang tadi, abang sanggup nak tunggu dengan Danish menagis macam nie...?"


"Eh, ingat abang 'check' sendiri..."

"Banyak la cantik, 'check' sendiri...."

Nampak sangat tak tahu....

p/s: Warning... Semua wanita hurus buat ujian pap smear. Jangan ngelat. Pesanan ini ditujukan kepada semua wanita termasuk aku...

p/s: Minta maaf kat KJ tue...

Friday, May 21, 2010

Sungguh 'bergaya' wanita itu...

Pagi tadi pergi kerja aku nampak seorang wanita hisap rokok...
Ok, korang pun mesti pernah tengok kan...

Aku ada sejarah dengan wanita suka merokok nie...

Sebelum aku tinggal dengan Ayu dan Aty, aku sewa rumah degan budak-budak yang aku tak kenal kecuali Linda. Linda... masih ka ingat dengan budak-budak tue...

Kesemuanya kaki merokok... Walaupun dibelakang aku, tapi hidung yang sensitive ini dapat juga menghidu korang punya tabiat tue... Tambah lagi masa tue aku tengah mengandung...

Adakah kerana tekanan kerja, korang lepaskan dengan merokok...? Nak kata boleh kurus, aku tengok dok besar tue gak....

Lelaki mungkin nampak 'macho' kalau hisap rokok... (macho ker?)
Wanita pula nampak cantik ker? Aku nampak hodoh jer....
Ada yang kata aku tak cool sebab aku tak suka wanita merokok....

Eleh! Kalau korang tengok gambar artis wanita merokok, belambak pulak korang komen yang negatif...

Pernah aku geram sangat kat hubby pasal rokok nie. Aku ambil sebatang rokok dan cuba nak hisap depan hubby... Jelingan hubby masa tue... membuat kan aku nak pergi beli sekotak rokok buat dia supaya tak marah dengan aku....

"Pandai pulak tak suka Ina hisap rokok... kalau dia tue buat-buat tak faham lak..."

So... lelaki diluar sana, adakah korang suka melihat wanita merokok...?

Wednesday, March 24, 2010

Walau sekuat manapun... masih tak dapat lawan...

Kali nie mengupas pasal wanita....
(aku membayangkan yang aku mempunyai rancangan Oprah..., korang layan jer...)

Kenapa sekuat mana pun wanita itu tapi tak mampu melawan tenaga lelaki...?
Walaupun engkau mempunyai tali pinggang hitam.... badan besar.... kelakuan kasar macam jantan.... tapi still kalah....

Tolong jangan sangat terpengaruh dengan cerita2 yang wanita jadi herooo....
Kebanyakkan nya hanya rekaan....

Aku ambil situasi apabila wanita diserang....
Contohnya nak kena rogol.... (isu nie adalah sensitif)
Walaupun wanita mampu melawan tetapi jarang sekali dapat meloloskan diri... kenapa....

Aku ada satu cerita.... dah lama kes nie...di Melaka
Sofia (bukan nama sebenar) mempunyai kelebihan tek wan do...
Serangan pertama dari perogol dapat dipatahkan....
Serangan kedua pun dapat dipatahkan....
Namun serangan ketiga..... perogol itu berjaya....

Adakah sebab Sofia itu dah kekurangan tenaga atau perogol itu yang terlalu kuat...?
Sedangkan Sofia mampu berlawan sebab dia mempunyai kelebihan...?
Ataupun perogol itu terlalu geram kerana tidak bejaya pada mulanya... tetapi dengan rasukan syaitan, dia menjadi terlalu kuat....



Aku bertanya kat Mam.... wanita nie tak boleh lawan lelaki ker...?
Dan jawapan nya.... 'Yer, rasanya....'

Lepas tue kami tanya kat Izul pulak....
Kat mana tempat paling lemah bagi lelaki....
Dia jawab..... tempat 'Tuttttt' la....

Kalau macam tue.... kenapa sampai sekarang masih ada kes2 rogol....
Ohhhhh..... lupa pulak... mereka telah berubah arah kepada kanak2 perempuan sekarang nie.....

Jadi, kita nie nak ajar apa kepada anak2 gadis kita...?
Atau sebetulnya kami kaum hawa... bagaimana nak lindungi diri kami.....?



p/s: banyak rancangan yang menunjukan teknik2 lepaskan diri..... tapi tak semua wanita yang ambil perhatian....

Tuesday, March 9, 2010

"Siti Aishah"



pic from here

Hari nie baca surat khabar mengenai kisah bayi buangan "Siti Aishah"...

Secara rasminya menjadi ahli keluarga kepada En. Amiruddin dan isteri... Alhamdullilah ada yang sudi mengambil siti aishah walau pun belum mengetahui status 'si pembuang' bayi itu...

Nak ulas banyak pun aku bukan dalam situasi si pembuang... tapi aku cuma berharap jangan la dah penat2 mengandung tue dibunuh pulak....

Sedih bila melihat bayi yang cukup sifat dibunuh tanpa rasa belas kasihan...
Kalau dah buat dosa... jangan la kau tambah lagi dosa korang...

Benda2 nie jenis berlarutan.... bila sorang buang... tak sampai sehari lepas tue ada lak yang buang lagi....
Korang nak buang bayi ikut suka hati korang .. tapi korang buang kat tempat2 yang korang rasa tempat tue orang leh jumpa bayi dengan selamat...

Nie tak... p bunuh... bakar... buang dalam tandas... sedih aku rasa....
Korang bagi kat aku pun takpa...

Balik kepada En. Amiruddin, wartawan bertanya kalau2 keluarga sebenar nak ambil balik Siti Aishah....

"Kalau ibu bapa sebenar Siti Aishah datang cari anak mereka balik, saya tetap tidak akan bagi."

Kalau aku pun jangan harap la aku nak bagi, walaupun bayi tue pelajaran xseberapa... xpandai... berkasar bahasa ngan aku....

Kalau dia besar nanti jadi orang yang berguna... Alhamdullilah...
Kalau dia besar xjadi "orang".... Itu pun anak aku...
Asalkan hati aku memang ikhlas nak menjaga dia.....

Tapi itu kata-kata dari aku... Kemudian hari aku tak tahu...
Cuma aku harap jangan la buang bayi....

Tergamak korang buang anak korang....?

p/s: Sori... aku emosional sikit...

Monday, March 8, 2010

Selamat Hari Wanita Sedunia...

Warisan Wanita Terakhir

Bila kita dalam salam perpisahan
Namun aku tetap bersamamu
Ku rasa bagai satu sentuhan
Dalam mimpi ku terbayang wajahmu

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihmu tiada kau memberi
Apa yang ku perlu hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu

Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi

Selamat hari wanita kepada mak.... mama.....mak2 sedara.....girlfriend2... dan untuk korang yang bernama wanita.... :)

p/s: kaum lelaki ada ke Hari Lelaki Sedunia...?