Showing posts with label berita.... Show all posts
Showing posts with label berita.... Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Berita mayat bayi kena campak tue... itu adalah kawasan tempat tinggal aku.

Berita campak bayi tue boleh korang baca disini  





Sakit hati bila aku dengar cerita pasal nie semalam. Rasanya, kalau orang yang campak bayi tue kena tangkap, mau jugak aku dan orang ramai campak sekali dia dari tingkat 5 tue. Mampus atau cacat, memang aku tak kisah dah.


Wednesday, June 16, 2010

Nak ikut stail nie ker...?

PENYANYI Robbie Williams menggunakan seks untuk memastikan dirinya kekal kurus. Dia yang berusia 36 tahun sering berdepan dengan masalah berat badan menegaskan bentuk badan terbarunya adalah hasil daripada aktiviti seks bersama tunangnya, Ayda Field.


Itu adalah jawapan yang diberikan oleh Robbie apabila ditanya mengenai bentuk badan terbarunya. "Badan yang hebat ini datang daripada seks. Ya, seks banyak membantu," katanya lagi.
Namun, bukan seks sahaja yang membantu mengekalkan bentuk badannya. Penyanyi yang popular dengan lagu Bodies itu juga mencuri masa untuk berlari setiap hari.
Katanya kepada akhbar Daily Star: "Saya berlari antara lapan hingga sembilan kilometer setiap hari. Ia amat memenatkan.

 "Saya tidak rasa diri saya susut tetapi otot saya sudah kelihatan. Ia satu proses yang bagus dan saya berasa gembira dengan badan baru ini."
Robbie bukan satu-satunya selebriti yang menggunakan seks untuk kelihatan menarik. Penyumbang suara untuk animasi Shrek Forever After, Cameron Diaz juga memberi kredit kepada seks yang membantu mengekalkan keremajaannya.

Aktres berusia 37 tahun itu menyatakan: "Asas untuk mengekalkan keremajaan bagi saya adalah senaman, diet sihat, minum air yang banyak, ketawa dan banyak seks. Ya, kita perlukan seks sebagai manusia. Ia sesuatu yang sihat dan natural."

Sumber dari Kosmo


Errrr..... Aku nak tiru ke tidak...?

Wednesday, May 5, 2010

Manusia berhati kejam

Masa aku dok check aku punya email, aku dapat email mengenai pembuangan bayi. Berita nie dah lepas... 31 Mac hari tue. Tak dapat berkata apa2, hanya boleh gambarkan masih ada manusia yang kejam membuang bayi sebegitu rupa.


"Beijing-Dua pekerja rumah mayat ditahan selepas 21 mayat bayi ditemui di sebatang sungai di timur China, semalam.
Agensi Berita Xinhua memetik seorang jurucakap kerajaan di bandar Jining lewat malam semalam sebagai berkata, Zhu Zhenyu dan Wang Zhijun menerima wang daripada keluarga bayi-bayi malang itu sebagai upah menghapuskan mayat-mayat berkenaan, tetapi kedua-dua mereka hanya membuangnya di Sungai Guangfu.
Tanda pengenalan hospital yang terdapat pada lapan bayi membantu pihak berkuasa mengesan Zhenyu dan Zhijun Hospital Gabungan Universiti Perubatan Jining.
Xinhua melaporkan, tiga lagi pegawai atasan hospital itu telah dipecat atau digantung perkhidmatan. - AP"



Buang dalam beg plastik jer....!!!!


Kata lah aku yang kena angkut mayat2 bayi nie keluar dari sungai tue.... Comfirm aku tak leh tido!!! Terewang2... terkenang2... bayi menangis.

Tuesday, March 9, 2010

"Siti Aishah"



pic from here

Hari nie baca surat khabar mengenai kisah bayi buangan "Siti Aishah"...

Secara rasminya menjadi ahli keluarga kepada En. Amiruddin dan isteri... Alhamdullilah ada yang sudi mengambil siti aishah walau pun belum mengetahui status 'si pembuang' bayi itu...

Nak ulas banyak pun aku bukan dalam situasi si pembuang... tapi aku cuma berharap jangan la dah penat2 mengandung tue dibunuh pulak....

Sedih bila melihat bayi yang cukup sifat dibunuh tanpa rasa belas kasihan...
Kalau dah buat dosa... jangan la kau tambah lagi dosa korang...

Benda2 nie jenis berlarutan.... bila sorang buang... tak sampai sehari lepas tue ada lak yang buang lagi....
Korang nak buang bayi ikut suka hati korang .. tapi korang buang kat tempat2 yang korang rasa tempat tue orang leh jumpa bayi dengan selamat...

Nie tak... p bunuh... bakar... buang dalam tandas... sedih aku rasa....
Korang bagi kat aku pun takpa...

Balik kepada En. Amiruddin, wartawan bertanya kalau2 keluarga sebenar nak ambil balik Siti Aishah....

"Kalau ibu bapa sebenar Siti Aishah datang cari anak mereka balik, saya tetap tidak akan bagi."

Kalau aku pun jangan harap la aku nak bagi, walaupun bayi tue pelajaran xseberapa... xpandai... berkasar bahasa ngan aku....

Kalau dia besar nanti jadi orang yang berguna... Alhamdullilah...
Kalau dia besar xjadi "orang".... Itu pun anak aku...
Asalkan hati aku memang ikhlas nak menjaga dia.....

Tapi itu kata-kata dari aku... Kemudian hari aku tak tahu...
Cuma aku harap jangan la buang bayi....

Tergamak korang buang anak korang....?

p/s: Sori... aku emosional sikit...