Wednesday, May 5, 2010

Manusia berhati kejam

Masa aku dok check aku punya email, aku dapat email mengenai pembuangan bayi. Berita nie dah lepas... 31 Mac hari tue. Tak dapat berkata apa2, hanya boleh gambarkan masih ada manusia yang kejam membuang bayi sebegitu rupa.


"Beijing-Dua pekerja rumah mayat ditahan selepas 21 mayat bayi ditemui di sebatang sungai di timur China, semalam.
Agensi Berita Xinhua memetik seorang jurucakap kerajaan di bandar Jining lewat malam semalam sebagai berkata, Zhu Zhenyu dan Wang Zhijun menerima wang daripada keluarga bayi-bayi malang itu sebagai upah menghapuskan mayat-mayat berkenaan, tetapi kedua-dua mereka hanya membuangnya di Sungai Guangfu.
Tanda pengenalan hospital yang terdapat pada lapan bayi membantu pihak berkuasa mengesan Zhenyu dan Zhijun Hospital Gabungan Universiti Perubatan Jining.
Xinhua melaporkan, tiga lagi pegawai atasan hospital itu telah dipecat atau digantung perkhidmatan. - AP"



Buang dalam beg plastik jer....!!!!


Kata lah aku yang kena angkut mayat2 bayi nie keluar dari sungai tue.... Comfirm aku tak leh tido!!! Terewang2... terkenang2... bayi menangis.

4 comments:

Kancilbiru said...

adoi la.....

maslinamansor said...

nizaa,
kenapa...?

Anje a.k.a Mama_Aqish said...

ya Allah kesiannyer bayi yang tak berdosa tu...ape la nak jadi zaman sekarang ni...sedangkan binatang oun sayangkan anak kan

maslinamansor said...

anje,
betul tue, sedih kan...