Wednesday, May 5, 2010

The First Cry....

Pada 21 Mei 2009, lahirlah seorang putera sulung Muhammad Danish bin Johari.

Pertama kali aku mendengar suara Danish, aku menjadi sayu. Inilah anugerah Allah swt kepada aku. Tapi pada waktu itu aku hanya mampu mengucup dahi Danish sahaja. Untuk makluman, aku melahirkan Danish secara pemedahan setelah menghadapi beberapa komplikasi.

Apabila selesai menjalani pemedahan, aku kira kan yang aku akan dapat memeluk cium Danish. Namun aku menghadapi kekurangan oksigen didalam darah. Doktor-doktor tidak membenarkan aku memegang mahupun menjeguk anak aku sendiri. Sedihnya bukan kepalang.

Selama 3hari aku ditahan didalam bilik rawatan tanpa boleh sesiapa pun melawat aku kecuali hubby. Pada ketika itu, air susu aku melimpah-limpah keluar. Aku menangis sendirian kerana mengenangkan Danish terpaksa meminum susu 'tiruan'.

Apabila masuk hari keempat, aku merayu-rayu kepada doktor supaya aku boleh melihat Danish. Jawapannya, " nanti kami akan bawa puan ke wad bayi"...
Aku pernah melihat Danish tetapi hanya melalui gambar yang diambil oleh hubby.

Pada 25hb Mei 2009, pukul 1 pagi, Danish telah dibawa kepada aku. Hanya Allah swt sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ini. Masa itu barulah aku dapat melihat, memeluk dan mendengar suara 'merdu' Danish. Pada aku suara Danish menjadi 'kegilaan' kepada aku...

Selamat Datang ke dunia ini wahai puteraku ... Muhammad Danish.



Ini adalah luahan dari hati ibu yang amat menyintai anaknya. Bagi ibu- ibu yang membuang bayi mereka, alangkah seronoknya jikalau kamu juga seperti kami yang menyintai bayi mereka....


Sesiapa yang hendak share and join, klik di banner yer... :)





Penaja

5 comments:

Anje a.k.a Mama_Aqish said...

cayok2 rajin join contest ada rezeki leh menang k

maslinamansor said...

anje,
thanks...

zulkbo said...

salam..
tahniah lah anak pun dah besar erk?
moga anak2 bila besar tahu kasih sayang ibu mereka selama ni melahirkan dalam susah payah...

maslinamansor said...

waakumsalam zul,
tue la, danish pun nak masuk setahun dah. Tapi masih lagi teringat masa kelahiran Danish...

Sharinginfoz said...

memang anak ni anugerah yang besar kita dapat kan..... memang seronok tak terkata.... tapi ianya datang dengan tanggungjawap yang besar juga kan.......

Pandangan Mengenai GST