Walaupun letih tapi aku gembira bila kenduri sudah selesai dengan selamatnya. Nak tengok gambar...? Nanti2 la aku uploadkan. Kena pastikan gambar2 yang sepatut nya sahaja yang ada, kang ada gambar buruk aku terlepas... banyak aku rasa gambar aku yang tak lawa... Eh! korang nak tengok gambar abang aku kawin kan...? Bakpe lak aku nak tayang gambar aku...? Apa pun nanti akan aku uploadkan, korang tunggu jer.
Rentetan sepanjang sebelum... semasa... selepas kenduri.
- Dari hari Khamis 28hb, Jusco dah menjadi rumah kedua aku. Sebabnya aku kena p cari baju kurung biru turqoise kat mak.
- Hari Jumaat pun ngadap Jusco, nak cari buah untuk hantaran.
- Hari sabtu, kenduri kat rumah kak ipar kat Selama. Petang tue aku p lagi Jusco, nak cari buah epal untuk kenduri. Selapas itu aku p pulak cari karpet dan tudung. Semua nya berbelanja menggunakan 'swap'.... (aku pandai tiru sign mak...)
- Masa dirumah kak ipar, adik aku no 3 kena 'paksa rela' dengan abang untuk jadi pengapit. Nasib baik hubby terlepas, kalau tak... hubby yang kena jadi pengapit...
- Pada hari ahad, kenduri kat rumah aku. Aku sibuk mengalahkan mak abah... Buktinya, kaki aku melecet...
- Hubby menjadi 'pembantu peribadi' abang. Nie pun paksa rela... Dah la kena jadi driver...
- Selepas kenduri kat rumah aku, aku keletihan lagi... sebabnya aku membuatkan toilet tersumbat.... Aku p buang sisa makanan dalam toilet. Setengah hari aku dok settle pasal sumbat nie jer. Aku takut mak marah... Tapi last skali pun, memang mak yang tolong settlekan.... hehehehe...
- Kami 9 orang pergi makan kat luar dan tengok wayang cerita "Iron Man 2". Abang belanja...Ini adalah pertama kali Danish masuk panggung. Senyap jer selama dua jam. Khusyuk.... Kami tengok kat Jusco
- Semalam abang dan kak ipar pergi ke Genting Highland, honeymoon. 3 hari 2 malam = RM 258. Murah kan...?
p/s: penat yang berbaloi... :)
8 comments:
baguslah semuanya dah selesai, mesti penat kan...
sharinginfoz,
penat yang berbaloi... :)
take ur time.
has,
thank u..
salam..
wah... mesti meriah
orang penang kenduri nor?
waakumsalam zul,
meriah la juga.
aku dah buang sawang kat blog ni...hehe
nizaa,
patut la kau nampak bersih jer... :)
Post a Comment