Monday, April 19, 2010

40 hari, cukup ker?

Selamat bersiaran kembali... Nama pun balik kampung. Masa itu seboleh-bolehnya nak peruntukan dengan hubby dan Dansih sahaja. Walaupun P1W1MAX dok memberi isyarat bar yang terlampau lah menarik... namun menutup hati aku nak tulis apa-apa entry untuk sabtu dan ahad.

Pagi tadi aku baru balik dari Penang, pukul 5.30 aku sampai. Terus aku balik rumah, nak rehat-rehatkan diri sebelum pergi kerja. Siap mandi, pakai segala-galanya, aku ngadap depan TV.

Info yang aku nak kongsi bersama adalah "kita tak boleh buang perangai buruk tapi boleh ubah ke arah baik"...
Faham tak...?

Ada seorang penonton bertanya kepada Dato' Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah bagaimana nak membuang perangai buruk...?
Terfikir sejenak DR....
Kemudian DR pun jawab, kita tak akan boleh buang perangai tapi kita boleh ubah.

Rasanya macam nie kot... (yang aku faham la)
Si abu seorang yang malas. Dia cuba membuang perangai malasnya itu tetapi tidak boleh. Hanya dengan selalu membuat kerja sahaja yang boleh mengubah abu menjadi rajin... ditambah dengan displin yang kuat.
Malahan, untuk betul-betul menjadi... kita harus berusaha selama 40 hari...(yang 40 hari nie DR yang cakap)

Aku rasa DR pernah membuat kajian sebelum menentukan 40 hari tue.

Jadi aku nak beritahu korang yang aku nak cuba pasal 40 hari tue...
Nak diet makan tengahari.... Nasi pun nak kurangkan sikit...(oppsss, pagi tai aku breakfast makan nasi lemak yang amat berlemak...)

Semoga aku berjaya... :)

7 comments:

Kancilbiru said...

aku pun nak kurusssssss....hahaha. ikut plan norjuma, 14 hari makan protein, then hari ke 14 baru makan nasi...pastu ulang balik.sanggup kah...?

maslinamansor said...

nizaa,
aku macam tak sanggup jer... :)

zulkbo said...

salam..
tahniah makan nai lemak pepagi ni
menghargai masakan orang melayu
he he..(melawak ja norrrh!!>>)

maslinamansor said...

waakumsalam,
eden dah lapor balik nie... :)

piewahid said...

slm mas,
waaa..sronok balik kg!
mmg lah, berikan 100% masa utk cik abg & danish.

40 hari konpem xcukup. mesti bterusan & ada disiplin diri.
bln ramadhan lepas saya pastikan cukup solat jemaah 40 hari. lepas ramadhan, mula2 ok, 2,3 bulan pastu... berlubang2!

gitu jugak nak kurus bdn, bulan puase tu ok...je. abis je puase 6, haaa, siap ko!

maslinamansor said...

waakumsalam.
sebab tue nak try gak 40 hari tue... :)

abigemok said...

40 hari je? tak cukup kot nak ubah tabiat tu. mau smpai setahun kot baru ok. :D