Kegemaran aku sejak dari bangku sekolah ialah membaca komik Penyiasat Remaja. Baru-baru ini aku telah membaca sebuah artikel di internet mengenai Gadis yang bernama Junko Furuta.
Siapakah Junko Furuta? Beliau adalah seorang gadis jepun yang telah didera secara fizikal dan mental oleh 4 orang budak lelaki dengan kejam. Junko juga telah diseksa secara seksual oleh mereka. Dia telah dikurung selama 44 hari rumah salah seorang daripada 4 orang budak lelaki tersebut.
Cara deraan nya aku tak perlu sebutkan kerana cara deraan adalah terlalu kejam. Malahan tidak mampu diterima dek akal aku sendiri. Aku juga berfikiran hairan kenapa mereka berempat bertindak sedemikian. Maka jikalau korang still nak tahu secara lanjut bagaimana Junko didera, pergi lah google sendiri. Pastu bagitahu aku apa perasaan korang...
Kali nie aku nak cerita pasal persamaan Kes Junko dengan Buku Komik Penyisat Remaja Hajime Kindaichi :KES PEMBUNUHAN INSPEKTOR POLIS KENMOCHI.
Secara kasarnya mungkin nampak tidak sama tetapi apabila diteliti... hampir sama...
Dalam komik tersebut diubah sedikit jalan cerita nya.
Junko Furuta: Didera selama 44 hari
Komik : Selama hampir sebulan didera
Junko Furuta: Didera oleh 4 orang
Komik: Didera oleh 3 orang
Junko Furuta: Mereka dihukum selama 8 tahun
Komik: Hanya dihukum 3 tahun
Junko Furuta : 16 tahun
Komik : 17 tahun
Pada akhirnya Junko Furuta dan Marina Togami (
watak dalam komik) telah meninggal.
Persamaan ini pada mulanya hanya kebetulan sahaja. Aku telah membaca komik PR dahulu sebelum aku menjumpai kes Junko Furuta. Adakah komik itu berdasarkan kes Junko, aku sendiri tidak pasti.
Tetapi Kes dalam buku komik bukanlah mengenai Marina Togami sebenarnya. Ia mengisahkan tetang Pegawai polis Kenmochi. Namun begitu titik permulaan ceritanya adalah dari Kes pembunuhan Marina Togami.
Warning: Sesiapa yang hendak membaca kisah Junko Furuta. Risikonya korang tanggung sendiri.
Kalau korang baca komik... ok sikit... :)
P/S : Ada Facebook mengenai
Junko Furuta.