Ada sedikit disampaikan mengenai falsafah pemakanan Islam. Diantaranya adalah:
Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang
Pastikan apa yang kita makan adalah 1/3 air... 1/3 makanan... 1/3 nafas. Jarang antara kita ini dapat berhenti sebelum kenyang tapi kalau lapar terus makan ada la. Termasuklah diri aku yang dok menaip entry ini. Membaca Bismillah...
Ada yang tak baca ker...? Sendiri mau ingat yer...Menghormati orang lain.
Apa yang perlu kita hormati? Contohnya apabila berbuka di Masjid, ingat-ingat lah orang belakang... Ambil makanan pun biarlah berpada. Jangan sampai penuh pinggan awak tue...Tidak membazir...
Jangan membeli mengikut nafsu semata...Bermula makan dari sebelah tepi pinggan.
Contohnya, apabila makan nasi. Pastikan dari tepi bukan dari tengah atau pun dari bahagian atas. Makhruh...Makan hendaklah bermula dan berakhir dengan garam.
Sebelum makan, ambil sedikit garam (secubit kecil pun jadilah) dan makan. Begitu juga apabila selesai makan...Kenapa harus makan garam...?
*Amalan ini menjadi penawar dan penyembuh bagi 70 jenis penyakit... ( Jangan ditanya aku apakah 70 penyakit itu)Ada extra tips iaitu, jangan bercampur makanan darat ( ayam, daging)dan air (makanan laut) dalam suatu suapan...
****************************************************
Rupanya banyak yang kita semua perlu mendalami dalam soal pemakanan. Dalam mencari makanan yang seimbang dan sihat, kita juga harus mengetahui makanan itu halal atau haram.
Dengan kata lain, walaupun makanan itu berkhasiat tapi ia tidak halal (cara penyembelihannya diragui ) maka nya tidak juga sihat untuk badan kita...
7 comments:
btol la..bila perut dh pnuh ngn air+mknana, nk bernafas pon susah..pe tah lagi nk sujud time trawih..seksa wooo:-)
harus dipatuhi ketika makan ni..
Salam bertandang lagi..
moga sihat selalu anda
di sini..besok jangan lupa
sahur..ada keberkatan di
dalamnya..
Makan garam?
nanti kena kencing masin karang. Hehehehe....
Terima kasih ya kerana berkongsi ilmu.
1st mak tahu yg kena mkn garam sblm dan slps mkn..rupanya bnyk lg benda & ilmu yg kita kena blajor kan?
maslinamansor: yg mkn bermula & berakhir dgn garam tu yg firsttime dgr tu.....bagus jg info ni
oh till now weols berbuka ngan tepung pelita + air sajork...
kenyang sudah!! hehe
Post a Comment