Showing posts with label ceramah. Show all posts
Showing posts with label ceramah. Show all posts

Tuesday, August 24, 2010

Falsafah pemakanan Islam

Hari nie ada ceramah Agama sikit mengenai HALAL dan HARAM.
Ada sedikit disampaikan mengenai falsafah pemakanan Islam. Diantaranya adalah:

Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang
Pastikan apa yang kita makan adalah 1/3 air... 1/3 makanan... 1/3 nafas. Jarang antara kita ini dapat berhenti sebelum kenyang tapi kalau lapar terus makan ada la. Termasuklah diri aku yang dok menaip entry ini.

Membaca Bismillah...
Ada yang tak baca ker...? Sendiri mau ingat yer...

Menghormati orang lain.
Apa yang perlu kita hormati? Contohnya apabila berbuka di Masjid, ingat-ingat lah orang belakang... Ambil makanan pun biarlah berpada. Jangan sampai penuh pinggan awak tue...

Tidak membazir...
Jangan membeli mengikut nafsu semata...

Bermula makan dari sebelah tepi pinggan. 
Contohnya, apabila makan nasi. Pastikan dari tepi bukan dari tengah atau pun dari bahagian atas. Makhruh...

Makan hendaklah bermula dan berakhir dengan garam.
Sebelum makan, ambil sedikit garam (secubit kecil pun jadilah) dan makan. Begitu juga apabila selesai makan...
Kenapa harus makan garam...?
*Amalan ini menjadi penawar dan penyembuh bagi 70 jenis penyakit... ( Jangan ditanya aku apakah 70 penyakit itu)

Ada extra tips iaitu, jangan bercampur makanan darat ( ayam, daging)dan air (makanan laut) dalam suatu suapan...

****************************************************

Rupanya banyak yang kita semua perlu mendalami dalam soal pemakanan. Dalam mencari makanan yang seimbang dan sihat, kita juga harus mengetahui makanan itu halal atau haram.

Dengan kata lain, walaupun makanan itu berkhasiat tapi ia tidak halal (cara penyembelihannya diragui ) maka nya tidak juga sihat untuk badan kita...

Friday, July 30, 2010

Bagaimana mendapatkan hati yang mulia...

Mengikut Imam Al-Ghazali untuk mendapatkan hati yang mulia kita semua mesti melepasi dua pencapaian.

1. Kalau kita boleh berbuat baik kepada orang yang buat jahat pada kita.

Contohnya:
Bila suami/isteri korang buat baik, (memuji, bagi hadiah, ikut kemahuan) korang mesti balas baik kat depa. Dan-dan tue la senyum, picit-picit badan, buat air (tanpa disuruh pun... fresh oren lak tue). Tapi cuba kalau suami/isteri korang sakitkan hati korang especially time-time cuti raya nie ( nak balik kampung sapa). Muncung mulut korang boleh buat sangkut baju... Muka tak dak manis langsung, dalam hati penuh dengan sumpah seranah....

Contoh yang aku kasi nie bukan la jahat mana pun tapi dalam kategori menyakitkan hati korang jer. Kiranya jahat juga la...

Jadi korang boleh ker bila gaduh-gaduh dengan suami/isteri tapi still boleh maintain muka manis korang tue.... (kena ikhlas tau). Kalau adapun 1:1juta la kot.... Yer tak?


2. Kalau kita boleh mendoakan orang yang kita dengki. (baca lagi sekali... orang yang kita dengki...)

Contohnya:
Kita asyik dok compare si Dia ini, semua cukup pakejnya. Cantik, kaya, lemah lembut, berbudi bahasa, bos sayang dalam ertikata lain... ramai orang suka kat Dia.
Korang/aku yang tak puas hati dengan rezeki yang dia dapat tue, boleh ke doakan dia lagi murah rezeki, hidup aman damai... Tah-tah lagi doakan kejatuhan Dia ada la...

Mengikut Imam Al-Ghazali, jikalau kita mendoakan kebahagian  kepada orang yang kita dengki, InsyaAllah lama kelamaan hati kita boleh jadi lembut (tak dengki dah kat Dia). Malahan jikalau doa kita dimakbulkan (dengan hati yang ikhlas) Allah swt akan memurahkan rezeki yang berlipat kali ganda daripada orang yang kita doakan...


Ehem... Ehem... Korang boleh ker?
Aku dua dua pencapaian nie tak leh sampai lagi tambah-tanbah lagi yang nombor satu. Kalau orang yang berbuat jahat pada kita tue... Memang akan aku maafkan tapi take time gak. Muka masa tue, tak payah bagitau la, sekilas pandang pun kalau boleh tak mau pandang... hehehe

Macam semalam, aku juga masih mencari-cari jalan untuk memperbaiki diri...
Masih belum sempurna...

Thursday, July 29, 2010

Hati ada 4 kelas....

Ceramah tadi di ofis kau aku

Hati kelas A

Bila dia bercakap, yang keluar dari lidahnya adalah kata-kata yang bermanafaat, bervisi, bermisi dan mempunyai matlamat.


Hati kelas B

Apabila bercakap yang keluar dari lidahnya adalah tentang berita atau cerita. Cerita dan beritanya tiada tokok tambah. Suka menyampai tapi menyampai benda yang benar...


Hati kelas C

Asal buka jer mulut, yang keluar dari hanyalah kata-kata yang meng'kondem' orang...
Tak payah contoh kot sebab perkataan kondem tue pun korang tahu apa maknanya...


Hati kelas D

Apabila bercakap, yang keluar dari lidahnya hanyalah tentang dirinya sendiri. Bercakap kebaikan dirinya...
Contohnya:
"Kalau hang tak kawin dengan aku dulu, mesti hang dah merempat"

Korang yang mana satu...?
Aku.... Errrr... Belum cukup sempurna. Tapi akan suatu hari aku akan mencapai Hati kelas A....