Tuesday, July 6, 2010

Pengalaman Nizam bekerja....

Masa aku balik Penang baru-baru nie, aku pelik la kenapa Nizam potong rambut.
Rupa-rupanya Nizam masuk keja kat Pizza Hut.

Tapi yang peliknya, aku tak nampak dia pi keja. Sampai la mak bagitau dia berhenti. Pegi keja sehari jer.
Hampeh... sehari jer. Tak larat sangat ke aku tanya Nizam. Nizam senyap je... Mak lak senyum jer. Mak macam tak marah pun Nizam berhenti macam tue...

Tak puas hati macam ada sesuatu tak kena. Aku tanya kat mak kenapa. Mak pun cerita la. Nizam memang tak mau cerita kat aku.

Pada hari pertama last keja nizam bagi jatuh roti tapi dalam dulang tue jugak. Pelanggan untuk roti tue nampak... Nizam kalau boleh tak mahu la angkat pakai tangan takut pelangan kata tangan dia kotor ke apa...

"Eh.... tak pa... takpa... I angkat. I tahu you talak sengaja. It' ok...." Pelanggan nie adalah cina.
Masa datang nak ambil pinggan kotor untuk menghidangkan makanan lain, pelanggan cina tue kata lagi kat dia..

" You jangan rasa apa-apa. Lama-lama you biasa nanti.." lembut jer pelanggan cina tue jawab kata Nizam...( masa nie nizam mau buka mulut nak cerita)

Kemudian datang pula pelanggan lain. Nizam pergi la nak melayan dan nak tunjuk tempat... Sekali tue... depa buat tak tau lak kat dia. Siap muka sombong lagi... Dan kali ini adalah pelanggan Melayu...

Oleh kerana pelanggan melayu tue sombong, terus esok Nizam tak mahu pergi kerja. Nizam tak boleh terima kenyataan yang memang ada orang macam tue... tambah-tambah lagi orang yang sebangsa dengan nya.

Sebab tak leh terima orang macam tue Nizam berhenti....? Bagi aku dia tak pernah lagi terima pelanggan yang suka maki, herdik dan berbagai-bagai ragam lagi. Kalau dia berdepan dengan orang-orang macam nie, time tue gak aku rasa dia berhenti...

Sebelum ini, Nizam pernah juga bekerja. Hampir 6 bulan juga di sebuah kilang makanan. Nizam berhenti pun hanya sebab sambung belajar bukan masalah dengan rakan sekerja. Jadi apabila pertama kali dia terpaksa berhadapan dengan karenah pelanggan, dia dah tak suka...

Nizam.... tetiba kak rasa nizam jangan berangan nak keja kalau tak leh nak terima orang-orang macam tue kat dunia nie yer... tak mungkin tak dak...

8 comments:

Kancilbiru said...

yeah, ikut pengalaman aku bekerja dengan orang, bangsa lain adalah lagi berhemah sebab depa menumpang kt malaysia ni. so depa blajaq hidup susah...melayu ni mudah lupa, tu jadinya..

piewahid said...

ya, betul tu adik, hehehe...
kena belajar bsikap realistic. sy pun asalnya tlalu idealistic. akibatnya memakan diri. mcm2 karenah org dlm dunia ni

zulkbo said...

salam..
boleh makan free pizza
la selalu yek?he he

maslinamansor said...

nizaa,
betul2...

piewahid,
terasa diriku muda...
mas setuju pendapat pie

Sharinginfoz said...

memang betul

FTN said...

setuju, kita ni kena rasional. takkan sebab itu saja tak nak kerja. ada yang kena lebih teruk daripada itu. Kena marah, kena maki tu perkara biasa dalam alam pekerjaan..
kena pandai bawa diri..

penjejak maya said...

salam,

kalau bekerja menghadap customer ni falsafahnya customer is always right..

suri said...

salam sahabat..
wah kak byk free ke? ngheee..suri ni pun curi2 masa jer nie..

klu tak tahan dgn pelanggan baik tak usah kje trus.sb bab oelanggan nie org yang mau handle dia kena berhati sabar sllu..bijak dlm tangani kdaan dan kwaln masa tu..

tak leh panas baran nnti kompom planggan lari huaaa..

customer is betul hehee