Rupa-rupanya Nizam masuk keja kat Pizza Hut.
Tapi yang peliknya, aku tak nampak dia pi keja. Sampai la mak bagitau dia berhenti. Pegi keja sehari jer.
Hampeh... sehari jer. Tak larat sangat ke aku tanya Nizam. Nizam senyap je... Mak lak senyum jer. Mak macam tak marah pun Nizam berhenti macam tue...
Tak puas hati macam ada sesuatu tak kena. Aku tanya kat mak kenapa. Mak pun cerita la. Nizam memang tak mau cerita kat aku.
Pada hari pertama
"Eh.... tak pa... takpa... I angkat. I tahu you talak sengaja. It' ok...." Pelanggan nie adalah cina.
Masa datang nak ambil pinggan kotor untuk menghidangkan makanan lain, pelanggan cina tue kata lagi kat dia..
" You jangan rasa apa-apa. Lama-lama you biasa nanti.." lembut jer pelanggan cina tue jawab kata Nizam...( masa nie nizam mau buka mulut nak cerita)
Kemudian datang pula pelanggan lain. Nizam pergi la nak melayan dan nak tunjuk tempat... Sekali tue... depa buat tak tau lak kat dia. Siap muka sombong lagi... Dan kali ini adalah pelanggan Melayu...
Oleh kerana pelanggan melayu tue sombong, terus esok Nizam tak mahu pergi kerja. Nizam tak boleh terima kenyataan yang memang ada orang macam tue... tambah-tambah lagi orang yang sebangsa dengan nya.
Sebab tak leh terima orang macam tue Nizam berhenti....? Bagi aku dia tak pernah lagi terima pelanggan yang suka maki, herdik dan berbagai-bagai ragam lagi. Kalau dia berdepan dengan orang-orang macam nie, time tue gak aku rasa dia berhenti...
Sebelum ini, Nizam pernah juga bekerja. Hampir 6 bulan juga di sebuah kilang makanan. Nizam berhenti pun hanya sebab sambung belajar bukan masalah dengan rakan sekerja. Jadi apabila pertama kali dia terpaksa berhadapan dengan karenah pelanggan, dia dah tak suka...
Nizam.... tetiba kak rasa nizam jangan berangan nak keja kalau tak leh nak terima orang-orang macam tue kat dunia nie yer... tak mungkin tak dak...
