Thursday, April 15, 2010

Tugas mereka juga bukan nya mudah...

Dulu pernah keluar isu kat sekolah aku (sekolah menengah) pasal ada seorang pelajar tidak boleh membaca.

Pihak PIBG sekolah menengah cuba menyalahkan sekolah rendah tapi ada sesuatu yang menghairankan. Bagaimana pelajar tersebut boleh lepas UPSR dan boleh diterima masuk sekolah menengah...? Maaf, sampai sekarang aku tak tahu bagaimana...

Sedia maklum, mak adalah seorang cikgu. Daripada mengajar sekolah menengah berpindah ke sekolah rendah. Disebabkan faktor umur mak masa tue pun dah senjakala, mak diminta untuk mengajar budak2 pemulihan. Antara mereka, berbeza umur. Ada yang darjah 3, darjah 4 dan darjah 5...

Pada mulanya, susah juga mak nak suaikan diri. Mana tak nya, dari mengajar budak2 remaja beralih kepada budak bawah 12 tahun... terlampau banyak jurang cara mengajar... Skop pengajaran adalah jauh berbeza...

Tapi mak terlampau excited, mak membeli buku2 bacaan kepada budak2 tersebut. Dengan harapan mereka akan pandai.... Tapi apabila setelah hampir 6 bulan, mereka masih lagi tidak boleh membaca.

Diajar satu huruf, selang 1 jam... kalau tanya balik nie huruf apa, comfirm tak ingat...
Bukan budak2 tue tak usaha, tetapi bagi mereka terlalu payah untuk mengenal huruf2 tersebut.

Namun, dengan berkat usaha, mereka mampu mengeja walaupun kadang2 tergagap...
Banyak usaha mak untuk bagi mereka mengingati huruf...mewarna huruf...membuat kolaj huruf....membeli buku (duit sendiri, xde claim2)....berbincang dengan ibubapa (ada sesetengah tidak mahu berkerjasama membimbing anak2 mereka)......dan yang lebih penting adalah kesabaran. Mungkin kerana faktor umur, mak menjadi seorang yang sangat penyabar.

Jadi, jangan terlalu cepat menunding jari kepada cikgu/guru sekiranya anak2 tidak mampu membaca, mengeja...
Nampak mudah tapi bukan nya senang....

3 comments:

Kancilbiru said...

tak semua budak2 pandai...kekadang ada jugak budak2 yang lemah pelajaran tapi bijak dalam kemahiran...masa yg akan menentukan. mujur la ada mak hang...

piewahid said...

salam,
tahniah kerana memahami mereka (para guru). mungkin kerana mempunyai ibu seorang bekas guru(dh pencen, kan?), mas lebih memahami pengorbanan mereka.

Sharinginfoz said...

memang betul bukan mudah kan.. apa-apa pun yang penting kita dah cuba sedaya upaya