Tuesday, January 26, 2010

Bila nafsu mengatasi kewarasan....

Ada baca berita tentang seorang gadis yang ingin kawin ngan si 'ALEX' x...?

LONDON: Seorang gadis cantik menimbul kekecohan di Internet apabila mengumumkan ingin mengahwini komputer ribanya.

Hermione Way, 24, dari London membuat kenyataan jatuh cinta dengan komputer ribanya, MacBook Pro 17 inci di YouTube, Alex.

Rakaman video itu dilihat seluruh dunia dan hingga kini 30,000 menonton video itu sejak seminggu lalu.

Hermione mengaku idea itu mungkin pelik tapi menegaskan, warga Britain perlu membenarkan perkahwinan dengan teknologi canggih jika mereka yang terbabit serius, sama dengan perkahwinan sejenis yang kini diiktiraf pihak berkuasa.

Rakaman pendek itu turut mendakwa Hermione dan ‘pasangannya’ berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan mereka 31 Januari dan tidak pernah berpisah sejak dua tahun lalu.

Ibu Hermione, Jane turut muncul di dalam video itu dan merestui hasrat anaknya itu.

“Kami tahu Hermione pasti gembira,” katanya.

Hermione memilih Alex kerana ia tidak hirau bagaimana rupanya.

“Kami habiskan setiap detik bersama. Yang pasti kami gembira bersama,” katanya. - Agensi
pic from here

Xfaham... n aku xkan penah faham pasal perasaan gadis nie...
Nak kata xcantik... dia dalam ketegori mempunyai paras rupa yang menarik gak...

Dunia dh terbalik kuang gamaknya....

6 comments:

Unknown said...

nak tengok gamba dia...hehe :)

maslinamansor said...

ok... dh upload

Sharinginfoz said...

macam2 kan manusia ni....

Buffered or Metered Earnings????

Avatar VS Titanic

Unknown said...

dia tolak cinta ku kerana sebuah komputer riba.

CuTeMiUt78 said...

eemmm ada gak baca... tu la kan.. apa kes la minah ni..

maslinamansor said...

sharinginfoz: xtau la lepas nie cinta ngan 'ape' lak... :)

touyakaruma: rugi la dia xpilih engkau yea... :)

cutemiut78: nak popular kot... :)