Showing posts with label pelik2. Show all posts
Showing posts with label pelik2. Show all posts

Monday, March 29, 2010

I know what you did last raya

Pagi tadi aku pergi Excutive Talk dan tajuknya "I Know what you last raya"

Aku terkesima melihat wajah2 sang Hackers terkenal....
Biar aku perkenalkan....
Beliau bernama Kevin Mitnick yang digelar sebagai "legendary hacker"



Pic from here and here
Kiranya bapak segala hackers la....

Takda la tetiba aku nak megah2kan dia... tapi aku boleh hack komputer orang macam dia.... aku rasa macam aku memang seorang yang terror yang amat sangat dah...

Sori... terlari tajuk sebenarnya... ini adalah pembuka kata.... :)
Ini yang nak story sebenarnya....

Ada seorang remaja perempuan bernama stephany.... dia beria2 nak masukkan gambar-gambar dia masa dalam parti kedalam satu laman "social networking...."

Semasa dia tengah upload gambarnya... tetiba terdengar ada benda jatuh diatas loteng rumahnya.... Jadi stephany pun pergi melihat kat loteng tue.... Dia terjumpa album gambar2 neneknya.... Lalu dibuka satu persatu....

"Cantik gambar nenek masa dulu..."
Tetapi makin lama... makin stephany terasa jelik....
Gambar2 menunjukan neneknya sedang minum arak... lalu terlentang... seperti orang mabuk (memang mabuk pun...)... bagi stephany, dia rasakan neneknya seperti tidak tahu malu kerana tidak menjaga perilakunya.... Sudah la buruk perangainya, masih lagi boleh disimpan gambar2 sedemikian.... Tiba2... stephany berlari ke komputernya....

Barulah dia perasan... gambar2 neneknya sama dengan gambar semasa dia berparti....
Dia merasa malu..... "Mungkin sebab itu, nenek simpan album ini ditempat tersembunyi..."
Lalu dia mematikan niatnya untuk dimasukkan dalam laman tersebut.....

Rasa2 korang faham tak cerita nie...?
Ok... macam nie....
Pada dunia sekarang, laman seperti myspace, friendster, twitter, facebook etc... menjadi rakan sosial kita... "social networking".
Ada sesetengah orang yang berani menunjukkan gambar diri sendiri dengan keadaan gairah... tidak senonoh... minum arak..konon nya nampak mereka seperti "sporting".....

Namun pada 20 tahun akan datang... apabila dia sudah tua, dia mungkin menegur anak2 nya supaya tidak berlakuan liar.... tetapi cuba kalau anak2 nya terjumpa gambar2 yang telah diexposekan didalam internet.... zaman sekarang senang nak cari..... zaman akan datang... lagi senang nak dapat.... masa itu dia kan malu...

Begitu lah kisahnya kalau kita terlalu berkongsi benda2 yang terlalu lah peribadi kepada "alam maya" ini....

Aku tak kata kita tak boleh kongsi gambar2.... cuma takut kemudian hari....
Aku rasa bagi yang setakat bergambar biasa2 nie... xpe....

Oh, lupa....
Bukan sahaja pasal gambar.... kata2 pun boleh mempengaruhi masa depan kita...
Seorang pekerja geram kepada bosnya... lalu di postkan kat Facebook.... dan tak lama selepas itu dia dipecat.... (dia terlupa yang bosnya juga adalah rakan dalam Facebook...)


p/s: sebab tue la tajuk entry nie "i know what you did last raya".... (jangan ingat aku tak tahu apa korang buat masa dulu.... aku google jer nama korang...)

p/s: kat google korang taip pipl, pastue korang isi nama korang....
segala pasal korang mungkin akan keluar... selamat mencuba

Friday, March 26, 2010

Berhati-hati dengan roomate....

Tengok berita tv3 tak tadi....?
Aku tengok.....

Berita luar negara kat China....
Lelaki tue bunuh roomate dia sendiri.....
Sebabnya..... tak tahan bunyi dengkuran member dia tue.... Kelakar la pulak aku dengar alasan cam tue....

Nampak nya dengan alasan remeh temeh macam tue pun boleh jadi motif perbunuhan....
Lelaki tue rasanya tak tahan sangat la tue.... Kenapa dia tak mau cari bilik lain yer....?

Aku tengok wajah lelaki tue masa mendengar hukuman makamah.... tenang jer....
Kalau disabit kesalahan.... eh!!! ke dh jatuh hukuman....?
Hukuman yang diterima adalah hukuman mati.....
Tenang jer kau dapat hukuman tue yer.....


Aku bila bercakap pasal roomate.... teringat kepada budak housemate aku dulu....
Aku jual kat dia mesin basuh, baru beli dalam 4bulan.... sebabnya aku nak balik cuti bersalin selama 4 bulan.... jadi aku jual la....
Budak tue kata dia takde duit lagi tapi mahu.... jadi aku kata la,
"Xpe.... nanti adik bayar sikit2 tiap2 bulan...."

Bulan pertama.... aku tak terima lagi duit....
Bulan kedua pun tak terima.....
Bulan ketiga... aku pun call...
"Ok2, kak.... nanti saya bank-in"

Agak2, dia bank-in tak....?
Jangan harap la.....!!!!

Bulan keempat aku kembali keja, aku call sekali lagi.... budak tue tak angkat!!!!!
Aku pun guna phone ofis... dia tak angkat gak....
Lepas beberapa minit.... bunyi phone ofis bunyi... aku angkat....

"Ini Cik Maslina ker...? Saya Shazawa.... kenapa Cik call saya tadi...?"
(mangkuk betul... ko tak tau nama aku!!!!)
"Nie wawa ker..? nie kak mas.... Nak tanye bila nak bayar akak punya mesin...?"
"Eh.... tak masuk ker lagi ker....? Xpe2... nanti wawa masuk kan....."

Rasa2 korang masuk tak......?
Jangan harap gak la.....!!!!

Aku malas nak kata apa dah...
Member aku suruh antar mesej kat dia... suruh tulis macam nie...

"Kalau rasa nak mesin tue secara halal.... bayar lah... kalau tak, haram la kau pakai...."

Tapi aku tak send pun....
Dalam hati nie aku pun tak tau nak halalkan ker tak....
Tengok2 la nanti....

Tuesday, February 2, 2010

Mitos atau Fakta...? (yg xkawin lagi xberapa digalakan... :)

Ada satu perbualan antara M... A.... S.... (nama dirahsiakan...)

M(seorang lelaki)

A dan S (seorang wanita)



M : Dh scan ker baby ape nanti...?

A : Dh.... doktor kata mungkin perempuan...

S : Ha...!!! yang engkau dok tanye orang... kau ble lak nak dapat try lagi....

M : Xmau dh.... kalau aku nak, aku kawin satu lagi.....

A : Kenapa lak...?

M : Dh semua anak perempuan.... kalau ngandung lagi mesti anak perempuan gak.... ( si M mempunyai 4 orang anak perempuan)

S : Macam mana hang tau yang kalau hang kawin lain dia leh lahir anak lelaki...? (nyaring jer bunyi nyer)

A : Tah....!!!! Bukan ker lelaki penentu jantina.... XY....

M : Try la dulu.... :)

A : Selalunya yang aku tau ...nak dapat anak lelaki.... Si perempuan cepat 'klimaks'....
Nie mesti kes bini hang 'lambat'.... hang 'cepat'..... (haaaa....)

M : Mana ada....!!!! (xnak ngaku)... Aku lamerrrrrrr.....

.............................................................................................................................................

Aku pn xtau betul ker tidak skill cam tue.... Perbualan diatas tue.... usia depa 37 ke atas....
Aku pn baru tau jer.... aku tukang dengaq cite jer.... ( betul!!!! aku xtipu)

Tuesday, January 26, 2010

Bila nafsu mengatasi kewarasan....

Ada baca berita tentang seorang gadis yang ingin kawin ngan si 'ALEX' x...?

LONDON: Seorang gadis cantik menimbul kekecohan di Internet apabila mengumumkan ingin mengahwini komputer ribanya.

Hermione Way, 24, dari London membuat kenyataan jatuh cinta dengan komputer ribanya, MacBook Pro 17 inci di YouTube, Alex.

Rakaman video itu dilihat seluruh dunia dan hingga kini 30,000 menonton video itu sejak seminggu lalu.

Hermione mengaku idea itu mungkin pelik tapi menegaskan, warga Britain perlu membenarkan perkahwinan dengan teknologi canggih jika mereka yang terbabit serius, sama dengan perkahwinan sejenis yang kini diiktiraf pihak berkuasa.

Rakaman pendek itu turut mendakwa Hermione dan ‘pasangannya’ berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan mereka 31 Januari dan tidak pernah berpisah sejak dua tahun lalu.

Ibu Hermione, Jane turut muncul di dalam video itu dan merestui hasrat anaknya itu.

“Kami tahu Hermione pasti gembira,” katanya.

Hermione memilih Alex kerana ia tidak hirau bagaimana rupanya.

“Kami habiskan setiap detik bersama. Yang pasti kami gembira bersama,” katanya. - Agensi
pic from here

Xfaham... n aku xkan penah faham pasal perasaan gadis nie...
Nak kata xcantik... dia dalam ketegori mempunyai paras rupa yang menarik gak...

Dunia dh terbalik kuang gamaknya....