Friday, January 7, 2011

The Blind Side

Dah lama aku dok ushar movie nie. Tapi tangan tak tergapai-gapai nak ambil. Beku lagi hati ini nak membelinya. Namun semalam/kemarin aku search kat internet pasal cerita The Blind Side (TBS). Trailer nya langsung tak menghampakan aku. Jadi tekad, nak singgah kat Speedy, The Mall nak cekau movie nie. 


Aku tengok sorang-sorang jer semalam. Member tak minat kot. Awal jer dah berkapok tidur
Best!!! Bagi pendapat aku, memang best. Kisah benar pasal pemain Rugbi, Micheal Oher "Big Mike" dikisahkan dengan begitu baik. 

Air mata aku bergenang juga tengok movie TBS. Bila tengok  "Big Mike" bawa beg plastik jer p sekolah... lagi la nak berderai air mata aku nie. 

Aku nak cerita pun, aku tak pandai sangat. Karang jadi lain lak kisahnya. 
Jadi, beli lah DVD original di kedai CD berhampiran atau tengok jer kat YOUTUBE. Ada  ceritanya... 





 *Eh, lupa nak bagitau. Semalam aku beli juga cerita Thailand. Cerita Hantu...... HANTU LA SANGAT...!!!! Menghabiskan aku punya duit jer...

7 comments:

cheqna said...

nape mas??
tak hantu ke???

Sharinginfoz said...

apa lagi jom tengok

zulkbo said...

salam..
tingginya
mamat tu..
ermmm.kejadian
Allah jua kan..?

ummu said...

assalamualaikum Mas
akak kalau tengok movie dengan hubby,
last2 akak tengok sorang2,
dia tertidur melainkan kalau movie kungfu cina,haa celiklah dia samai habis.:)
Bicara Hati Ibu

Boloque said...

citer nie mmg best..sya dh tengok..menarik dari awak-akhir

[-suziey-] said...

mcm best jek..suka sandra bullock

Zezebel said...

napa dengan cerita hantu thai tu?