Monday, January 3, 2011

Azam tahun 2011

Tahun 2011 semakin menghampiri. Kali ini aku nak listkan beberapa azam dan harapan untuk tahun 2011. Sambil buat azam baru, boleh juga aku join sekali contest yang Matjoe anjurkan. 2 in 1...


Ada banyak juga azam aku yang tahun nie(2010) tak dapat nak buat. Biasa la, mula-mula kuat... lepas tue jadi kendur azam aku tue. Akhirnya hanya jadi simpanan sahaja.


Tahun 2011 punya azam dan harapan adalah.....


















Rasanya korang pun tahu aku tinggal jauh dari family. Aku kadang-kadang macam nak jer berhenti kerja. Tapi dok tahan jer la dulu. Dah 3 kali aku minta tukar balik utara, tak dapat juga. Semoga tahun depan menjadi la pertukaran aku nanti.... Itu harapan... Maka azamnya adalah.... nak cari 'kabel-kabel' kuat supaya aku dapat tukar... hehehe...


 















Masalah aku yang satu nie semakin menjadi-jadi. Lepas 4 bulan aku kat rumah Penang selepas bersalin, berat naik. Salah aku gak yang tak control makan. Yang menjadi peliknya, kalau aku balik cuti kat Penang... berat aku boleh turun 1-2 kg.... penat kejar Danish kot. Jadi sebab yang ke-2 nie amatlah bersnagkut paut dengan sebab pertama. Bila aku dapat balik utara aka kampung... comfirm berat akau turun...
Azamnya.... turunkan berat badan supaya joe semakin tertawan dengan bininya... :)


Hakikatnya, kalau aku dapat tukar balik ke Utara.. kemungkinan kebanyakkan azam-azam aku akan tercapai.

  • Aku nak beli rumah, 
  • Aku nak belajar balik drive kereta (walaupun lesen aku ada),
  • Aku nak tukar kereta baru 
  • dan yang paling aku nak sangat adalah second baby (tapi aku perasan Danish tak mau adik lagi, takut kurang kasih sayang kat dia kot)


Jadi secara Muktamadnya... Azam aku kalau boleh nak tinggal sekatil dan sebumbung dengan dua orang nie. Kalu ia tercapai, azam yang lain-lain turut jua tercapai....



Contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50)  AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)'


PIC FROM HERE



*Joe yang dimaksudkan adalah suami aku... Bukan Matjoe... Karang tak pasal-pasal pulak....

    11 comments:

    Sharinginfoz said...

    selamat tahun baru

    erienz said...

    selamat menunaikan azam baru...

    zulkbo said...

    salam..
    semoga tercapai
    azam tahun baru anda..

    Matjoe said...

    hhmm, best la 2 azam yg berkait. rasanya nak kurus kene tgk 2 alam sambil minum jusmate5. ahaha

    anyway sincere thanks coz joining my contest

    IronHeart2204 said...

    berjauhan sememangnye dugaan

    Lagenda said...

    bagusnya berazam!!

    InaAchik said...

    semoga segala azam kamo tercapai...
    wish u da best...

    *rupanya kite sebaya... :)

    akubiomed said...

    Salam perkenalan dan selamat tahun baru.

    Tidak ada yang lebih baik kalau dapat bersama isteri dan anak kerana mereka ini sumber kekuatan dan inspirasi :-)

    JMR said...

    semoga azam2ni sume dpt tercapai dgn kdr segera..amin:-)

    Suziey Ahmad said...

    oooo PJJ jugak yek..sian..smga azam tercapai..

    good luck ok :)

    Zezebel said...

    Azam tahun baru? tak ada... azam2 lepas pun tak kesampaian lagi, hehe