Tuesday, October 12, 2010

Korang ada Insurans Nyawa tak?

Aku... non-ado.

Mak semalam call, suruh beli insurans nyawa gara-gara kes Kemalangan ahad lepas.

Korang mesti perasan yang aku sekarang nie pergi KL - Penang - KL hampir setiap minggu. Jadi risikonya ada juga kat situ. Sekarang nie Alhamdulillah, bas yang aku naik bukan lah pemandu bas yang drift. Biasa-siasa sahaja. Dan aku harap berkekalan.

Pada masa yang sama, pemandu bas lain mahupun pemandu kenderaan lain berhati-hati lah dijalan raya. Setiap manusia mempunyai nyawa yang sangat bernilai yang tidak boleh di tukar ganti.


Berbalik kepada Insurans Nyawa yang mak suruh aku ambil. Aku tak bincang lagi dengan hubby. Tapi aku rasa mungkin ini memang masanya. (Aku kan dah 27 tahun, sepatutnya macam dah ada dah)

So, korang dah ada belum? Kalau ada, bagus la. Kalau tak ada lagi, ada duit lebih... tak ada salahnya kalau ambil, kan. Aku sendiri pun baru tergedik-gedik nak cari. Start yang murah-murah dulu kemudian bila ada duit lebih baru nak up sikit.

*Semalam aku tidor lambat. Dok terpikir aku yang asyik travel KL - Penang -KL.

*Tetiba teringat kat Danish...

18 comments:

eima said...

hati² tau ...
amik la ...
insurans kemalangan sekali ....
ade ke ...

aku insurans kesihatan ade le ...
tu pun yg gomen ngan company laki aku je ...

topup lebihan yg panel tak cover....

zulkbo said...

salam..
molek lah beli yang ada hospitality
sekali..senang,zaman sekarang kos hospital tinggi..saya dah beli 20 tahun insurance ni..anak2 juga saya belikan..setidaknya kalau saya mati mereka ada sesuatu..

maslinamansor said...

eima: sekurangnya ada juga insurans. Eh, tak sama ke insuran kemalangan dgn nyawa?

maslinamansor said...

zul: bila teringat kat anak, tue sebab rasa nak kena ada juga insurans

Unknown said...

yup, kami pon ada. anak2 amek insurang yg more to tabung pendidikan..

elok jugak ambil, tu kira sbg persediaan utk segala kemungkinan. kalau umur tak panjang sebab kejadian berdarah mcm tu, at least itulah tabung utk kita tinggalkan kat waris nnt. tak la dorang bergantung sangat kt org lain kalau ada musibah melanda kita..kena pikir side positif

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

ada. ambik dgn GE ;)

Suziey Ahmad said...

amik insuran yg ade hospitality..yg penting cek samada mechanism dia lulus syariah ke x..klu xsilap xdibenarkan utk insurankan nyawa kita..sbb tu takaful xde premium utk insuran nyawa..anyway it just my 2 censt..bole cek n confirm pada yg pakar :)

AishaAminudin said...

amik insuran kesihatan, kalu ade mende jadi, tau gak mana nak korek duit tu, takat sbulan bayor 200 hinggit, nanti sakit sapo pulak nk bagi 20 ribu..kan..kann.. better cari yg sesuai dgn jiwa dan poket..

suri said...

utk anak mmg ada..utk sndri jer tak der lagi.. adeiii...

jom,,jom..mas amik etiqa ke apa hee???

Zezebel said...

Saya pun takde lagi ni..., insuran kemalangan jer ada. Hehehehehe....

azzey said...

mas: elok mas beli insurans utk PA (Personal Accident) cover....

p/s: tringat ms koje kat syarikat insurans dulu!

maslinamansor said...

suri: nie dok tengah tengok etiqa. Masih lagi mencari mana yg sesuai

Sharinginfoz said...

yang penting ambil takaful ya

Pak Lang Kiwi said...

sy agen Prudential BSN Takaful sepenuh masa.. boleh sms nama & lokasi ke 019-229 9647 utk penerangan lanjut

Unknown said...

better beli insurans...besar coverage..kalau tak pun amik PA...bayar sekali jer setahun...

p/s: sama2lah kita berdoa supaya dijauhi bencana..aminn

LiFe KaMi said...

kami nak ambil asik tak jadi2 lg.. Insyaallah tahun depan nak ambil..bg ekonomi family stabil dulu..:)

hana said...

insuran nyawa pos malaysia & rhb RM11 SETAHUN .. tunggu apa lg ?? masuk jgn tak masuk ..

Unknown said...

salam, bagus kak...
tak semua org sedar mcm mana pentingnya insuran pada kita. Ramai org kita ingat ins tu just buang duit je, diaorang x tau lagi sebenarnya ins tu simpanan n boleh dapat semula dengan return sekali. Kalau apa2 jadi kat pembayar pun ins akan FREE utk org yg di insuran kan tu. Dengan min RM100 boleh dapat coverage sampai RM1,000,000 pun ramai yg tak nak..

bukan tu je, gi klinik pun free...

Sapa2 yg nak tau lebih lanjut boleh call, whatsapp, wechat, emel, sms saya. saya buat free quoation sekali.

ahmad
013-2425430
camunsif@yahoo.com