Member serumah semalam bercerita pasal pengalaman bos dia semasa melanjutkan pelajaran (Master) di luar negara. Masa dia pergi, bahasa english nya tak lah berapa kuat. Tapi dah dapat offer malahan dapat pergi bersama-sama suaminya pergi melanjutkan pelajaran amatlah ditunggu-tunggunya.
Dia pun bercerita masa di luar negara, restoren McDonald's bukan hanya menjual daging ayam dan lembu sahaja seperti di Malaysia. Malahan turut menjual daging kambing (rasanya restoren mcDonald's disana ada yang halal) Kerana terpengaruh dengan gambar, dia pun pilih mutton (daging kambing).
Bila nak makan, suami dia tanya "Kenapa awak pilih daging kambing...?"
Dia pun jawab "Saja nak cuba.... Mana tahu saya boleh makan..."
Sebenarnya dia tak suka makan kambing tapi disebabkan gambar nampak lazat dan dia pulak kurang dalam bahasa english jadi mutton menjadi pilihan.
Kiranya itulah pertama kali dalam hidupnya makan daging kambing. Katanya, rasa loya tekak dek nak telan ke burger daging kambing...
Dan suami dia pun tak tahu yang dia tipu. Dia tak mahu malu dengan suami dia hanya kerana tidak tahu apa makna mutton...
Kemudian di Universiti, dia selalu dengan dia punya supervisor. Supervisor dia baik sangat. Faham yang dia tak pandai sangat bercakap English. Jadi setiap kali presentions, dia yang present manakala supervisornya yang tolong jawab soalan.
Maka ramai la kata tak adil...
Kerana kasihan kat supervisor dia dan dalam diri dia pun ingin improve kan bahasa english, dia pun belajar. Dan akhirnya dia dipuji kerana dapat meningkatkan bahasa english dalam masa yang singkat. Malahan public speaking dia pun semakin bagus.
Dan kalau korang nak tahu, dia sudah membuat Phd. Dah pangkat Doktor dah...
*Dia kata nasib baik la masa dulu tak payah ambil MUET. Kalau tak, susah la dia nak gred....huhuhu.
*Korang dapat teka ke berapa umur dia? Hehehee
Credit pic from HERE
*Sedapnya....
Balik kampung
2 days ago
14 comments:
x...bape eh? heeeeeeeeee
bape..?? 40-an kot..eheh
sedap arr gamba tu rasa cm nk gigit je...sbb lom bekfes ni..huhu
Wahhh..bagusnya tekad dia utk blajor english!!
Leh jd idol dlm study cenggini..
ermmm..40-45an??
bagus kan?? cara dia nekad utk berjaya.. tapi respect ngan dia...
angah rasa umo dia mesti... dalam lingkungan 40-45 an kotttt
taz takhu hee..
bljar dan bljar smpi bjya..tak kira broa umur kita moto itulah harus disematkan sllu
baguslah mcm tu, tau kekurangan diri terus nak berusaha untuk majukn lgi. drpd segelintir org yg sedar tapi tak nk buat n terus pth semangat n rndh diri huhu
malu ada batasnya..malu berusaha bukan tangga kejayaan
hmm berapa ya yang nyata lebih 20 tahun kan..
fuyooooo picta daging nmpak sodap jek huhu
selalunya dah berumur..
wah sedapnya steak daging kambing ni..mengancam
er... boss u tu ada mcm ila ms dolu2.. sgt kureng bahasa english.. skrg dah ok le... hehe.. akak rasa umor dia dlm 33 kot
Kesian. terpaksa makan kerana nak cover malu. Rasa-rasanya umur dia dalam 38 tahun jer kot.
untung dapat supervisor caring..
sebenarnyer kita kena berani..dulu sblm keje tempat skrg, maya pernah kerja kat akademi penerbangan yg ramai tenaga pengajar org luar, pengetua org luar..nk x nk kena gak ckp b.ing..terabur gak mula2...tp alhamdullilah..kalau dah tiap2 hr bercakp...akhirnyer boleh improve...yg penting berani mencuba
Post a Comment