Wednesday, October 6, 2010

[Part 1]Kisah benar yang difilem kan...

Banyak filem lebih-lebih lagi filem luar negara adalah berkisarkan kisah benar. Contoh nya :


1. The Accused

Pada 6 Mac 1983, bertempatkan di Big Dan's Bar, New Bedford seorang gadis bernama Cheryl Araujo (lakonan Jodie Foster)telah dirogol oleh sekumpulan lelaki. Namun apabila penyisatan dilakukan, mereka (pengunjung) yang sama-sama berada pada masa kejadian mengatakan tiada apa-apa pun berlaku. Mereka telah berkomplot.

Atas bantuan peguamnya, mereka bersama-sama berjuang. Malahan bukan sahaja perogol-perogol didakwa, orang ramai yang berada pada masa kejadian yang telah menyorak semasa Cheryl dirogol juga didakwa...


2. Pearl Habour/ Tora!! Tora!!  Tora!!

Filem Pearl Habour bukan lah kisah sebenar, Ia cuma mengambil latar belakang perang pada masa itu. (Perang Jepun-US). Jalan cerita perang bukan cerita utama tetapi percintaan 3 segi. Kalau nak tengok cerita sebenar yang berlaku semasa perang Pearl Habour korang boleh tengok filem Tora Tora Tora.



3. Walking Tall

Mengenai US Army Special Forces (lakonan The Rock) yang pulang ke kampung halaman. Beliau terkejut apabila budak-budak remaja di pekan telah terdedah dengan gejala tidak bermoral seperti dadah, gangster selepas sebuah Casino dibangunkan. 
Kalau tak silap aku, dalam cerita ini beliau di pukul dan badannya ditoreh. Sebab apa, aku pun dah lupa. :)
Namun bertitik nokhtah disitu beliau mengambil keputusan untuk menjadi Sherif. 
Dengan berbekalkan senjata kayu yang berukuran 4 kaki panjang beliau memikul tugas menjaga keamanan pekan. 


4. Hachiko Monogatari

Ok, mari kita beralih ke filem Jepun lak. Filem berkisarkan seekor anjing  yang setia menanti tuannya walaupun tuan dia dah mati.

Pada tahun 1924,Hachiko telah dibawa oleh tuannya iaitu Hidesamuroh Ueno ke Tokyo, seorang profesor di Universiti Tokyo. Selama hidup tuannya, Hichiko selalu menunggu tuan di stesen  (stesen Shibuya). Kemudian tuan Hichiko mati pada May 1925, Hichiko masih lagi menanti tuannya di stesen dan ini berlarutan selama 10 tahun.

Kalau korang nak tahu, dekat Stesen Shibuya diwujudkan satu tugu Anjing bagi memperingati kesetiaan Hichiko.

Filem ini juga di buat semula dalam versi US. Richard Gere berlakon.




Banyak lagi sebenarnya Filem yang berdasarkan kisah sebenar yang aku nak ceritakan. Tapi kalau banyak-banyak aku tulis, korang mesti boring. Jadi sampai sini jer. Akan muncul lak part 2.

Sekian...

7 comments:

suri said...

smu ctr manarik perhatian tapi msh ttp membangkan ctr mlyu..harap perfileman mlyu akan trus unggul seperti filem2 luar ngra gak

Sharinginfoz said...

hmmm banyak gak org buat filem berdasarkan kisah benar kan

maslinamansor said...

suri: kita tunggu nanti, mana tau filem melayu lepas nie lebih menarik... :)

sharingifoz: banyak sangat

Zezebel said...

Walking tall tu penah tengok rasanya. Memang suka sangat si Rock ni berlakun cerita ni. Tapi tak ingat sangat dah cerita dia.

the bert said...

cuma walking tall jer penah tgok..len blom lg..

[-suziey-] said...

paling suka cite pearl harbour..mmg best..tp mmg btl..byk kisah benar yg difilemkan kan..

[-suziey-] said...

o ye..titanic pn kisah benar kan..