Thursday, August 19, 2010

Tips bagi suami untuk menangani isteri suka berleter...

Semasa mendengar ceramah tadi, Ustaz telah menceritakan tentang bagaimana nak handle isteri suka berleter....

Ceritanya begini...
Seorang suami bertanyakan kepada tok gurunya bagaimana  hendak menangani isterinya yang suka berleter. Balik saja dari kerja, bermacam-macam pertanyaan dan leteran yang dihamburkan kepada si suami.

Tok guru pun memberi tip-tip nya.

"Kamu pergi cari sebuah telaga yang kosong didalamnya. Pastikan ia jauh dari rumah kamu... Kamu tinggalkan isteri kamu selama 40 hari 40 malam di dalamnya. Kemungkinan nanti isteri kamu akan berubah setelah berada didalamnya"

Lalu si suami pun membawa si isterinya ke Telaga tersebut dan ditinggalnya isterinya di situ...

Pada hari yang ke 39, si suami tidak sabar-sabar untuk berjumpa si isteri keesokan harinya. Rindu dihatinya terlalu mendalam...

Keesokkan harinya, Si suami pun pergi ke telaga untuk berjumpa si isteri... Lalu ditariknya tali supaya isterinya dapat keluar dari situ. Tetapi yang keluar bukan lah isterinya...

"Siapa kau...?" Si Suami bertanya

"Aku lah Jin yang menjaga Telaga ini...."

"Lalu, dimanakah isteri aku?"

"Ada di dalam telaga ini..."

"Aku hendak berjumpa isteriku, tapi kenapa pula engkau pula yang keluar...?"

"Ini kerana aku tidak sanggup lagi mendengar leteran isterimu... "

***********************************************************************

Faham kah korang wahai para suami sekalian...?

Sudah menjadi lumrah isteri nie suka berleter. Tapi berleter itu tandanya dia mengambil berat terhadap suaminya. Bukan sengaja untuk berleter...

Bagi para isteri pula, jangan lah selalu berleter. Kalau tidak berpuas hati, tegur lah secara lembut bukannya nya dengan meninggikan suara. Pitching lari, tue yang suami tak suka dengar....

p/s: Ustaz nie tak berat sebelah... :) Lelaki pun dia kat... wanita pun kata gak...

15 comments:

Anonymous said...

eh eh...suka sgt la ceramah ni...tp mmg betul lah. dah mmg pompuan suke meleter...lelaki pulak,suka carik bt benda nak kasi isteri meleter...

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

hehehe.. jin penjaga telaga pun surrender ;)

Hezesuze said...

ohh weols bukan kuat berleter ye harap maklum....ngeee

myz ramz said...

hahaha...jin pon kena leter gak...

JMR said...

tapi hari2 kena berleter pon tak tahan gk kan..hikhik..

istri pon berpada-pada lah kalo nak berleter pon..aiyoo

LiFe KaMi said...

hehehe geli jari jemari dibuatnya..

Sharinginfoz said...

so faham-faham ajalah

Lagenda said...

jin pun x tahan kena leter dgn bini tu! Kehkehkeh..apatah lg suaminya. JADI, jgn berleter bnyk2 ye

Unknown said...

myhubby awal2 lagi sound, jgn suka membebel..haha!

seb baik la mmg bukan jenis suka membebel..

kelakar la jin tu..dia pon surrender

azzey said...

mas: itulh rasionalnyer Adam & Hawa diciptakan utk saling lengkap melengkapi....tq for sharing....

CuTeMiUt78 said...

berleter ngan perempuan memang tak lari kan.. dah jd lumrah.. tapi tu la berpada2 la ketika berleter...

Zezebel said...

Macam ceramah agama plak.
Terima kasih ya sebab berkongsi ilmu di bulan Ramadhan.

Iela Fazielah said...

kelakar la... mmg lumrah wanita suka membebel

Puteri said...

ada beberapa cara lagi untuk atasi isteri yang berleter,,..

to be continue,,
he.he

Nazri said...

orang tua-tua kata isteri berleter ni tujuannya nak menghiburkan suami