Friday, July 23, 2010

Jangan berhenti sebarangan...

Alkisahnya semalam hubby call. Tapi dia guna nombor abang ipar.
Rupanya, kat balai polis.

Abang ipar kena pecah kereta oleh perompak. Habis beribu juga la.
Aku tanya kat hubby, kat mana abang Ed (abang ipar) tinggal kereta. Rupanya dia tak tinggalkan kereta langsung. Abang Ed cuma merehatkan diri (tidur) kat tepi jalan. Penat bekerja.

Tengah dia dok tidur, tiba-tiba datang perompak memecah cermin kereta. Aku tak dapat bayangkan, macam mana keadaan abang Ed masa tue. Nasib baik dia lelaki, kalau perempuan... bukan setakat merompak.... silap-silap.... Mintak simpang... mintang simpang...

Hairan gak aku, kenapa abang Ed selalu sangat kena rompak. Hari tue kereta kena pecah kat dalam kawasan masjid. Lepas tue tempat yang sama gak... motor dia kena curi. Kali ini kena lagi....
Kena mandi bunga nie... hehehe

Ataupun dia nak dapat rezeki baru...
Motor lama kena curi.... ada hamba Allah swt hadiahkan motor baru kat dia..
Kali ini kereta kena pecah + duit kena curi.... Hmmmmm (mana tau, kot-kot dapat kereta baru...)




p/s : Kepada korang semua, aku nasihatkan jangan la berhenti kereta sebarangan tempat. Takut-takut jadi kes macam abang ipar aku tue....

8 comments:

Unknown said...

dulu masa duduk penang lagi, then hasben selalu ada keje kt shah alam, kerap jugak kitorang balik dan benti kejap kt RnR utk tidur. Alhamdulillah selamat semuanya..tp perasaan takut tu mmg tetap ada walaupon kt RnR. Pilih RnR yg besar2 dan ramai orang jer

Anonymous said...

haah.. pilih RR yg sentiasa ramai org...

ayah,ummi, farish said...

zaman skrg nie..perompak makin menganas..x kira kat mana2 dia nk merompak..bahaya betul

penjejak maya said...

salam,

sebaiknya cari hentian rehat yang ramai pengunjung kalau takde orang toksah berenti..

Anonymous said...

pyh gak ni...tak tido salah, tido pun salah..mebi kene tido kt RnR, tak blh park sebarang, pastu RnR yg mcm bz2 sket...pastu, baca doa.itu je plg baik...

Suziey Ahmad said...

erkkk..kesiannya...xpe dia hamba terpilih utk dpt ujian Allah:)

Lagenda said...

alhamdulillah dia selamat! thanks sbb mengingati sesama kita..pasni kena cari tmpt yg ramai org utk berehat jap.

Sharinginfoz said...

takutnya memang kena hati2 sekarang ni kan, thanks for sharing