Tuesday, July 20, 2010

Hari ini hari membebel sikit.... :) Isu semasa...

Fenomena membuang anak semakin berleluasa sekarang ini. Kenapa pekara ini berlaku?
Pastinya ia berkaitan dengan perasaan malu kerana telah mengandung anak luar nikah. Apakah peranan keluarga untuk membendung masalah ini?

Pernah la aku dan member membincangkan pekara tersebut. Tahu apa yang dia cakap?

"Aku boleh terima lagi anak aku sebab dia sukakan lelaki. Tetapi aku tak boleh terima jikalau anak aku suka kat kaum sejenis..."

Aku faham maksud member aku.

Macam aku, walaupun marah mana pun aku kat anak gadis aku, namun aku harus terima kerana takut akan terjadi apa yang tak baik. Contohnya buang anak.
Bayi itu tidak salah, yang salah adalah orang yang melakukan maksiat itu. Sanggupkah korang semata-mata tak mahu tanggung malu, korang menyingkir anak atau memaksa anak korang menggugurkan kandungan..? Jadi disini lah tanggungjawab sebagai ibubapa bermula. Bimbing lah mereka...

Hendak aku tekankan disini, bukan aku menyokong maksiat. Malahan seperti manusia biasa, aku mungkin juga tidak boleh menerima apabila pekara ini terjadi. Tetapi itulah ujianNya...

Berkaitan jawapan dari member aku tue. Korang faham tak?
Maksudnya jikalau anak gadis nya mengandung anak luar nikah, dia tetap akan terima anak gadisnya selain mencari si Jantan yang merosakkan anaknya itu. (Sedangkan kalau tak gatal dua-dua tak mungkin boleh mengandung...)
Tetapi keadaan akan jadi susah jikalau si anak gadisnya membuat hubungan songsang dengan kaum sejenis.(Seks tabi'i) Yang nie memang memerlukan jiwa dan mental yang kuat...!!! Memerlukan cara bimbingan yang betul untuk menunjukkan jalan yang benar kepada golongan ini.

Ingat!!!

Apabila lelaki dan wanita berduaan, ada seekor syaitan diantara mereka untuk menghasut...
Tetapi apabila lelaki dan lelaki/ wanita dan wanita berduaan... 10 ekor syaitan disamping mereka!!!!
Sebab itu golongan ini amat dimurkai Allah swt...

Tetiba aku takut jadi macam Kota PomPeii... Korang nak?
Allah swt menghapuskan seluruh manusia di Kota PomPeii tanpa meninggalkan seorangpun. Mahupun kanak-kanak...

Marilah sama-sama kita menghindarkan gejala ini. Seks luar nikah, pembuangan anak dan juga seks luar tabii...

p/s: Aku sendiri pun belum cukup sempuna... :)

8 comments:

zulkbo said...

salam..
ermmmm..betul tu
terima ksih peringatan
anda..amat berguna ni

mrs.ecam said...

btol kak...aku sukung kak....bkn sukung maksiat tu tp sukung cr kt nk menanggani mslh ni klu blaku dlm fmily kt...tp moga2 d jauhkn la...amin

Sharinginfoz said...

jauhkan diri dr syaitan

Unknown said...

bagus entry ni..

betul, cara menangani masalah adalah lebih penting. bukan lari dari masalah

Jeng Ida said...

ya... betul..betul... kita harus saling mengingatkan. Thanks.

cheqna said...

salam
sebab tu seeloknya elakla daripada berdua2 an...
bab sama jenis ni bahaya gak
mintak jauh la semua tu

maslinamansor said...

waakumsalam zul,
kita sama2 beringat...

mrs.ecam,
amin, moga dijauhkan

sharinginfoz,
itu semestinya!!!

lydzar,
setuju juga dengan pendapat tue

jeng ida,
u r welcome

waakumsalam cheqna,
itu lah sebaiknya..

Jutawan Pertanian said...

nice one click this : http://asyrafinewz-asyrafinewz.blogspot.com to get more info how to blogging and tips for bloggers