Tuesday, July 20, 2010

Berita untuk bloggers yang buat perniagaan online

Melalui berita Metro hari ini, nak tanya adakah korang yang berniaga secara online dah daftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia? Cuba korang baca nie...

400 usahawan menerusi talian dikenakan tindakan tidak daftar perniagaan

PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
"Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.

Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

"Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan," katanya.-Bernama

Berita dari MyMETRO

Hanya untuk  makluman semua bloggers....

8 comments:

Kancilbiru said...

uii yaka? tak dak kategori benda yg dijual ka? hurmm....

maslinamansor said...

nizaa,
itu aku pun tak pasti.

honeylanz said...

heheh... has br aja jual wallpaper yg x abis guna smalam ;)

cheqna said...

cheqna tidak berminat berniaga2 ni..heheheheh

piewahid said...

slm mas,
t kasih bkongsi info.

bahaya juga kan. kdg2 kita rasa tak salah, rupa2nya org nk kutip cukai. dh terkena....

makcik.shima said...

salam maslina,
looo... ye ke kena daftar?
makcik baru ingat nok bniaga ikan keli @ burung wallet,
promote ikut blog...
leceh la mcm² prosedur!

Sharinginfoz said...

kena jaga2 ya

ila-ali said...

biar betul..niaga suka-suka pn kena daftar ke? daftar lak mesti kena bayar. lepas tu tiap2 tahun mesti kena byr cukai...waduh...pandai betul dorang nak cari duit kan!
Nanti disebabkan macam tu yg baru belajar2 nak niaga ni trus hilang semangat. bisnes lom start tp mcm2 nak kena byr. Tak paham mokcik!!