Friday, June 4, 2010

[Cerita] Kisah Mary dan Ji-Won

Percintaan seorang gadis Inggeris (Mary) bersama seorang jejaka Korea (Ji-Won) telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Mereka dikurniakan dengan 2 orang anak.

Mereka menetap di Korea Utara.

Pada zaman itu, di Korea Utara apabila mengetahui jikalau ada orang bersubahat, berkompromi, pembelot... mereka akan dihukum bunuh tanpa disoal siasat dahulu betul atau tidak cerita itu. Pada waktu itu juga, hanya segelintir rakyat sahaja yang boleh mendengar radio dan kebanyakan nya adalah orang-orang kaya.

Ji-won adalah seorang General dalam angkatan tentera. Tanpa pengetahuan Ji-won, kadang kala Mary akan mendengar radio. Sehingga satu hari, Mary terdengar mengenai orang yang terbunuh tanpa disoal siasat melalui radio.

Dan berpokok pangkalnya dari situ, Mary kini sentiasa bersyak-wasangka terhadap suaminya.

Pada suatu hari, Ji-won dipanggil oleh Ketuanya. Ji-won dipanggil kerana ada maklumat mengatakan ada orang telah bersubahat untuk menjatuhkan kerajaan. Ji-won telah ditugaskan untuk membunuh mereka itu. Dan dengan tak disangka-sangka salah seorang antara mereka adalah orang yang amat dikenali Ji-won...


Siapa kah dia? (Sengaja bagi sambungan sebab nak karang panjang sangat...)


p/s: Teka dulu. Kang aku sambung...

4 comments:

Anonymous said...

ni citer ko karang ke kt tv nih?mcm best je...

maslinamansor said...

mamasue,
memang best pun...

zulkbo said...

salam..
ooo begitu ke?
sejarah korea ni..
la la la

maslinamansor said...

zul,
waakumsalam.
Betul, ada kena mengena dengan sejarah korea.