Tak tahu kenapa aku semalam bermimpi 2 kali pasal Tsunami...
Terjaga 2 kali dari tidor...
Mimpi tue nampak macam realiti...
Mungkin satu petanda...
Hanya Allah swt yang tahu kenapa selalu aku bermimpi pasal Tsunami...
Yup, ini bukan kali pertama aku bermimpi pasal Tsunami...
Namun itu semua hanyalah mimpi...
Ataupun sebab hubby ada pengalaman... lalu terjerbak kat bini dia nie...
Pernah dengar pasal "Pengantin Tsunami"...?
Pada masa Tsunami itu berlaku, berlangsung perkahwinan di Kuala Muda. Kedah.
Hubby juga turut menghadiri kenduri tersebut.
Semasa majlis itu berlangsung, hubby kata memang perasan yang air laut tiba-tiba surut... hanya menampakkan dasarnya sahaja. Ramai juga yang menyaksikan peristiwa tersebut.
Kemudian mereka nampak buih-buih (ombak) dari jauh sedang menuju kearah daratan. Makin lama, makin tinggi ombak tersebut.... Masa tue, semua orang dah pakat-pakat melarikan diri termasuklah hubby.
Dari tak pandai memanjat pokok tetiba terror pulak memanjat pokok kelapa....
Kerana Allah swt, hubby selamat... (kalau tak, aku tak jumpa dengan hubby)...
Sesiapa yang berada pada masa tue, tahulah betapa menakutkan peristiwa Tsunami...
Yang aku mimpi, hampir mirip dengan apa yang hubby alami, cuma aku tak memanjat pokok tapi aku berlindung di sebuah bangunan (aku tak tahu bangunan apa)... Aku harap sebuah masjid...
Kalau dah mimpi pun rasa takut... bayangkan hubby pada masa tue...
Mr hubby menang lucky draw @company's dinner
10 hours ago
11 comments:
masa tsunami melanda, aku keja kat lgkawi.. semua lintang pukang lari masa air tengah naik..sib baik tempat aku keja betul2 depan tebatan tsunami..
takutnya...x blh imagine kan yg kehilangan family semua tu..
salam..
adakalanya mimpi mainan tidur
tak tak tahulah..tanya pada
yang pakar..wallahualam..
harap2 x jadi kenyataan mimpi tu..takut sgt cam mana yg berlaku kat indo dulu....
jangan...takut tu...dasyat mimpi tu
nizaa,
gegaran ada tak masa tue..?
kmiza,
kesian kan.
waakumsalam zul,
mimpi jer pun. Cuma 2-3 kali mimpi.... tue yang takut tue... hehehe
maya,
ok, yang tue scary...
anje,
mas pun takut gak..
salam mas,
w/pun dh agak lama, masih seram bila membacanya, apatah lagi bagi yg menghadapi situasi sebenar. bgitulah besarnya kekuasaan Allah.
p/s-mula2 tadi ingatkan 'mimpi basah'... he3
memang tak boleh bayangkaan....
salam Maslina
walaupun dalam mimpi, mesti ngeri kan Mas? mesti rasa penat juga.
Masa tsunami berlaku,akak baru je bersalin. Bila baca berita baby2 yang terselamat di Acheh tu kan,rasa terpanggil je nak ambil diorang jadi anak susuan,maklumlah masa tu akak memang tengah fully BF.tapi keadaan tak mengizinkan...
mesti rasa mcm real kan mas...2 kali pulak tu ko blh mimpi tu...ada lah tu hikmahnya, kita tak tau...mungkin utk menyedarkan kita...
mesti rasa mcm real kan mas...2 kali pulak tu ko blh mimpi tu...ada lah tu hikmahnya, kita tak tau...mungkin utk menyedarkan kita...
Post a Comment