Friday, May 7, 2010

Walaupun aku cantik.... tapi hatiku tetap kepada suami orang...

Masa aku balik kampung untuk kenduri abang. Aku berkesempatan bertemu kawan lama aku semasa poli. Sudah lama aku tak berjumpa dengan nya. Dalam aku bersembang-sembang dengan member aku nie, aku berseloroh bila lagi mahu kahwin.

Dengan tersipu-sipu dia memberitahu aku dia sudah jumpa tapi ada halangan dan masalah sedikit. Hatinya telah dimiliki oleh suami orang. Aku tak mampu berkata apa-apa. Hendak kata pelik tapi pekara-pekara ini selalu terjadi. Aku hanya mampu tanya dia macam mana boleh terlekat...

Dia kata dah sayang... Ibubapa dia sebenarnya dah membantah sekeras-kerasnya tetapi kerana member aku nie pun dah nekad, mereka terpaksa juga akur...

Aku tak berada ditempat dia, jadi aku pun tak boleh nak marah-marah dia sesuka hati tapi hanya mampu menasihat sahaja.

Dia adalah seorang yang cantik, langsing, berpelajaran... Tetapi jikalau jodoh sudah ditentukan sebegitu, kita sebagai insan biasa mesti terima seadanya.

Nasihat aku padanya, Supaya bersemuka dengan isteri BF dia supaya tiada masalah kemudian hari.


10 comments:

Sharinginfoz said...

bahaya juga macam tu kan.. tu lah kekadang suami orang lgi terror dari org bujang, maklumlah pengalaman lebih....

Bayar Pinjaman Guna Kad ATM

zulkbo said...

salam..
alhamdulillah
shukur..jodoh
suami orang pun
apa salah jika
kita tahu bersyukur
(he he..jangan mareee)

maslinamansor said...

sharinginfoz,
ramai sekarang memang minat dengan suami orang... lebih caring... :)

maslinamansor said...

waakumsalam,
mula2 tue macam nak marah tapi macam mas kata, kita tak berada ditempat dia. Cuma mas harap isteri BF dia patut tahu.. :)

mas tak marah pun

Kancilbiru said...

betul...dalam perkahwinan restu tu penting. kerana restu tu selalunya diiringi doa...

E'za a.k.a mama Luqman said...

Ada kajian terbaru..suami org& ada buat hubungan lain kat luar ni kureng la IQ dia..so nasihatkan kawan adik tu..alang2 dia berpelajaran tinggi..pesalahnya cari yg sekufu..insyaallah :)

maslinamansor said...

nizaa,
betul, aku setuju!!!

maslinamansor said...

E'za,
Dalam proses menasihati lagi.
:)

Anje a.k.a Mama_Aqish said...

mak ai...dasyat tu...ape nak jadi ni...nasihat kan dia supaya balik ke pangkal jalan...tak cium bau syurga nanti tau

maslinamansor said...

anje,
dalam proses....