Tuesday, May 18, 2010

Persamaan Junko Furuta dan komik Penyiasat Remaja Hajime Kindaichi

Kegemaran aku sejak dari bangku sekolah ialah membaca komik Penyiasat Remaja. Baru-baru ini aku telah membaca sebuah artikel di internet mengenai Gadis yang bernama Junko Furuta.

Siapakah Junko Furuta? Beliau adalah seorang gadis jepun yang telah didera secara fizikal dan mental oleh 4 orang budak lelaki dengan kejam. Junko juga telah diseksa secara seksual oleh mereka. Dia telah dikurung selama 44 hari rumah salah seorang daripada 4 orang budak lelaki tersebut.

Cara deraan nya aku tak perlu sebutkan kerana cara deraan adalah terlalu kejam. Malahan tidak mampu diterima dek akal aku sendiri. Aku juga berfikiran hairan kenapa mereka berempat bertindak sedemikian. Maka jikalau korang still nak tahu secara lanjut bagaimana Junko didera, pergi lah google sendiri. Pastu bagitahu aku apa perasaan korang...



Kali nie aku nak cerita pasal persamaan Kes Junko dengan Buku Komik Penyisat Remaja Hajime Kindaichi :KES PEMBUNUHAN INSPEKTOR POLIS KENMOCHI.
Secara kasarnya mungkin nampak tidak sama tetapi apabila diteliti... hampir sama...
Dalam komik tersebut diubah sedikit jalan cerita nya.

Junko Furuta: Didera selama 44 hari
Komik : Selama hampir sebulan didera

Junko Furuta: Didera oleh 4 orang
Komik: Didera oleh 3 orang

Junko Furuta: Mereka dihukum selama 8 tahun
Komik: Hanya dihukum 3 tahun

Junko Furuta : 16 tahun
Komik : 17 tahun


Pada akhirnya Junko Furuta dan Marina Togami (watak dalam komik) telah meninggal.

Persamaan ini pada mulanya hanya kebetulan sahaja. Aku telah membaca komik PR dahulu sebelum aku menjumpai kes Junko Furuta. Adakah komik itu berdasarkan kes Junko, aku sendiri tidak pasti.

Tetapi Kes dalam buku komik bukanlah mengenai Marina Togami sebenarnya. Ia mengisahkan tetang Pegawai polis Kenmochi. Namun begitu titik permulaan ceritanya adalah dari Kes pembunuhan Marina Togami.


Warning: Sesiapa yang hendak membaca kisah Junko Furuta. Risikonya korang tanggung sendiri.

Kalau korang baca komik... ok sikit... :)

P/S : Ada Facebook mengenai Junko Furuta.

9 comments:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

wah peminat komik rupenyer...kiter suka conan...kih...kih..

maslinamansor said...

anje,
conan pun minat jugak... asalkan misteri, kes penyiasatan... :)

zulkbo said...

salam ziarah pagi Selasa
moga kita semua sihat
dan di berkati oleh yang ESA..
mas tukar template yang asal ke?

maslinamansor said...

waakumsalam,
moga2...

Tukar yang lain... :)
bukan yang asal..

Anonymous said...

zaman kecik2 dulu suka baca komik/buku pasal yg ballet la... penyiasatan x minat lak..tp cite detective conan..tgk lak

Bro Framestone said...

bro dulu selalu simpan PR sampai la nie... cuma kekadang tersilap beli sampai ade 2-3 copy PR yang sama

bz dgn kerje..selalu namapk je terus beli.. bacenye bile time free je

kebanyakan kes yang ade dlm komik tue ade kaitan dengan peristiwa sebenar..

ada bace x kes pembunuhan khazanah *88asaijwhu (bro lupa nama kahzanah tue)

yg dorg membunuh nk rebut harta pusaka..sedangkn dorg satu pun xtau dorg teu adik beradik.. lokasi cerita n sejrah semuanya cite sebenar

BroFramestone Blog

maslinamansor said...

has,
pasal cintan2 pun terbeli jugak kadang2.. hehehe

maslinamansor said...

bro Framestone,
saya tahu buku tue...
Saya cerita kat member pasal persamaan tue n dia pun kata yang sama. Kadang2 cerita penyiasatan berkisarkan kes yang sebenar...

Saya nak google lagi kalau dah betul still ada yang sama..

Anonymous said...

Baru2 ni juga saya ada baca pasal kisah Junko Furuta ni. Ngeri. Azab. Agaknya kalau dia bunuh diri kurang rasa azab sikit banding dia hidup. Huhu. Tapi memang tabah juga si Junko ni nak lepaskan diri, saya baca dia dapat lepaskan diri tapi penjenayah dia dapat tangkap dia balik.

Memang nightmare apa yang dia lalui. Sedih sangat-sangat.

Ada jugak terdetik yang cerita Inspektor Kenmochi, anak didik dia Marina Togami ni jalan cerita mirip sangat-sangat dengan cerita Junko Furuta.

Bab tak diberi makan, dibakar dgn dekatkan dia kat api. Diperlakukan mcm haiwan malah lagi teruk dari tu. Nak nangis ingat nasib diorang. Lepas tu lepas pulak sebab pesalah masih remaja. Cisssss

Nauzubillahiminzalik ����