Thursday, May 27, 2010

Mari berkenalan dengan Super Junior...

Aku tahu memang korang memang tak kenal pun siapa Super Junior tapi aku kenal. Hehehe

LeeTeuk. Leader Super Junior (SuJu). Dia adalah ahli paling tua dalam SuJu.



Sung Min. Pemalu. Sebelum dimasukkan dalam kumpulan Suju, SungMin dan Eunhyuk adalah dari kumpulan lain. Tetapi kemudiannya kumpulan itu dipecahkan, hanya mereka berdua yang masuk dalam SuJu.



Yang muka macam Prince adalah Siwon. Very the polite man... Boleh jadi calon menantu sebab dia jenis orang yang bersikap gentleman.



Yang ini pulak Dong Hea. Penari utama dalam Suju. Pernah bercita-cita nak jadi atlet tapi bapak dia lebih suka dia jadi artis....



EunHyuk. Dia nia pandai menari dalam SuJu. Malahan dalam Album baru nie dia antara pereka tarian untuk kumpulan mereka. Penyanyi bahagian Rap. Dalam Suju dialah paling senang nak menangis.




KyuHyun. Pernah terlibat dalam satu kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Tetapi kemudian bangkit malahan kini menjadi antara penari barisan hadapan kumpulan Suju.
Dia juga adalah penyanyi utama dalam Suju.



Ryewook juga dikenali sebagai wookie. Dia adalah penyanyi utama. Kiranya dia lah paling banyak nyanyi daripada ahli kumpulan lain. Orangnya adalah kecil berbanding ahli kumpulan lain. Selalu pakai pelapik dalam kasut supaya nampak tinggi....


ShinDong. Jangan sangka dia berbadan besar tapi tak leh menari.... Dia adalah penari utama. Juga berganding bahu dengan EunHyuk untuk mereka tarian. ShinDong selalu menyanyi bahagian Rap.



YeeSang. Ahli kumpulan Suju selalu kata kat dia yang dia paling ganjil dalam kumpulan mereka. Dia selalu memegang bibir mereka apabila sedang bercakap... Jenis darah AB, selalunya ganjil.
YeeSang adalah antara penyayi utama.
Siapa tengah tengok cerita "Cinderella Step Sister" kat Astro? Dia lah penyanyi nyer...



HeeChul. Semua ahli kumpulan paling takut dengan dia. Dikenali sebagai Cinderella Man sebab dia terlalu cantik untuk jadi lelaki. Selalu nak pakai pakaian atau gaya yang lain dari ahli kumpulan sendiri. Paling banyak bercakap. HeeChul juga seorang DJ radio



HanGeng. Berasal dari China. Semasa awal kemunculannya, dia terpaksa memakai topeng kerana ada sedikit masalah dalam visa. Tetapi demi Suju, dia tetap memakai topeng. Sedih bila tengok temuramah tue. Lepas selesai jer kes tue, dia dah boleh buka topeng dan menari dan menyanyi dengan bebas bersama Suju.
Pada tahun ini, aku tak tahu status dia dalam SuJu. Masih dalam tanda tanya


Kangin. Sekarang nie dia kena berkhidmat selama 2 tahun dalam tentera. (Kan setiap lelaki di Korea kena masuk). Jadi, dia pun tak terkecuali. Maknanya tahun ini, dia tiada dalam SuJu.



Kibum. Semasa pemilihan untuk jadi penyanyi, dia hanya terpilih bedasarkan paras rupa sahaja. Manager mereka menjumpai Kibum di US (kalau tak silap aku). Album kali nie dia takde. Selalu tenggelam timbul budak nie. Banyak yang tenggelam kerana dia lebih sibuk dengan berlakon daripada penyanyi.



p/s: Beli la Album depa.... Lepas tue bagi aku pinjam...

4 comments:

zulkbo said...

salam mas..
ermmmm..
minat betoi hang no?

maslinamansor said...

waakumsalam,
minat jer... hehehe

Hubby minat cite hongkong, mak minat korea... :)

ayah,ummi, farish said...

hensemnyer..menawan hati....

faz said...

suke semua...
handsome pandai menari..suara best...