Friday, April 23, 2010

My Dream Destination

Siapa yang tak suka melancong. Aku, kalau ada duit terlebih... memang berimpian nak pergi Pulau Redang.
Tambah-tambah lagi, tak lama lagi cukuplah 3 tahun perkhidmatan aku dalam kerajaan. Jadi aku boleh mengeluarkan kesemua KWSP aku yang beriban itu (beriban sahaja bukan berpuluh riban).

Lagi menyeronokkan, aku nak pergi bersama-sama 2 pakwe (hubby dan Danish) ku dan mak abah. Kemungkinan impian aku akan terlaksana nanti.

Kenapa aku memilih Pulau Redang sedangkan banyak lagi pulau-pulau yang lain?
Weh... dah lama sangat aku teringin nak pergi... Lagipun Pulau Redang tue kan kat Terengganu... Tempat penghasilan keropok lekor yang terbaik... boleh aku singgah selepas balik dari Pulau Redang.

Sedikit mengenai Pulau Redang...

Pulau Redang yang terletak 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu merupakan pulau terbesar dari gugusan sembilan buah pulau yang terlindung di Laut China Selatan. Perairan di sekitar Pulau Redang mengandungi dua bangkai kapal karam : Kapal H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse yang karam di sini sewaktu Perang Dunia Kedua yang membolehkan tentera Jepun menakluki Malaya.
(aku bila mengenai sejarah nie, suka juga ....lebih-lebih lagi kalau misteri)


Pulau Redang 1

Bila sampai dekat sana, aku nak selam menyelam macam nie.... boleh?



Pulau Redang 2

Nah-nah... dapat tengok ikan dalm laut yang jernih nie.... bahagia rasa...

Kalau korang nak pergi Pulau Redang atau mana-mana pulau sekali pun... aku galakkan korang cuba MASTRAVELLER



Jom kita layan video2 para blogger season 1










#Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAStraveller.com

6 comments:

Anje a.k.a Mama_Aqish said...

wah bestnyer...kalo kiter pun teringin gak nak pergi....bestnyer pemandangannyer

nurKN @ Nur said...

Nur pun lum smpai lg ke sane..igt nk hneymun dgn ank skli..best gak kan?

Kancilbiru said...

aku pun sama...redang ni salah satu impian..nampaknya aku pun nk kuar duit kwsp tu jugakla...hehe..tq bg idea..haha

honeylanz said...

org ckp pulau redang lawa..has sendiri org trg tp x pernah sampai lg ;)

Cik Nurul said...

salam perkenalan..wah best jugak yer kalau dapat g pulau redang..tapi nurul agak cuak dengan pulau-pulau ni hehehe..

zulkbo said...

salam mas..
kempen jangan tak kempen
koi support aok adalah juara..
yeaaaaaah...