Monday, April 26, 2010

Bilakah korang rasa dah matang...?

(Matang tak dikira dari datang nya haid .... 'sunat" atau "naik sampan " yer...)

Bagi aku kebanyakkannya semakin berumur- semakin matang. Aku dahulu, cepat marah...(pantang orang tinggalkan aku, muncungnya sedepa...), mulut lancar sahaja berkata-kata , asal PMS jer... mood aku tak ok... dan banyak la negatif daripada positif.

Tapi apabila umur aku semakin meningkat, aku pun slow-slow macam matang sikit. Bila aku menjejak kaki di Kuala Lumpur nie, aku tiada siapa. Paling dekat pun sepupu di Putrajaya. Jadi haruslah aku mesti mencari kawan yang sejati. Untuk mencari kawan yang baik, mestilah susah. Jadi aku biarkan ianya datang sendiri.

Bermacam-macam ragam, perangai... aku kenal di bumi Kuala Lumpur. Tapi masa mula-mula aku masuk, aku paling senang dengan Linda. Orangnya muda dari aku tapi jarang aku tengok dia marah. Kalau tak silap aku masa tue usia dia baru 19 tahun tapi dia matang dari segi pemikirannya. Sebab itu aku suka berkawan dengan nya. Dalam tiga tahun aku bekerja disini, tak pernah dia atau aku pernah bermasam muka sesama sendiri.

Pada masa yang sama, aku juga berkawan dengan Mam. Kalau korang baca mana entry ada sebut pasal Mam... memang yang itu lah orangnya. Pun muda dari aku. Juga hampir 3 tahun aku mengenalinya. Kalau aku ada masalah luar atau dalam... semua aku tala kat dia... dia pun begitu juga.

Jadi apabila bercakap bila seseorang itu akan matang... aku atau korang pun belum tentu boleh menjawabnya.
Macam kawan aku Linda dan Mam... mereka lagi muda dari aku tapi mereka dah matang dari segi tutur kata, pemikiran... Pada kiranya aku masa umur mereka , masih lagi kurang matang.

Dan aku rasa, kematangan aku datang selepas aku berkahwin... (jangan dok pikir bebukan)... Dengan izin Allah swt sedikit demi sedikit kematangan itu telah datang secara semulajadi.


p/s: ada ker yang dah tua tapi still tak matang2 lagi...?

8 comments:

Anonymous said...

has pun mcm ni.. bila dah kahwin, ada anak... childish tu dah kurang..has rs mmg faktor usia la..

maslinamansor said...

has,
mungkin...
mas rasa pun macam tue...

Sharinginfoz said...

matang.. subjektif juga kan.. apa-apa pun kalau kita tak matang pun jangan jadi kebudak-budakan sudah

zulkbo said...

salam mas..
koi rasa kematangan ni byk berdasarkan pengalaman susah senang
orang yang dah tua bangka tapi tak matang berkait rapat dengan orang yang tak biasa susah***pandangan periadi koi**

Unknown said...

sebenatrnya definasi matang itu sendiri ada banyak , iainya bergantung pada masa , situasi , keadaaan sekeliling dan pengalaman

maslinamansor said...

sharinginfoz,
tak boleh nak tafsirkan...

maslinamansor said...

waakumsalam zul,
pengalaman juga adalah salah satu punca membuatkan kita matang.

maslinamansor said...

touya,
akak rasa macam touya seorang yang matang walaupun muda, betul tak?
Berdasarkan entry2 touya.. :)
(sori lari tajuk) hehe