Tuesday, April 27, 2010

Aku nak belajar sesuatu dengan berpandukan internet sebagai guru...


Pic from here

Keja aku kat ofis nie lebih kepada hardware dan networking. Itu pun hanya biasa-biasa sahaja. Kiranya aku level bawahan jer.

Jumaat lepas aku sembang-sembang dengan salah seorang pegawai bahagian perisian. Dia memang pandai bab-bab programming. Usianya sebaya dengan aku. Dia cerita kat aku, kalau sekadar bekerja dan tunggu nak dapat gaji... orang akan tengok kita di takok lama sahaja. Dia menasihat aku untuk cuba-cuba dalam bidang lain.

Aku memang dari bidang lain... Aku dulu belajar Teknologi Makanan. Tapi tolong lah, jangan tanya aku pasal makanan kat sini... aku tak kan jawab. Kalau nak juga, korang kena bayar... didunia ini tiada yang free... (yea, aku nampak bongkak... tapi aku tak kisah)

Jadi aku nak belajar sedikit demi sedikit pasal programming. Bila aku nampak mam dok cuba-cuba buat helpdesk, aku pun teringin. Lagipun tak rugi kan aku belajar benda baru.
Untuk belajar programming aku kena pastikan yang aku... :
  • ada minat yang mendalam..... (dah ada sikit-sikit)
  • talk to other programmer..... (nizaa, hang programmer kan...?)
  • bersedia untuk pecah kepala untuk 'try ang error'... (ok... boleh kot)
  • learn at least a half dozen programming languages.... (hmmmmm...)
  • bersedia berinteraksi dengan orang yang tak faham programming (nie aku ambil pengalaman budak rumah... bertekak dengan bos ...hmmmmm...)
  • bersedia untuk bekerja dalam tekanan...( sekarang nie pun tekanan gak.... nak tambah lagi.... hmmmmmm)
Ok, tak pelah... aku surrender xmau belajar programming.
Sebenarnya, boleh jer belajar programming tapi kalau hanya bedasarkan internet... aku tak sure. Lagipun aku masih sayang ilmu aku pasal teknologi makanan....

p/s: bukan tak bagi tanya.... sebenarnya, aku sendiri pun dah banyak lupa....

2 comments:

Sharinginfoz said...

apa-apa pun depend what do u really want in your life kan....

maslinamansor said...

yes... u r right..