Monday, March 29, 2010

I know what you did last raya

Pagi tadi aku pergi Excutive Talk dan tajuknya "I Know what you last raya"

Aku terkesima melihat wajah2 sang Hackers terkenal....
Biar aku perkenalkan....
Beliau bernama Kevin Mitnick yang digelar sebagai "legendary hacker"



Pic from here and here
Kiranya bapak segala hackers la....

Takda la tetiba aku nak megah2kan dia... tapi aku boleh hack komputer orang macam dia.... aku rasa macam aku memang seorang yang terror yang amat sangat dah...

Sori... terlari tajuk sebenarnya... ini adalah pembuka kata.... :)
Ini yang nak story sebenarnya....

Ada seorang remaja perempuan bernama stephany.... dia beria2 nak masukkan gambar-gambar dia masa dalam parti kedalam satu laman "social networking...."

Semasa dia tengah upload gambarnya... tetiba terdengar ada benda jatuh diatas loteng rumahnya.... Jadi stephany pun pergi melihat kat loteng tue.... Dia terjumpa album gambar2 neneknya.... Lalu dibuka satu persatu....

"Cantik gambar nenek masa dulu..."
Tetapi makin lama... makin stephany terasa jelik....
Gambar2 menunjukan neneknya sedang minum arak... lalu terlentang... seperti orang mabuk (memang mabuk pun...)... bagi stephany, dia rasakan neneknya seperti tidak tahu malu kerana tidak menjaga perilakunya.... Sudah la buruk perangainya, masih lagi boleh disimpan gambar2 sedemikian.... Tiba2... stephany berlari ke komputernya....

Barulah dia perasan... gambar2 neneknya sama dengan gambar semasa dia berparti....
Dia merasa malu..... "Mungkin sebab itu, nenek simpan album ini ditempat tersembunyi..."
Lalu dia mematikan niatnya untuk dimasukkan dalam laman tersebut.....

Rasa2 korang faham tak cerita nie...?
Ok... macam nie....
Pada dunia sekarang, laman seperti myspace, friendster, twitter, facebook etc... menjadi rakan sosial kita... "social networking".
Ada sesetengah orang yang berani menunjukkan gambar diri sendiri dengan keadaan gairah... tidak senonoh... minum arak..konon nya nampak mereka seperti "sporting".....

Namun pada 20 tahun akan datang... apabila dia sudah tua, dia mungkin menegur anak2 nya supaya tidak berlakuan liar.... tetapi cuba kalau anak2 nya terjumpa gambar2 yang telah diexposekan didalam internet.... zaman sekarang senang nak cari..... zaman akan datang... lagi senang nak dapat.... masa itu dia kan malu...

Begitu lah kisahnya kalau kita terlalu berkongsi benda2 yang terlalu lah peribadi kepada "alam maya" ini....

Aku tak kata kita tak boleh kongsi gambar2.... cuma takut kemudian hari....
Aku rasa bagi yang setakat bergambar biasa2 nie... xpe....

Oh, lupa....
Bukan sahaja pasal gambar.... kata2 pun boleh mempengaruhi masa depan kita...
Seorang pekerja geram kepada bosnya... lalu di postkan kat Facebook.... dan tak lama selepas itu dia dipecat.... (dia terlupa yang bosnya juga adalah rakan dalam Facebook...)


p/s: sebab tue la tajuk entry nie "i know what you did last raya".... (jangan ingat aku tak tahu apa korang buat masa dulu.... aku google jer nama korang...)

p/s: kat google korang taip pipl, pastue korang isi nama korang....
segala pasal korang mungkin akan keluar... selamat mencuba

12 comments:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis ♥ said...

setuju sangat mas...betul tu...patut nyer kiter rasa malu dengan gambo2 yang bukan2 tu bukan bermegah2 tol tak

maslinamansor said...

anje,
betul2...

mrs.ecam said...

hah yeke...ermm tp klu cam blog ai 2 ok jek kn gambonyer....huhuhuhu...tkot gak terupload gambo bkn2....so far stakat ni try gak nk tapis2 gambo...huuuuu maceh krn mngingatkn...

maslinamansor said...

mrs.ecam,
sama2...

piewahid said...

slm mas,
sangat2 stuju (ckp beribu2 kali ni sambil angguk2) :D

zulkbo said...

salam..
dunia semakin advance sekarang
jangan salah gunakan kemudahan yang ada..

maslinamansor said...

waakumsalam piewahid,
dengan mengangguk..... terima kasih...

maslinamansor said...

waakumsalam zul,
zaman sekarang banyak software yang boleh digunakan untuk hack sesiapa pun...

Sharinginfoz said...

yalah kena hati2 dengan gambar2 yang kita upload kat blog ke, facebook ke apa-apa le...

Beli Rumah Guna KWSP

Kubur Haiwan, RM5,000

Anonymous said...

setuju sgt..sambil nk bukak fb sendiri nk tgk ada x pic semacam heheheh

maslinamansor said...

sharinginfoz,
supaya tak menyesal dikemudian hari..

maslinamansor said...

has,
periksa.... kang terlepas gambar semacam tue... :)