Tuesday, March 30, 2010

Cuba korang teka...

Aku bagi situasi.... korang teka aku nak cakap apa sebenarnya... :)

Situasi pertama:
"Ish.... aku dah lambat nie.... Mujur la June kejutkan aku....."


Situasi Kedua:
Milah hendak menyeberang jalan... tiba-tiba sebuah kereta meluru kearahnya....
Seorang lelaki menarik tangan nya.... "Nasib baik awak tarik saya... kalau tak saya dah kat hospital..."


Situasi Ketiga:
Atikah mendapat 8A dalam peperiksaan nya... Malahan menjadi pelajar terbaik Negeri...
Seorang wartawan bertanya pada beliau kepada siapa beliau berterima kasih....
"Saya berterima kasih kepada ibu bapa saya... kerana doa merekalah saya berjaya...."


Situasi Keempat:
Seorang ibu selamat menjalani pembedahan melahirkan anak selepas menghadapi pelbagai komplikasi yang boleh meragut nyawa ibu dan bayi....
Kata si suami kepada doktor " Nasib baik ada Doktor Fazli... kalau tak mungkin saya sudah kehilangan isteri dan anak saya... Terima kasih doktor..!!!"

Boleh korang cari apa yang aku nak kcuba sampaikan....?

4 comments:

Anonymous said...

hmmm..penghargaan & berterima kasih ??

piewahid said...

salm mas,
ooo...nk reverse psicology ek? :D

ok sy cuba:
akidah kita boleh rosak jika kita menganggap bhw sgala yg blaku adalah ats usaha kita atau atas bantuan sesama makhluk smata2 tanpa sdikitpun rse bsyukur kpd Allah yg maha memperkenankn sgala doa & mnentukn sgala2nya.

cmne, kalau betul jgn lupa hadiahnyer ek...

zulkbo said...

salam mas..
semuanya dari Allah baik yang baik mau yang buruk..kalau baik ALHAMDULILLAH..yang buruk Innalillah...

Sharinginfoz said...

apa-apa pun syukur kan semuanya ok.... nasib baik tolong ingatkan.... apa yang saya nak cakapkan????

Jom Carrefour Express

Nombor Kat McD???