Tuesday, February 23, 2010

We're D class

Ramai cikgu menunggu dihadapan kelas....

"Kamu semua dengar sini... kelas ini akan diberi kepada kelas lain. Kelas baru kamu adalah di tingkat 4.... Sila kemas semua barang kamus semua..." kata Cikgu Fazil

"Kenapa? Atas apa alasan?" tanya pelajar kelas 4-D

"Kamu tiada hak nak tanya kenapa.... Ikut sahaja arahan saya..."

Mereka pun masuk ke Kelas... cikgu2 tersenyum sinis...
Tiba -tiba pintu kelas dikunci oleh Jeeha dan Azah.... dengan sepantas kilat mereka berdua meminta kata sepakat rakan2 untuk mempertahankan Kelas mereka...

"SETUJUUUUU...!!!!!!!!"
"Aku pun tak puas hati... kenapa lepas kita dah banyak melakukan perubahan, mereka senang2 nak ambil....." kata salah seorang dari mereka.

Pelajar Kelas 4-D mengambil langkah yang merbahaya dengan melakukan mogok tidak akan keluar dari bilik.... (maaf, lupa nak bagitau yang ini adalah sekolah berasrama perempuan)

Sehingga kemalam mereka tidak keluar dari Kelas... keputusan mereka nekad.... biar apa pn jadi... jadilah...

Keesokkan harinya... pada pukul 7.30 pagi... tiba-tiba pintu Kelas ditendang dengan kuat

"Baik kamu semua batalkan niat kamu nak mogok... kalau tidak.... jangan harap kamu dapat habiskan sekolah..."
"Yang mana satu kamu nak... menyerah atau dibuang Sekolah...?"

Di Dalam Kelas....
"Nampaknya, cikgu2 menggunakan kuasa vito...."
"Macam mana nie...?"
"Aku tak nak kena buang sekolah..."
"Habis la kalau mak bapak aku tahu..."
"Kenapa Pengetua xmasuk campur yea...?"
"Entah2, Pengetua tak tahu..."
"Apa kita nak buat nie...?"

Pelajar Kelas 4-D tidak tahu apakah langkah seterusnya.... Tiba-tiba...
"Aku lapar......" (Aduih... ayat xboleh blah...)
Begitu lama mereka berdiam diri...

Pintu yang ditendang itu makin terkopak... dan akhirnya cikgu2 berjaya jua masuk ke dalam....
Pelajar 4-D ditarik seperti penjenayah... Ditampar...
Pembalut meja di koyak....

"Cikgu.... sampai hati buat kami macam nie...."
Mengalir Air Mata......

************************************************************************************
Kesudahan cite nie... Pelajar 4-D mengikut juga arahan....

Story nie mmg betul... Sumber nya dari member aku sendiri... Sekolah nya dirahsiakan...
Gamaknya kalau zaman sekarang mau disaman nya sekolah sebab buat anak mereka macam tue.... Dulu, aku paling teruk kena denda pn... jalan itik depan kelas lain...(tue pn aku rasa macam teruk sangat...)...

Tapi bila dengar member aku cerita... hussss....!!!!
Aku tanya kenapa cikgu xsuka sangat kat kelas dia... dia cakap "aku pn xtau..."
Dia kata lagi, xsemua xsuka kat kelas dia... segelintir sahaja...
Kebanyakkan mereka belajar sendiri dalam kelas...

Dan hasilnya... kebanyakkan budak kelas dia dapat ijazah.... ada yang still sambung belajar...

Aku kata kat dia... kalau ada lagi cerita menarik... bagitau aku...
Aku xpandai sangat reka cerita... kalau ada true story baru aku leh buat.... :)

8 comments:

mrs shaifull said...

lor, kisah benar ke ni mas, gila punya cikgu, tp mmg betoi pun, kadang2 ada gak cikgu yg x berapa betoi camni, nasiblah..

Anonymous said...

kena denda jln itik..perit..sakit kaki peha semua...huhuhuhu

maslinamansor said...

k.miza: tue la... mula2 xcaya ada benda2 camnie jadi... ingat dalam movie jer...

maslinamansor said...

has: 'cekang' otot2 lepas kena jalan itik tue... :)

Unknown said...

tak payah la reka reka cerita :D

Unknown said...

macam nie punya human pun ada ?

maslinamansor said...

cik epal: baik..... :)

maslinamansor said...

touya: xtahu lah...